Friday, November 2, 2012

~Ratu Di Hatiku-Triad OST Drama Adam Dan Hawa~

Salam..

Lunch nie tak pi mana pun just balik rumah kejap jea tadi bertemankan dengan si mira mokhtar.  Ada urusan yang perlu diselesaikan di rumah.  Biarlah rahsia.  Minggu nie tak boleh nak bershopping.  Window shopping pun memang tak digalakkan untuk aku sebab aku takkan jadi window nanti.  Kikiki..

Oklah sebelum aku meleret yang bukan-bukan mari kita layan salah satu lagu dalam drama Adam dan Hawa.  Sorrylah lately nie memang akan ada entry aku yang sebut Adam dan Hawa.  Tunggulah cite nie habis dan aku takkan sebut lagi dah.  Hihihi.  Entry yang tak berkaitan pun mesti akan sebut jugak walaupun entry pasal aku jenjalan dengan anak-anak.  Penangan betul kali nie.  

Oklah, dah 2 kali ok nie.  Ini lagu pun aku dah minat sejak terdengar ia dimainkan dalam drama Adam dan Hawa nie.  Lagu bertajuk Ratu Di Hatiku nyanyian Triad.  Sebelum nie tak pernah tahu pun kewujudan lagu nie.  Jom layan lagu nie...








LIRIK LAGU RATU DIHATIKU

Pernah aku mencintai wanita
Tapi tak seperti saat ku mencintaimu
Pernah aku merindukan wanita
Tapi tak seperti saat ku merindukanmu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Pernah aku menikmati wanita
Tapi tak seperti saat ku menikmatimu
Pernah aku menangisi wanita
Tapi tak seperti saat ku menangisimu

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Kamulah ratu di dalam hatiku
Ku cinta kamu sampai mati
Takkan pernah ada wanita yang bisa
Menggantikan kamu di hatiku

Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku
Menjadi ratu di hatiku

Selamat menyanyi!!!Siapa pandai nyanyi bolehlah nyanyi atau berkaraoke.  Aku memang tak pandai nyanyi nanti hujan turun.






                                                                                              

~JUMAAT Pengulu Segala Hari~

Salam Jumaat buat semua sahabat.  Semoga kita semua mendapat keberkatan hidup daripadaNya.  Hari Jumaat adalah hari yang paling paling aku suka.  Sebab utamanya adalah hari Jumaat adalah hari terakhir di dalam hari kita berkerja.  Lepas tue 2 hari kita boleh berehat bersama keluarga di rumah dan melakukan aktiviti yang sangat berkauliti bersama suami dan anak-anak.  Sebab keduanya masa rehat untuk hari Jumaat lama sedikit dari hari lain.  So waktu itu banyak benda yang boleh diperuntukkan.  Kalau tak pegi shopping pun duduk opis boleh blogging!!Kikiki..Gunakan waktu itu sebaik mungkin.

So marilah kita sama-sama melakukan yang terbaik pada hari ini.  Ingat semula segala kesilapan yang kita lakukan pada minggu ini dan minggu-minggu lepas agar kita boleh perbaiki diri untuk minggu-minggu akan datang.  Setiap apa yang baik datang daripadaNya dan segala keburukan dan kesalahan datang daripada diri kita sendiri.  Sama-samalah kita beringat.  InsyaAllah.

6 Kelebihan Hari Jumaat

1. Berlakunya Hari Qiamat
  • Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:
    ''Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya''
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
  • Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
''Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga'' 
3. Penghulu Segala Hari.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.







                                                                                               

Thursday, November 1, 2012

~Lepak-lepak Di Dataran~

Ini cerita malam kelmarin sebelum aku mc.  Sebenarnya tidak bertujuan ke sini pun.  Kita orang keluar malam tue atas satu tujuan.  Tujuan akulah.  Tukang melayannya adalah siapa lagi kalau bukan asben.  Gigih teman bini cari yang bini nak.  Tapi perasaan dan harapan aku punah.  Remuk-redam.  Macam mana aku boleh tak tahu benda tue sudah tiada di situ.  Memang sedih gilerlah.

Punyalah semangat bila asben kata nak bawak aku.  Wah bukan senang dia nak melayan karenah bini dia nie.  Aku nie kan ala-ala 'mam' gitu.  Mesti nak berteman laki.  Cuma sekarang nie ada tempat yang aku kena pergi sendiri.  Dulu lagi best memang 'mam' besarlah.

So dek kerana nak menghilangkan kesedihan si bini, maka si laki pun bawaklah kami jenjalan.  Dah alang-alang keluar maka kami meneruskan perjalanan kami ke Mahkota Parade.  Memandangkan si bini tidak boleh menerima kenyataan.  Ooucchhhh...Harus redha.  Sudah terang-terangan bukan rezeki aku.

Lepas sudah tawaf satu MP tue otw nak balik rumah asben ajak gi lepak-lepak kat dataran.  Sebelum ke dataran aku request nak beli nugget kat McD.  Drive thru jea.  Tetibe jadi lapar pulak bila apa yang dicari tidak ketemui.  So jalan penyelesaiannya adalah MAKAN!!!Hilang stress, hilang sedih!!Dahlah jom tengok gambar.  Rasanya dah panjang benor aku membebel nie.


Anak-anak yang keseronokan.  Ammar 1st time kot sampai dataran nie.


Dulu adriana datang sorang jea kat sini.  Kini dengan adiknya.  Lama sudah kmai tidak lepak-lepak kat sini.  Last sekali kat entry ini.  Adriana kecik lagi.


Ammar berjalan sendirian.  Sebenarnya dia sedang confuse dengan bayang-bayangnya.  Tak tentu arah tengok ammar.


Tue hah.  Kan ada bayang-bayang.  Boleh pulak ammar nak kuis-kuis bayang-bayang dia.  Dik, tua bayang-bayang awaklah.  Awak tak pernah tengok erk?Geli hati mama tengok adik ammar nie.


Drive thrulah apa lagi.  Beli nugget yang 9 ketul, kentang dan air.


Tinggal 4 ketul jea.  Aku yang lebih makan sebab sedih kan. 


Jam menunjukkan 9.30 malam.  Pa, jom balik.  Lagi setengah jam Adam dan hawa nak start.  Asben aku kata dia dah siap-siap rekod untuk aku.  Tahu jea kesukaan bini dia.


Mama dan Nana.  Adriana dah nampak tinggi.


Mama bergambar dengan papa.  Adriana yang snap picture nie.  Ammar duduk sebab takut dengan bayang-bayangnya.  Masih confuse budak kecik tue.  Jangan jadi penakut yea nanti macam mana nak jadi pilot.  Eh sejak bilalah mak ko nie suka benor anak jadi pilot.  Penangan seseorang nie.


Last sekali gambar sebelum balik haruslah gambar aku dan anak-anak.  Patern anak aku kalo bergambar memang suka lentok kepala.  Tengoklah ammar tue sudah ikut jejak langkah si kakak.  Anak oh anak.  Telatah korang buat mama happy bila nengoknya.







                                                                                                                     

~Novel Adam & Hawa Buat Kawan Blogger~

Aku tolong belikan novel Adam dan Hawa buat kenalan dari blog.  Aku pernah terserempak dengan kakak nie dekat IKEA suatu masa dulu.  Tapi kami tak berkesempatan untuk menegur.  Aku yang cam kakak nie.  Balik dari IKEA aku terus tinggalkan jejak di blognya.  Dari situ kami mula berkawan.  Dari blog kemudian bawak ke FB dan kami sudah pun bertukar nombor telefon.  Itulah dunia blogger.  Kekadang kawan di alam maya lebih indah daripada kawan di alam nyata.  Bukanlah aku kata tak bagus kawan-kawan alam nyata aku.  Ada yang sangat baik pada aku.  Cuma ada yang tak iklas ketika berkawan.  Kini kami berkawan dan secara kebetulan peminat drama bersiri Adam dan Hawa.  Kekadang aku selalu beremosi jugak dengan kakak nie mengenai Adam Hawa nie.

Aku belikan novel nie weekend lepas.  Masa tue tengah jenjalan kat Jusco Bandaraya.  Tetiba teringat pesanan Kak Zana nie.  Terus call dia tanya samada nak atau tak sebab aku dah jumpa novel nie kat bookstore.  Dia kata dia nak dan aku pun terus jea beli.  Siap-siap bungkus ahad lepas sebab isnin aku nak pos pada dia.  Dan novel nie telah selamat diterima olehnya semalam.  Selamat membaca akak!!!Feeling kan Am dan Ain yea sewaktu membaca novel ini.






                                                                                                                  

~Kongsi Basikal~

Terpaksa beli satu basikal untuk dikongsi dua beradik.  Beli guna duit raya yang dia orang dapat.  Oleh sebab jangka hayat basikal ammar sudah tidak bertahan maka terpaksalah diganti dengan yang baru.  Basikal ammar kita orang beli masa besday ammar yang pertama bulan februari hari tue.  Bila beli untuk adik si kakak pulak pun sama nak naik.  Basikal dahlah murah.  Mahu tak patah bila dua orang yang naik.  Kikiki.  Anak oh anak.

So decide nak beli yang dua seat.  Boleh naik sama-sama.  Sebab kakak yang pilih nak jugak warna pink.  Mentang-mentang si adik tak pandai cakap lagi.  Kenalah ikut kata-kata si kakak.  Cerita lainnya pulak itu basikal nana.  Share ok mama kata.  Naik sama-sama.

Duit raya dia orang tahun nie memang belikan dia orang barang.  Balance jea masuk bank.  So inilah antara barangnya untuk both kids.

Siap ada lampu2 kat depan basikal.  Tak tahulah berapa lama pulak hayat basikal nie.  Itu pun ammar datang idea dok terbalikkan.  Handle sebelah atas.  Anak lelaki rupa itu erk??Ada jea ideanya.  Yang kakak idea lain pulak. 

Tengoklah dia orang.  Time macam nie bolehlah nak naik sama-sama.  Ada masa adik nak duduk depan.  Disuruh kakak duduk belakang.  Walaupun ammar belum pandai cakap tapi kita orang pahamlah apa yang disampaikan. :D Janji anak-anak mama happy sudah cukup buat mama happy jugak.




    

                                                                                          

~Bulan November Dan Resepi Krep Perancis~

Salam dan selamat pagi.

Mulakan hari ini dengan penuh kekuatan pada diri dalam bulan yang baru ini.  Lagi sebulan jea lagi kita akan melangkah ke tahun baru.  Adakah azam untuk tahun ini sudah tercapai?Bulan november ini penuh dengan harapan buat aku.  Semoga aku akan peroleh sesuatu yang baik buat diri aku dan juga buat keluarga aku.  Jika bukan rezeki aku, pasti akan ada sesuatu yang lebih baik buat aku.  Berusaha dan terus berdoa.  Yang lain aku serahkan kepadaNya.  

Oklah lupakan kisah november jom kita beralih kepada resepi yang ingin aku kongsikan di sini.  Aku try buat malam tadi setelah terjumpa resepi ini di blog Mat Gebu.  Sebab semalam pertu tak berapa ok so aku memang tak berani nak makan yang pedas.  Masak burger dan aku try buat krep ini.  Aku tak pernah makan tapi inilah hasilnya.  Buat pun dari kuali yang tak berapa nak non stick.  Oklah pada aku.  Seakan-akan lempeng jea.  Cuma yang ini nipis daripada pancake. 

Oklah, mari kita tengok resepinya.  Aku copy paste daripada blog Mat Gebu.  Korang boleh jugak terjah blog beliau kerana banyak sungguh resepi dan hasil masakan yang menarik daripada beliau.  Kagum sungguh.  Masakan aku simple-simple jea.  Deko pun main hentam.  Ini deko kekonon macam ala-ala masuk masterchef.  Food tester aku a.k.a asben aku malam tadi pun dah macam juri.  Jangan banyak komen makan jea masuk perut kenyang sudah.

RESEPI KREP PERANCIS
Sumber : MAT GEBU

BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba..
Selamat mencuba.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya. :D