Friday, July 5, 2013

~Permandangan Dari Banda Hilir~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Dah makan ke?Hari ini aku banyak sekali makan sebab kat office aku ada buat jamuan.  Menu utamanya adalah nasi beriani.  Mata pun jadi berani nak lelap ni.  Mengantuk jangan cakapler.  Berkali-kali menguap ni. 

Tengahari tadi keluar kejap je beli barang lepas tu pukul 1 sudah kembali ke office semula.  Pada mulanya nak mentiapkan sesuatu task bersama mira mokhtar tapi oleh sebab mata ni tersangatlah mengantuk, maka task pun ke mana dan wujudlah entri ini.  Tengok mira mokhtar tak bersemangat je nak menyiapkan tugasan aku pun jadi double malas.  Hah gitu sekali.

Okey, ini adalah gambar-gambar yang aku dan asben snap ahad lepas.  Baru belajar-belajar nak tangkap gambar.  Laki aku memang tengah kemaruk dengan gadget dia tu.  Ermmm...So inilah hasilnya.  Ada yang aku snap, ada laki den yang snap.

Jom layan gambar-gambar yang ada.  Gambar yang bersiaran dari sekitar Banda Hilir.















Hah!!Inilah sebahagian daripada hasilnya.  Seronok rupanya.  Nanti kena buat photoshoot pulak.  Sekian dulu..Nanti update lagi dengan gambar-gambar yang ada...

Publish!









                                                                                                       

~Jumaat Terakhir Sebelum Ramadhan~

Assalamualaikum....

Salam buat semua sebagai pembuka bicara untuk pagi jumaat yang indah ini.  Semoga ada sinar buat kita semua di hari yang penuh keberkatan ini.  Ini adalah jumaat terakhir sebelum kita melangkah masuk ke bulan ramadhan.  Perasaan tak sabar untuk menanti kedatangan ramadhan.  Memang dah rasa aura bulan puasa.  Adakah aku seorang sahaja berperasaan begini?

Sempena hari jumaat yang penuh keberkatan ini, marilah kita amalkan berzikir.  Semoga kita akan memperolehi manfaat daripada zikir itu.  Aktiviti hari ini mahu ke mana ya waktu rehat yang panjang?Samada mahu beristirehat sahaja di office atau jjcm bersama mira mokhtar?Tunggguuu...






                                                                                                                       

Wednesday, July 3, 2013

~Celebrate Besday Ayah @ Restoran Api-api Steamboat~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Dah lunch tak?Aku baru je lepas makan nasi goreng cina.  Lepas makan kembang tekak.  Ish...Dah berapa kali dok ulang minum air ni.  Minggu depan time macam ni kita semua sedang berpuasa.  Rasa tak sabar nak menanti kedatangan bulan Ramadhan.

Okey, nak cerita mengenai sambutan besday ayah aku pada 26 Jun 2013 yang lepas.  Masa besday ayah aku sepakat adik serta menantu-menantu ayah nak bawa pegi makan-makan.  Just a simple celebration for him.  Kita orang decide nak makan kat Restoran Aipi-api Steamboat.  Ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke restoran ini.  First cerita ada di SINI.  Masa ni makan bersama-sama kawan asben.

Jom layan gambar kami pula sepanjang berada di Restoran Api-api.

Gigih orang yang bert-shirt pink tu.

My SIL yang gila-gila!Huahuahua...

Family adik aku.

Makan tak ingatler.  Sampai menyandar.

Mak dengan ayah aku.

Inilah meja kita orang.

Mama dan ammar.  Muka ada senyum sebab perut sudah terisi.  Hikhikhik..

Nan dan bibiknya.  Bukan bibik maid ye.

Kami bertiga.

Inilah suasana di restoran pada malam itu.  Sangat ramai orang.

Sebelum balik, harus bergambar dulu untuk kenangan kami.  Inilah keluarga aku.  Keluarga kecil aku.  Masa kita orang tu hari rabu malam khamis.  Malam tu untuk kaum perempuan dapat harga RM16 seorang sebab ladies night.  Untuk kaum lelaki harga biasa RM25.  Sesiapa yang belum mencuba boleh mencubanya!!

Sekian..







                                                                                                       

Tuesday, July 2, 2013

~Cinta Jangan Pergi, Teduhan Kasih & Sebenarnya Saya Isteri Dia~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Panjang sekali tajuk untuk entri kali ini.  Ketika aku sedang menaip blog ini aku sedang berseminar.  Seronok seminar hari ini.  Hilang stress kejap.  Ceramahnya yang tidak lekang dengan gelak ketawa kerana penceramahnya suka buat lawak.

Okey, ini adalah tajuk-tajuk drama yang aku ikuti dari first episod sampai ke endingnya.  Dua dari drama ini adalah adaptasi dari novel.  Memang aku suka baca novel dan suka tengok drama melayu.  Tapi ini pun jadi isu. Ermmmm...boring tol.















