Monday, June 24, 2013

~Koleksi Baju Raya By QOMA~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua!!!Pagi ini aku mahu sajikan entri untuk baju raya.  Pada sesiapa yang masih lagi belum mempunyai baju raya, bolehlah cuci-cuci mata di sini.  Kalau berminat bolehlah beli ye.  Ini adalah koleksi baju-baju daripada Butik Qoma.  Saya adalah agent berdaftar dengan Butik Qoma dan kepada sesiapa yang berminat untuk order bolehlah emailkan kepada saya di alfidah83@gmail.com atau sms kepada nombor 019-3411986 (faezah).


PRE ORDER!!


 Koleksi Royal Kurung Sofea by QOMA

Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage

Availability Status : Pre-order
Order Closed : 30 June 2013

Pilihan Size :
XS : Bahu (14) Pinggang (24) Punggung (34) Dada (30) Panjang Tangan (21) Labuh Bahu ke Tumit (54)
S : Bahu (14) Pinggang (26) Punggung (36) Dada (32) Panjang Tangan (21) Labuh Bahu ke Tumit (54)
M : Bahu (14.5) Pinggang (28) Punggung (38) Dada (34) Panjang Tangan (21) Labuh Bahu ke Tumit (54)
L : Bahu (15) Pinggang (30) Punggung (40) Dada (36) Panjang Tangan (21.5) Labuh Bahu ke Tumit (54)
XL : Bahu (15.5) Pinggang (32) Punggung (42) Dada (38) Panjang Tangan (21.5) Labuh Bahu ke Tumit (54)
XXL : Bahu (16) Pinggang (34) Punggung (44) Dada (40) Panjang Tangan (21.5) Labuh Bahu ke Tumit (54)
 

Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Gold Mustard
 

 Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Dusty Pink


Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Electric Blue

Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Smoke Grey

 Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Khaki Nude

 Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Fuschia Pink

Design : Royal Kurung Sofea by QOMA
Material : Heavy Korea Lycra Gred AAA
Price : MYR250/each include postage
Colour : Emerald Green


Sekian...






                                                                                                                    

~Isnin Dan Sekolah Ditutup~

Assalamualaikum...

Selamat pagi isnin.  Diharap semuanya sihat dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.  Oleh kerana semalam jerebu masih menyelubungi kita, hari ini kebanyakkan sekolah-sekolah bagi negeri-negeri yang terlibat dengan jerebu telah ditutup.

Semalam duduk dalam rumah pun masih berbau asap.  Dalam rumah pun rasa jerebu.  Aduh sangat-sangat tidak selesa.  Tapi tidak perlu banyak mengeluh dan menyalah pihak lain.  Cuma kita perlu banyak berdoa supaya ia cepat berakhir.

Sekolah ditutup tapi jabatan-jabatan tidak ditutup ye.  Hari ini masih ke office seperti biasa.  Adriana ikut aku ke office hari ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  Haraf bos faham masalah saya hari ini.  Kalau bos tak nak faham pun buat-buatlah fahamlah ye bos.

Sekian terima kasih!!!







                                                                                                                   

Sunday, June 23, 2013

~Salam Nisfu Syaaban~

Assalamualaikum...

Malam ni aku berkesempatan untuk ucapkan salam nisfu syaaban pada semua.  Marilah sama-sama kita menghayati malam ini dengan amalan-amalan yang baik.  Semoga Allah merahmati kita semua dan mengampunkan dosa-dosa kita. 

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini , pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba’, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya."







                                                                                                                     

~Pagi Ahad Yang Tidak Nyaman~

Assalamualaikum....

Selamat pagi ahad.  Bangun je pagi ni bau asap.  Oh tidak!!!Sangat-sangat tidak selesa.  Rasanya sejak jumaat jerebu di Melaka makin teruk.  

Pagi ni bangun tengok luar rumah.  Inilah keadaan di luar rumah.  Apalah bacaan ipu untuk hari ini.  Lebih merisaukan lagi bila dalam rumah pun bau asap.  Bilalah nak kembali normal?Mungkin ini dugaan buat kita semua.  Semalam tengok matahari pun berwarna oren. 

Ini gambar yang saya snap pagi ini dari dalam rumah.  Pintu dan tingkap semua bertutup.  Huhuhu...Sama-samalah kita berdoa agar keadaaan ini cepat berakhir.  InshaAllah...

Bersambung lagi...

Friday, June 21, 2013

~Jumaat Yang Berjerebu~

Assalam...^___^

Selamat tengahari.  Baru balik dari beli something di Romantika bersama Mira Mokhtar.  Sambil tu, survey harga barang yang berkenan di hati.  Target nak beli masa gaji. InshaAllah. Minggu lepas dah beli langsir.  Settle satu part. Jerebu-jerebu pun kuar ye.  Terpaksa keluar jugak sebab kafe kat ofis tutup.  Kenalah makan luar dari kawasan.

Hari ni jerebu teruk berbanding semalam.  Hidung ni berbau asap je.  Haraplah dapat kembali seperti sediakala supaya dapat menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Ini gambar yang aku snap pagi tadi sebelum keluar rumah.  Masa ni baru 6.30 pagi cam tu.  Okeylah,mahu lelapkan mata kejap.  Bersambung lagi di lain entri.  Oh iye nak ceritakan mengenai hari semalam yang berlaku kepada si comelku. 

Till then...publish!!!


Thursday, June 20, 2013

~Santai Malam~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari.  Korang dah lunch?Aku baru saja selesai makan nasi berlaukkan sardin dan taugeh goreng.  Menu sama seperti Mira Mokhtar.  No choice!!Okeylah, hari ni malas nak bermukadimah panjang-panjang.  Nak sambung cerita dari entri INI.

Selepas makan kami tidak terus pulang.  Pada mulanya bercadang nak ke bandar Melaka tapi sebab dah malam kami ke depan Melaka Mall sahaja.  Jom layan gambar.

Menuju ke MBMB.

Sudah tiba depan MBMB.

Lepak-lepak kat playground.

Dah lama nanan tak ke sini.  Mana ammar?

Saya kat sini, mama!!

Muka serius ammar.  Dah ngantuk sebenarnya time ni.

Tapi tetap ke hulu ke hilir.

Tengok tu!

Mama dan nana. 

Dah penat melayan anak-anak aku duduk di bawah rimbunan pokok mencari sesuatu di situ.  Huhuhu..Ditemani oleh MIL aku.  Sekian...