Thursday, July 25, 2013

~Lagi Signage Di Rumah~

Assalamualaikum....

Selamat pagi semua.^___^ Semoga hari ini semua baik-baik belaka.  Nak cerita lagi mengenai signage yang aku beli.  Semalam ada diceritakan di entri INI.  Kali ni aku ceritakan lagi kerana signage-signage di entri ini dibeli pada orang lain pula.  Kakak ni duduk di Melaka sahaja.

Aku kenal kakak ni melalui fb.  Ini FB kakak tu yang aku panggil Kak Jun.  Berpuas hatilah dengan hasil tangannya.  Sesiapa yang berminat bolelah menghubunginya.  Pada Kak Ayu yang bertanyakan mengenai signage tu, saya ada letakkan link untuk akak buat rujukan ye.  Jom tengok koleksi signage yang aku tempah daripada Kak Jun.

Dilukis di atas tikar.

Ini diletakkan di ruang tamu.

Signage ni yang pertama sekali aku tempah daripada Kak Jun.

Mesti nak pink-pink.

Ini aku letak kat toilet belakang.

Ini kat dalam mester bedroom.  Itu jelah signage-signage yang aku tempah.  Sesiapa berminat bolehlah ke link-link ini.

http://jija-craft.blogspot.com/
https://www.facebook.com/junaina.sagap?fref=ts







                                                                                                       

~Alhamdulillah, Gaji Dan Lima Ratus~

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca setia dan juga silent reader...^____^

Wah, panjang sungguh pembaca bicara pagi ini.  Hari ini hati berbunga-bunga sedikit.  Tidaklah banyak mana pun bunga di hati ini.  Sebab banyak benda yang mahu disalurkan.  Tapi masih bersyukur dengan pemberian dan rezeki daripadaNya.

Alhamdulillah, hari ini pasti semua penjawat awam tersenyum kerana hari gaji. Bolehlah buat persiapan raya sikit.  Yang pasti banyak perkara yang perlu disettlekan seperti biasa setiap bulan.

Seperkara lagi yang membuatkan hati ini sedikit lega atas perkhabaran gembira yang telah diumumkan oleh PM malam tadi.  Aku tak tengok berita cuma dapat whatsapp daripada Kak Nisah tentang berita gembira ini.  Syukur!Alhamdulillah.  Bolehlah tampung perbelanjaan untuk raya nanti.  Apa-apa pun peringatan untuk diri sendiri, berbelanjalah secara berhemah.  InshaAllah..







                                                                                                                     

Wednesday, July 24, 2013

~Signage Di Rumah~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua...Makin menjelang balik mata ni dok mengantuk walaupun sudah ke hulu ke hilir  buat kerja photostat, faks surat dan bermacam-macam tapi still jugak menguap.  Adoi..Mata oh mata.  Rehat tadi sempat juga melelapkan mata.

Entri petang ni untuk hilangkan mengantuk.  Sebenarnya dah lama aku beli signage-signage ni.  Saje jadi penghias di rumahku.  Aku beli secara online di SINI.

Signage ni digantung di luar.

Ini pula di dapur.

Yang ini digantung di area mesin basuh.  Ada lagi yang aku beli tapi secara offline pula.  Nanti aku sharekan di sini ye..

Sekian.






                                                                                                        

~Wordless Wednesday - Aksi NanAmmar~

Assalamualaikum dan salam salam sejahtera...^___^

Selamat pagi rabu semua!!Ini gambar anak-anak saya.  Pictures ni dapat daripada adik saya.  Ok, wordless kan.  So ini sahaja yang dapat ditulis pagi ini.








                                                                                                          

Tuesday, July 23, 2013

~Resepi Puding Roti~

Assalamualaikum dan selamat petang....^____^

Lagi beberapa minit mahu pulang.  Seperti yang dijanjikan aku sharekan resepi puding roti yang aku buat sabtu lepas.  Aku google je resepi ni dan dah tentu-tentu blog masakan yang selalu menjadi blog rujukan aku adalah blog INI.  Memang setiap kali aku akan menjadi sumber rujukan untukku selain buku resepi.

Okey, mari kita tengok.

Inilah rupa puding roti yang telah siap dipotong.  Tak sempat snap yang lain.  Biasalah kelam kabut nak berbuka.  Lain kalilah ye.  Mari kita tengok pula bahan-bahan dan cara-caranya.  Kalau nak try dipersilakan.


PUDING ROTI
Sumber : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
5 keping roti Delicia Butterscotch Gardenia, dipotong kiub
2 camca besar coklat cip
1 cawan susu sejat (cm guna susu segar)*
1 biji telur gread A*
1 camca besar gula halus*
1 camca teh esen vanilla*
1 camca besar mentega, cair dan sejukkan*
Sedikit mentega


BAHAN-BAHAN SOS KASTARD :-)
1 cawan susu segar
2 camca besar air
1 camca besar penuh gula halus
1 camca besar penuh tepung kastard
1/2 camca teh esen vanilla
CARA MEMBUATNYA :-)


  1. UNTUK BUTTERSCOTCH BREAD PUDDING :- Satukan bahan2 bertanda (*) dan kacau rata dengan whisk, ketepikan. Lenser bekas kaca tahan panas berukuran 5 inci x 7 inci dengan mentega. Susun 1/2 bahagian roti yang dipotong kiub taburkan 1 camca besar coklat chip. Susun baki roti, kemaskan. Kemudian tuang bancuhan yang dikacau tadi atas roti. Biar hingga cecair terserap.
  2. Tabur rata2 baki coklat cip atasnya. Kemudian jatuhkan sedikit mentega pada permukaannya. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180 C, selama 30 minit. Bila pudding masak, keluarkan dari oven dan biarkan hingga sejuk.
  3. UNTUK SOS KASTARD :- Satukan semua bahan2 untuk sos kastard, kecuali esen vanilla, kacau rata dengan whisk hingga rata dan tidak berbintil. Masak dengan api sederhana dan kacau sentiasa hingga sos kastard pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan matikan api. Sejukkan.
  4. UNTUK MENGHIDANG :- Cedok secukupnya pudding ke dalam piring sesuai. Tuang sos kastard atasnya dan hidangkan segera.. 
Sekian...Selamat mencuba!!!







                                                                                                          

~Dari Dapurku Lagi~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua...Kita sudah berada di hari yang keempatbelas dalam bulan Ramadhan.   Tengahari ni aku nak bercerita sedikit mengenai 11 Ramadhan yang lalu iaitu hari sabtu lepas.  Memandangkan waktu cuti memang giliran aku memasak dan menjengah muka ke dapur setelah lima hari mencari lauk di bazzar dan adakala mencari lauk di rumah mak.  Itulah rutin harian sepanjang lima hari bekerja.

So, inilah hasil masakan saya yang tidak seberapa sabtu lepas.  Bukan tujuan mahu menunjuk atau membuat anda terliur tetapi sekadar berkongsi dan menjadi tatapan buat diri sendiri.  Itu sahaja.  Mari kita tengok.


Lauk pauk yang sudah terhidang.

Aku masak sup ayam untuk anak-anak.

Asam pedas daging

Kacang botor goreng cili

Saya punya tester yang tak makan pedas.  Sup ayam memang dibuat untuknya.  Ammar hentam je tapi tak amalkan dia makan pedas-pedas sangat.  Kecik lagikan.

Terajin pulak nak buat puding roti.  Sedap gak..  First time aku buat puding roti ni.  Alhamdulillah, habis.

Kalau habis makna sedap kut.  hihihi..Sekian sahaja entri tengahari ini.  Nanti aku kongsikan resepi puding roti.