Cinta jangan pergi...aku suka tengok drama ni sebab ada Tiz dengan Remy.  Aku suka gandingan dia orang berdua sejak aku tengok Nur Kasih.  Akhirnya cinta itu milik Lea dan Khalil.  Dah pun berakhir drama ini ahad lepas.

Ini pula Teduhan Kasih...episod akhir petang ni.  Tak sabar nak tengok apa kesudahannya.  Mungkin tak lari dengan novel yang sudah aku cernakan. Sebab tengok drama ni ada Adi Putra.  Hihihi.  Okey, ada orang kata suruh baca buku agama.

Tadaaa...ini pulak Sebenarnya Saya Isteri Dia.  Aku ada jugak novelnya.  Episod akhir jumaat ini. Sebab tengok semestinya ada Tiz.  Tapi lakonan Izzue dalam drama ini sangat sweet.  Isu jugak nanti perkataan sweet ni.  Oh tidak!

So, kesimpulannya, minggu ni semua cerita kegemaran akan tamat.  Minggu depan sudah mula berpuasa.  Fokus pada bulan Ramadhan pula :D

Sekian, sesi petang dah nak mula.







                                                                                                        

Monday, July 1, 2013

~Update Senarai Peserta GA By ApenIdaRiana~

Assalamualaikum...

Salam buat semua pembaca yang sudi singgah d blog picisan aku ini.  Okeylah, tengahari ini aku nak update senarai peserta GA anjuran aku sendiri.  GA ini telah pun berakhir jumaat lepas iaitu pada
28 Jun 2013. 

So kepada semua peserta GA boleh semak senarai masing-masing takut ada yang aku terlepas pandang.  Sebanyak 38 penyertaan yang telah aku terima  .Aku masih menerjah satu-satu cuma aku ta sempat tinggalkan jejak je.  GA aku nie pun simple jea...So tak adaler nak strict sangat cuma apa yang aku harapkan korang jujurlah.  Maksudnya dah follow semua syarat-syarat yang diberi dan lebih utama sekali dah follow blog sponsor-sponsor.

Apa-apa pun ribuan terima kasih diucapkan kepada yang sudi join GA simple daripada aku ini.  Okey, jom tengok senarai penyertaan.

Senarai Peserta GA

1) http://edmia.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
2) http://iniblogsiti.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
3) http://tampawan.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
4) http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
5) http://khairunnisa3020.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
6) http://annurgiveaway.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
7) http://cahayasirius.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
8) http://loveyoucontest.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
9) http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
10) http://chenta-taugeh.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
11) http://www.fatindiana.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
12) http://cuteandadorable-is-sugarmeow.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
13) http://aimionlyforcontest.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
14) http://coretangirlblog.blogspot.com/2013/06/may-3-series-birthday-giveaway-by.html
15) http://rainyshiningshinee.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
16) http://segmensection.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
17) http://heartyoumycrush.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
18) http://aininatasya08.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
19) http://akusukaketawa.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
20) http://farraanuar.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
21) http://lisandramalina-aboutme.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html    
22) http://kasihlestariabadi.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
23) http://www.syuhadasalleh.my/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html   
24) http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
25) http://lienliedot.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
26) http://lalazarryn.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
27) http://umikasum.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
28) http://miaduniaku.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html   
29) http://thisforjoin.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html   
30) http://bondaqalish.blogspot.com/2013/06/3-series-birthday-giveaway-by.html
31) http://faralalalala.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
32) http://ikajohans.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
33) http://adianiez.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
34) http://sukadukacahayaqaseh.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html
35) http://ceritahatikuu.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html   
36) http://celotehgadistwitter.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by-apen.html   
37) http://thesunshinesgirl.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by-apen.html
38) http://darlingninie-cgl.blogspot.com/2013/06/my-3-series-birthday-giveaway-by.html


So, macam mana??ada tak yang aku terlepas pandang...kalau ada sesiapa yang aku tertinggal linknya sila inform aku secepat mungkin yea kerana cabutan akan dilakukan dalam masa terdekat.

Sekian.. 









                                                                                                                        

~It's July And Ramadhan Countdown~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Permulaan hari untuk minggu ini dengan permulaan bulan yang baru.  Kita sudah berada di bulan yang baru iaitu Julai!!Ada apa dengan julai?Untuk aku tidak ada hari-hari yang istimewa buatku dalam bulan julai.

Cuma berharap dan mendoakan yang baik-baik sahaja untuk bulan julai ini.  Semoga ada sinar, kegembiraan buat diriku mahupun keluarga dalam bulan ini.  InshaAllah.  Amin..amin..amin..

Bila masuk bulan julai, ini bermakna tinggal lagi beberapa hari saja lagi kita akan menjalankan ibadah berpuasa.  Semoga kita akan dapat mengerjakan ibadah ini dengan sempurna.  Tak sabar nak menanti kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak.