Thursday, November 22, 2012

~Selamat Hari Khamis~

Waaaa..Hari nie dah hari khamis yer.  Selamat hari khamis yea kawan-kawan.  Apa yang lebih penting esok sudah hari jumaat.  Itu yang lebih syok.  Kat opis masih tenang seperti semalam sebab tak ramai orang.  Bila tak ramai sunyi pulak.  Boring pun ada.  Tanpa Mira Mokhtar, tak adalah teman untuk bercakap dan bergelak ketawa.  So kita ketawa dan berkata-kata dalam hati jealah.  Apa-apa enjoy ur day!!!Kita enjoy!!!







                                                                                                                       

Wednesday, November 21, 2012

~Bukan Senang Jadi Operator Telefon~

Gambar kat atas nie aku google jea.  Kang ada pulak yang kata aku lukis saat boring di opis.  Aku lonely di opis dan bila tidak ada si Mira Mokhtar memang susah.  Sebab telefon bunyi kenalah jawab sendiri.  So bila aku dah sensorang kat opis nie maka kenalah aku yang jawab setiap panggilan.  Jaga suara sebab sampai serak-serak basah suara aku nie menjawab telefon.  Hahahaha.  Tak boleh blah.  Suara boring pun ada jugak aku buat.  

Rupanya bukan senang jadi operator nie.  Patutlah ko selalu stress Mira Mokhtar.  Hehehe.  Selalu muka ko berkerut.  Hari ini dah banyak kali jugak aku berkerut dahi.  Macam-macam memek muka aku buat saat aku menjawab telefon.  Macam-macam karenah orang nak kena layan.  Telefon lepas tue marah-marah orang satu hal pulak.  Dahler telefon kita tak boleh ke cakap elok-elok?Kang hilang sabar mahu tertinggi suara pulak aku nie.  Sabar yea.  Boleh ngadu tak?Soal ngadu lain hal pulak.  Salah jawab ada pulak yang mengadu.  Yang  tetibe cakap terus letak telefon pun ada jugak.  Eh, pendek kata memang macam-macam karenah.  Aku pun manusia jugak yang tak lari daripada kesilapan.  Hehehe..

Nota Kaki>>>Saat ini menaip entry sambil menjawab telefon. 






                                                                                                                       

~Rabu Yang Boring~

 gambar dari google

Adoilah, hari nie adalah hari yang tersangatlah boring.  Opis sunyi jea sebab ramai yang ke Cameron Highland untuk berkursus di sana sampai hari Jumaat nie.  Aku?Setia di opis.  Kenapa tak pegi?Sebab macam-macam hal tak dapat nak dielakkan untuk aku menyertai kursus itu.  Yang penting kawan celoteh aku si Mira Mokhtar pun tak ada sebab dia ke cameron jugak.  Sudahlah Kak Nisah sedang cuti bersalin.  Yang tinggal kat opis nie tak sampai pun 10 orang.  nasib ada Kak Rehan.  What a boring day!!!So marilah kita bersantai-santai di opis. 






                                                                                                                             

Tuesday, November 20, 2012

~Try And Error~


Kalau Ain ada cik ted aku pun ada. Korang ada tak?hikhikhik. Tapi cik ted nie aku beli sendiri bukan orang bagi. Tak silap aku beli masa aku belajar kat Poli.

Saje try and error update dari tab menggunakan bloggeroid yang baru. Tadi install untuk kawan nampak menarik. So kita cuba yang baru pulak.

posted from Bloggeroid

~Hadiah Dari 7-Eleven Sudah Sampai~

Inilah akibatnya bila sudah berhari-hari tidak update blog.  Baru 2 hari jea pun tapi update mengalahkan dah sekian lama.  Tension betul bila tak ada laptop kat rumah.  Tapi tak apalah sekurang-kurangnya internet dah ada.  Tak lah aku mati kutu kat rumah tue.  Hikhikhik..

