Tadi masa lunch, aku lunch bersama cc dan juga seperti biasa mira mokhtar. Korum masih tidak mencukupi sebab kak nisah masih dalam cuti bersalin. Kak, cepatlah keje. Boring tau. So tengahari tadi kami ke Mydin untuk mengisi perut. Hehehe. Sebenarnya cc ajak keluar nak jumpa menantunya yang datang dari terengganu berkursus. So aku bawaklah cc. Memang nak keluar ke Mydin, so boleh jea bawakkan.
Lepas dah jumpa kita orang terus ke Mydin sebab masing-masing kelaparan. Betul tak mira mokhtar?Makan cepat-cepat sebab ada kerja nak buat di opis. Settle makan masuk supermarket jap nak beli barang. Dah settle baru balik. Jom tengok gambar mereka. Gambar aku non ado.
Inilah cc Noraini.
Dan ini mira mokhtar. Senyum jea ari nie kan ko. Sebab dapat berita gembira. Untuk pengetahuan korang dia sangat-sangat happy sebab kontraknya disambung selama setahun. Happy for it!!Berkat ko buat solat hajat kan. Tapi!!!Ko kena jugak cari kerja lain.
Dan gambar last sekali iaitu gambar makanan yang cc makan tadi. Cc makan laksa tadi. Ini ditujukan buat Kak Nisah, 'Kak, cc kata laksa nie tak sedap. Tunggu nisah masak laksa untuk kita.' Nak tanya akak lagi, 'bila nak masakkan laksa untuk kita orang?' Kang ada yang tersepak batu nie. Lepas cc makan laksa cc mual. Entah mana silapnya. So cc teguk air 100 plus. Itu jealah cite aku untuk tengahari tadi.
Salam..Lunch hari nie masa sangat panjang. So mari kita penuhkan waktu yang terluang ini dengan menulis blog!! Nak cerita kisah minggu lepas. Aku dan asben telah membeli 2 benda sekaligus. Dalam pada nak berjimat ada jea barang yang nak dibeli. Bahaya sungguh kalau setiap bulan begini.
Tapi sebab memang sudah lama nak beli maka perbelanjaan itu terpaksa jugak dilakukan. Hehehe. Memang cadang nak beli meja tulis untuk adriana. Semua memang dicadangkan dan kena plan betul-betul perbelanjaan. So, minggu lepas kami ke kedai perabot di Paya Ikan sebab laki aku tengok aku nie macam sudah tidak boleh bersabar nak beli meja anak. Aku bukan apa semak betul mata nie tengok buku adriana yang bersepah-sepah. Ada meja senang nak simpan dalam laci. Kami memang ke kedai yang biasa kami beli. Harga pun murah dan boleh tawar lagi.
Dan secara kebetulan pula asben nak beli almari untuk letak segala buku-buku dia. Kan aku cerita di SINI, yang asben aku akan bertukar ke opis lain. So dia dah kemas segala harta pusakanya di opis lama. Dalam 3 kotak dia bawak balik barang-barang. Besar-besar pulak tue kotaknya. Kan datang semak lagi kat rumah. Mana nak letak semua barang tue. Pening kejapan. Kalau sekali pindah banyak tue barang mahu penuh sampai bersara nie. Hehehe...Mari kita lihat gambar pulak sebab aku sudah menulis dengan panjang mukadimahnya.
Inilah meja tulis untuk adriana. Aku ada berkenan satu meja tulis tue. Ada kartun angry bird tapi asben yang pilih. Oklah bini mengalah. Huhuhu...
Tadaaaa..Dan ini almari untuk asben yea. Sebab memang khas untuknya.
Mana tak khas untuknya. Dalam almari nie semua barang-barang dia. Ada lagi yang belum sempat disusun. Bolehlah janji tersusun barang-barang di rumah.
Dah jadi macam bilik bacaan pun yea jugak. Sebelah tue almari untuk umum. Hehehe..Ada buku asben dan buku masakan aku. Aku dah susun segala buku masakan dan novel-novel aku. Kalau tak muat nak letak novel nak beli almari khas untuk novel. Mesti bestkan??Itu jealah cerita mengarut aku untuk tengahari nie. Harap pada sesiapa yang selalu baca atau terbaca tak boring dengan ceria aku ini. Sekian dulu...
Salam pagi jumaat yang penuh keberkatan.
Semoga hari ini menjadi lebih baik dari semalam. Setiap apa yang berlaku mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan sentiasa bersangka baik kepadaNya. Berdoalah supaya kita dapat menjadi insan yang terbaik. Senyum walau apa dugaan sekalipun yang datang kepada kita kerana di sebaliknya pasti terselit hikmah untuk kita.
Orang
cemerlang sentiasa mencari ‘emas’ dalam diri. Tuhan mencipta manusia
dengan sempurna, tetapi kebanyakan orang tidak sedar akan kehebatan
dirinya. Dengan mengenal diri secara mendalam, kita dapat menerobos
sempadan diri. Berikut ialah tips yang telah dipetik dari Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah.
Tatacara makan dan minum
- Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ insyaAllah, Allah lipat gandakan rezeki.
- Sebelum
tidur, berdoa, bergantung kepada apa yang kita hendak ~ sepanjang
tidur, otak akan berlegar pada kehendak kita itu dan insyaAllah, kita
akan ada tenaga dan ada semangat ke arah kehendak itu diesok harinya.
- Makan buah
sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam ~ ikut sunnah dan
dapat pahala. Jika dirujuk kepada pakar pemakanan, jumlah vitamin yang
diperolehi dari buah-buahan yang dimakan selepas waktu makan menghampiri
0%.
