Monday, December 9, 2013

~Pagi Isnin Yang Mendebarkan~

Berdebar-debar jantungku berdebar...Eh..Salah pulak...Assalamualaikum...

Selamat pagidan selamat pagi isnin.  Saat sedang menaip entri perut memulas-mulas sebab nerbes.  Tiba-tiba tak tahu nervous dalam bahasa melayu.  Apa ek?Otak tepu pula pagi ni.  Hehehe.  Hari ini memang pelbagai perasaan menyelubungi diri.  Cuak, berdebar-debar, kecut perut.  Eh, tak boleh nak cakaplah.  Hari ini ada Audit ISO datang.  Jadinya haruslah sebegini rupa. 

Hari ini kebanyakan berbaju korporat bukan keparat ye.  Penampilan dijaga dari setiap sudut lebih-lebih lagi yang duduk di kaunter.  Tempat aku macam biasa je dan aku juga seperti biasa.  Jom tengok gambar aku dan kawan-kawan pagi ini.

Ini dia bunga-bunga yang jaga kaunter.  Ceria ok.

Ini aku pula bersama Mira Mokhtar.  Saje mengacau dia di kaunter.  Untuk menghilangkan rasa gementar marilah bergambar.  Over uolls..Sekian cerita aku di pagi ini.

Wassalam...







                                                                                                        

Sunday, December 8, 2013

~Ke Kenduri Kahwin~

Assalamualaikum..

Selamat malam semua.  Sempat bersiaran di waktu malam sebab anak-anak sudah punch out.  Asben pula kerja.  Adalah masa untuk menghadap komputer.  Nak update laju-laju sebelum asben pulang.  Semalam kami empat beranak ke kenduri kawin kawan tempat kerja asben.  Kita orang pergi dalam pukul 12 tengahari.  Yelah mesti tengahari kan takkan tengahmalam pula.  Sampai-sampai terus terjah makan.  Sebab memang bawa perut kosong untuk ke orang kawin.

Aku senduk nasi sepenuh pinggan.  Asben kata "Untuk sape?"  Aku jawablah aku punya.  "Banyak."  Perli ke hape.  Nasib tak ada orang dengar.  Huhuhu...

Aku duduk dengan adriana.  Ammar duduk di meja lain sebab penuh.  Minah ni kalau dah nampak air memang nasi ditolak ke tepi.  Bengang sungguh maknya.
 
Inilah perkarangan rumah pengantin.  Pengantin tengah bersanding sebab masa kita orang sampai pengantin sedang berarak.

Asben dan ammar di meja sebelah sana.

Asben sudah perasan mahu diambil gambarnya.

Adriana bila bergambar. 

Mama dan adriana pula sebelum pulang.  Selepas dari rumah kenduri kita orang terus balik ke rumah kerana asben kerja petang semalam jaga bilik gerakan banjir.  Memerap di rumah sahaja aku dan anak-anak.  Sekian..

Wassalam...






                                                                                                                      

Friday, December 6, 2013

~Berempat Di Old Town~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Ini adalah entri ketiga untuk hari ini.  Mata layu-layu je memandangkan kat luar mendung.  Sambil buat kerja sambil menjengah blog.  Nak hilangkan mengantuk kejap.  Tadi balik rumah dapat lelap mata kejap je.  Kemudian bangun sidai baju dan siapkan makan tengahari.  Asben mahu makan.

Ini kisah dua minggu lepas.  Kalau tak silap aku.  Aku pun sudah lupa.  Gambar diambil dari telefon bimbitku.  Asben ajak lepak kat Old Town.  Aku memang tak pernah masuk sini.  Pertama kalilah menjejakkan kaki ke Old Town.  Agak jakun.com di situ.  Kalau SR tu memang aku banyak kali masuk.  Asben aku pula yang tak pernah.  Asben pun katanya masa kat Sabah pernah ke sini.  Itu yang dibawa kami pula.  Kita orang lepak kat Old Town Aeon Bandaraya.

Jom tengok gambar.

Di meja yang aku duduki tangan sibuk mengambil gambar sementara menunggu makanan yang dipesan tiba.

Ini nasi yang aku pesan malam itu.  Oh sudah lupa apa nama nasi ini. 

Yang ini pilihan adriana.  Aku pun tak ingat namanya.  Tapi sedap.  Asben makan roti bakar.  Roti bakarnya pun sedap gak.

Mereka bertiga tanpa aku kerana aku yang menjadi jurukameranya. Hehehe

Aksi spontan daripada 3A aku.

Ini pencuci mulut.  Sedap gak.  Aiskrim dengan kopi.  Aku mana boleh minum kopi.  Sakit pala pas tu.  Itu sahaja ceritanya untuk kami berempat.  Entri Sabah tertangguh lagi.  Tunggulah hujung minggu ni aku cuba edit gambar dan buat entri kisah perjalanan kami di Sabah.  Sekian...

Wassalam...






                                                                                                         

~Bubur Durian, Nama Di Majalah Dan Nasi Goreng~

Assalamualaikum...