Hari ini betul-betul mengupdate blog aje kejenya.  Oleh sebab mood ke laut dan nak buat kerja pun memang sampai sudah tak datang moodnya.  Tapi aku buatlah jugak.  Bukan tak buat langsung.  Ada pulak orang kata aku makan gaji buta.  Entry kali nie, aku nak cerita mengenai hadiah dari 7-Eleven telah pun selamat sampai kepada kami.  Aku pernah buat entry kemenangan di SINI.  Rezeki ketiga untuk tahun ini.  Orang lain dah berpuluh menang.  Aku baru tiga jea.  Aku hanya comper biasa-biasa jea.  Ada rezeki menanglah.  Tak ada rezeki tak menanglah.  Terima seadanya. :-(

So ini ceritanya.  Hadiah daripada 7-Eleven iaitu Micro Hifi jenama Philips telah pun kami terima pada 8 November yang lalu secara courier.  Nasiblah time tue aku cuti.  Kalau tak memang tak ada oranglah nak terima time barang nie sampai.  Jom tengok.

Masa dalam pembalutan lagi.  Aku tunggu tuan badan balik.  Sebab menang guna nama asben walaupun yang mengira logo adalah AKU.  Nak jugak mention yea yang aku ada kaitan dalam ini perkara.  Hihihi..

Tadaaa...Asben balik dialah yang bukak.  Kalau nama aku dah lama aku bukak dan tengok.

Inilah hadiahnya.  Aku tak snap gambar barang sebab kita test jea lepas tue masuk balik dalam kotak sebab belum ada tempat yang sesuai nak letak.  Tengah dipikir-pikirkan.  Kebetulan sama pulak jenama dengan home theater yang asben beli sendiri masa besdaynya.  Hihihi...Buat masa nie hifi nie masih di dalam kotak sampailah ada tempat barulah ia akan dikeluarkan.  Sekian.  Mudah-mudahan adalah lagi rezeki untuk kami.  InsyaAllah dan Amin...







                                                                                                                     

Monday, November 19, 2012

~Kisah Adriana Dan Tadika~

Cuti sekolah dah lebih seminggu melabuhkan tirainya.  Aku barulah nak cerita kisah adriana dan tadika.  Oleh kerana sudah ada gambar dan terperap dalam draft, maka aku ceritakanlah jugak di sini.  Tak ada apa yang menarik pun mengenai anak aku cuma nak story serba sedikit mengenai hari-hari akhir adriana bersekolah.

Masa lagi sehari adriana nak abis tadika, adriana ada bawak balik semua buku yang adriana belajar di sekolah sepanjang setahun ini.  Excited betul suruh aku tengok.  Dialog adriana "Ma, cikgu suruh tengok buku-buku nana."Masa nie aku pulak jemput adriana dari sekolah.  Naik-naik kereta jea adriana suruh aku tengok.  Hehehe..Aku kata mama nak drive.  Balik rumah kita tengok.  So sambil tengok aku pun ambil gambar sebab kebetulan adriana memang nak bergambar dengan cenderahati yang adriana dapat masa hari sukan di tadika.  Adriana panggil 'cendolhati' yea.  Jom tengok gambar.

Inilah fail yang adriana bawak balik tempohari.  Segala buku-buku dan kertas kerja yang dibuatnya ada di dalam fail ini.

Antara buku-buku adriana.

Hasil kerja adriana.  Tak payah tunjuk lebih-lebih.

Sijil tamat pra sekolah untuk adriana.

Inilah cenderahati yang adriana dapat yang dikatan 'cendolhati'.  Aku balik-balik rumah adriana kata 'Mama tengok nana dapat cendolhati.' Mama confused jap.  'Cendolhati?' Rupanya cenderahati.

Ini gambar adriana graduate.  Siap dengan frame lagi.  Aku dah letak kat meja perhiasan tapi kena letak tinggi sikit sebab nanti ada orang tukang alih.  Siapa lagi kalau bukan si hero kecik kat rumah tue.

Lepas hajat adriana nak bergambar dengan cenderahatinya.  Nanti nak tunjuk adriana gambar nana dah masuk kat blog mama. :D

Ini gambar untuk kelas 4 tahun.  Adriana yang duduk dua dari kiri.

Alololo...Sweetnya gambar ini.  Mama berangan nanti.

Dan untuk cikgu-cikgu adriana.

Aku hanya mampu belikan brooch yang tidak seberapa ini tanda terima kasih kepada cikgu-cikgu di tadika itu yang mengajar adriana.  Daripada adriana seorang yang tidak kenal huruf dan kini adriana kenal huruf, nombor, boleh menghafal doa dan macam-macam lagi.  Terima kasih untuk segalanya!!Perjuangan adriana masih panjang dan perjuangan adriana akan diteruskan pada tahun hadapan di sekolah baru.  Semoga adriana dapat menyesuaikan dirinya kelak.  Itu doa mama buat adriana selalu.