- Jangan
minum air semasa sedang makan. Minum air selepas 15-30 minit selesai
makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama, biarkan air dalam mulut
selama lebih kurang 10 saat, baru telan. Bagi teguk kedua dan
seterusnya boleh diminum terus. Air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas, perut dan seterusnya. Ini akan dibawa oleh air tegukan pertama tadi.
- Seelok-eloknya
makan malam sebelum maghrib ~ ikut sunnah, Rasullullah makan sebelum
maghrib kecuali bulan Ramadhan sahaja iaitu masa maghrib. Bagi mereka
yang sedang belajar atau kanak-kanak, otak akan berfungsi cemerlang
menyerap ilmu kira-kira 2 jam selepas makan. Oleh itu jika makan pukul
8:30pm, dalam pukul 10:30pm baru mula belajar dan biasanya hanya boleh
bertahan hingga jam 12 tengah malam saja. Jadi, tak banyak yang boleh
dipelajari berbanding kalau makan pukul 6:30pm. Bangsa Cina biasa makan
waktu ini. Malah kita tak tidur dalam kekenyangan di mana boleh
menghindar dari membuat sembahyang malam.
Tatacara di bilik air
- Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh mengelakkan daripada mendapat batu karang.
- Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ~ ikut sunnah sebab bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder dan senang buang air besar
Tatacara didik anak
- Antara tips untuk dapat anak bijak atau genius,
ajar anak atau bayi tidur mengiring ke kanan ~ sebab jantung yang
terletak sebelah kiri akan lebih “lapang” dan “lega” dan mudah berdegup,
yakni perjalanan darah sempurna dan otak anak akan berkembang pesat
Bagi anak-anak yang dah azalinya active atau hyper-active,
kurangkan atau jangan pakaikan baju warna orange ~ sebab warna ini
boleh merangsang secara aktifnya tindak tanduk anak, dia akan lebih
nakal, sentiasa bersemangat waja dan exuberant.
Tatacara didik diri sendiri
- Amalkan
apa-apa yang baik dan juga amalan-amalan baru selama 21+ hari
berturut-turut ~ Rasullullah (saw) bersabda, sesuatu amalan yg diamalkan
sekitar 21-30 hari terus menerus, akan menjadi tabiat. Kalau tak, ilmu
itu akan mati.
- Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang negatif ~ emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline, cortisone dan toxine
secara berlebihan. Ini boleh membawa kepada beberapa penyakit seperti
cepat letih, wajah cepat nampak tua, selalu sakit perut dan
sebagainya.
Nota kaki>>>Sumber dari email.
Nak jugak buat entry nie setelah mira mokhtar yang buat entry dulu. Copycat!!Huihhh..Idea sape?Hehehe..Entry mira mokhtar di SINI. Ini entry sebab teruja punya pasal. Toing..toing...toing..Yelah antara ramai-ramai artis yang aku follow hanya Datuk Fazley yaakob saja yang follow aku balik di twitter. Mahu tak excited??Artis pulak tue. Siapalah aku nie kan??Hanya insan biasa. Cewahhhhh..Sudah merepek aku nie.
Oklah apa-apa pun terima kasih kepada Datuk Fazley kerana sudi follow twitter saya. Hah..Tetibe saya pulak. Ngeee...Pada kengkawan blog yang ada twitter meilah follow aku jugak di SINI. Sekian terima kasih.
Nota kaki>>>Sekarang nie aku lebih suka bertwitter daripada berfb..:D
Alhamdulillah...Ini antara wishlist kami yang tercapai untuk tahun ini. Setelah sekian lama berniat untuk memasang awning di porch, tepi rumah dan belakang rumah akhirnya wishlist itu telah kami laksanakan bulan lepas. Nak buat sekali gus untuk rumah nie memang tak terlarat. Aku selalu ingat kata-kata ini ukur baju di badan sendiri. Itu kata-kata laki aku selalu bagi kalau bini dia lupa diri dalam berbelanja. Hehehe. Biasalah kadang kita nie terleka.
Setakat nie awning jealah yang kami mampu. Kalau ikutkan aku nak pasang apa tue ke namanya, pagola erk. Cantik kan??Tapi tidaklah kemampuan. Janji tutplah area porch rumah. TIdaklah panas sangat. Ada awning nie redup sikit depan rumah. Anak-anak pun boleh bermain-main kat luar. Jom tengok gambar. Sekadar berkongsi dan ini untuk koleksi aku. Nanti boleh ingat bila erk aku pasang awning kat rumah. Dah lama rasanya. Dah berapa tahun erk. Itu jea.
Ini bahagian porch. Masa nie baru dipasang rangka-rangkanya.
Bahagian tepi rumah. Dua bilik sekali gus dipasang. Bilik adriana dan juga bilik bacaan.
Ini sebelah belakang rumah.
Di bawah pulak gambar setelah siap semuanya.
Tadaaa...Ini bahagian depan rumah.
Keseluruhan porch rumah setelah dipasang awning.
Tepi rumah sekali lagi. Masa nie lampu tepi rumah tue on dah nak senja. Kebetulan amik gambar sekali.
Dan akhir sekali gambar di belakang rumah. Berterabur skit yea. Itulah kisahnya rumah setelah berawning. Puas hati jugak dengan orang yang pasang awning nie. Sekian entry di waktu lunch ini.
Nota kaki>>>Ada lagi wishlist kami yang akan kami laksanakan. Semoga dipermudahkan segalanya dan sentiasa dimurahkan rezeki kepada kami.