Selamat pagi.  Sekali lagi menjengah dengan entri kedua pagi ini.  Mood mahu menulis sudah kembali meresap ke dalam jiwa.  Hah, sampai begitu sekali bunyinya.  Setelah beberapa minggu badan tidak bersekongkol dengan hati tapi ianya sudah kembali.  In sha Allah...Ada masanya waktu-waktu begitu mungkin disuruh kita beringat.  Itu sahaja yang dapat disimpulkan buat masa ini.  :D

Nak ceritakan kisah semalam yang berlaku sepanjang hari.  Tidak ada apa yang menarik.  Cuma cerita biasa-biasa aje.  Kat ofis sibuk dengan kerja yang menimbun kat rumah sibuk melayan suami dan anak-anak.  Itu jelah..

Semalam kat ofis ada orang hantar durian.  Aku memang tak makan durian.  Bau je dah pening-pening lalat.  Bila sudah dikopek dia orang masak bubur durian.  Bila dah jadi bubur akulah orang pertama yang terjah.  Durian tak makan tapi bila dah dimasak bubur aku makan ye.  Pelik tak?Terbalik pula dengan asben aku.  Bubur durian tak makan tapi durian sahaja dimakannya.  Jadi makanlah aku bubur ini untuk santapan tengahari semalam.  Sedap hingga menjilat sudu.  Hehehe...

Kemudian mak aku beritahu nama aku ada kat majalah.  Setakat nama dah teruja uolls.  Aku masuk kuiz cari dan menang majalah Aroma.  Dapatlah baucer makan KFC&Pizza.

Kemudian malamnya masak nasi goreng.  Asben nak makan nasi goreng.  Ingat nak tapau je kat kedai tapi asben suruh masak jugak.  Asben request nasi goreng pataya tapi ini sahaja yang mampu saya buat.  Jadilah ada telur kat tepi tu.  Kena belajar nak berpataya kat rumah nanti.  Alhamdulillah kenyang juga kami laki bini.  Memandangkan anak-anak kat rumah mak makanlah kami berdua.  Makan berhadap namanya. :D  Sekian entri kedua untuk hari ini.  Berjumpa lagi di lain entri...

Wassalam....







                                                                                                      

~Hikmah Dan Redha~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat hari jumaat yang penuh barakah dan ini adalah jumaat pertama untuk bulan ini.  Semoga jumaat ini kita semua diberikan keberkatan dalam hidup.  In sha Allah.  Sentiasa berdoa padaNya supaya kita tidak mudah lupa diri kita sebenar.  Kuasa doa adalah sesuatu yang hebat.  Setiap kali berdoa kita akan merasa dekat padaNya.

Hikmah pasti terselit di sebalik setiap ujian yang diberi.  Percayalah pasti ada walaupun pada saat itu kita akan berasa seperti sudah putus asa.  Waktu kita diduga pelbagai ujian, Allah mahu mendengar doa kita.  Mahu mendengar rintihan daripada hambaNya.  Semoga kita dapat atasi setiap ujian dengan hati yang lapang.  Semoga ditenangkan hati serta fikiran kita.

Redha itu penting untuk setiap ujian walaupun hati terkadang berat.  Selagi kita tidak redha selagi itu hati tidak tenang.  Betul tak?Tak tahulah orang lain.  Lain orang lain rasanya.  Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah - OR.  Sekian dulu entri pagi ini yang aku kongsikan mengenai hikmah dan redha berdasarkan pengamatan aku sendiri.  Jika terdapat sebarang kekurangan haraf dimaafkan kerana aku manusia yang tidak lari daripada kesilapan.

Sekian..Wassalam...







                                                                                                         

Thursday, December 5, 2013

~Diskaun 15% Pembelian Tudung Untuk Pembaca Blog ApenIdaRiana~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hari dah khamis kan.  Cepat je.  Esok dah jumaat.  Kalau sebelum ni sibuk dok menghitung hari.  Kini sudah tidak perlu.  Pagi ini aku nak kongsikan sesuatu untuk pembaca-pembaca blog aku ini yang minat menggenkan tudung pelbagai fesyen.

Sekarang ni memang macam-maca fesyen tudung ada dijual di pasaran.  Aku masih lagi dengan tudung bawalku.  Sesekali je ubah itupun rasa terseksa kalau pakai tudung selain bawal.  Ngeeee...Oleh itu pagi ini aku nak kongsikan diskaun sebanyak 15% untuk pembelian tudung khas buat pembaca-pembaca blog aku.

Jom cuci-cuci mata di SINI.  Jika berkenan bolehlah beli ye.  Sebelum itu mari kita tengok tudung-tudung yang dijual

Shawl Labuh

Shawl Half Moon.

Tudung Bawal

Itulah serba sedikit tudung yang dijual.  Selebihnya bolehlah layari laman web INI untuk melihat yang lain.  Banyak yang murah dan cantik-cantik.  Untuk mendapatkan diskaun sebanyak 15% hanya untuk pembaca blog ApenIdaRiana sahaja.  Kalau mahu membeli korang letak sekali kod baucer ini.

ALB2013
( sah sehingga 15 Disember 2013 )

Jangan lupa singgah di laman web ini...


Selamat membeli-belah!!!