Wednesday, April 8, 2020

PKP Hari ke-15: Sesi Membungkus Novel

Assalamualaikum.

Selamat petang semua.

Hari ini memandangkan ada mood nak menulis, aku gigihlah menulis beberapa entri. Sebenarnya semua sudah didraf awal-awal tinggal nak menulisnya saja. Tempoh hari aku poskan semua novel yang sudah dipesan melalui aku.

Mulanya nak tunggu balik Melaka nak diberikan semua novel-novel ini tapi bila ada yang kata nak baca dalam tempoh PKP ini, aku terus poskan saja novel-novelnya. Kebanyakkannya aku pos ke Melaka. Nak tunggu aku balik Melaka mungkin lambat lagi manalah tahu PKP dilanjutkan siapa yang tahu.

Risau sebab ada yang sudah buat pembayaran jadi itu yang aku putuskan untuk mengepos saja kesemua novel-novel. Stok novel di tangan aku sudah kehabisan. Ada yang mahu memesan lagi tapi aku minta tunggu sementara aku nak restock sebab penerbit tidak beroperasi sepanjang tempoh PKP.

Ada 15 buah novel yang perlu aku poskan sampai tak cukup sampul pos laju.

Novel-novel yang perlu dibungkus. Ada sedikit cenderahati daripada aku buat para pembeli.

Selesai juga membungkus. Lenguh-lenguh tangan menulis. Alhamdulillah rezeki dalam tempoh PKP. Terima kasih pada yang sudi mendapatkan novel saya. Semoga ada manfaat daripada novel Insan Kau Cinta.

Ini hand sanitizer anak buah pos. Seminggu baru dapat. Rupanya kena ambil sendiri di Pos Laju sebab aku guna alamat pejabat suami. Pos Laju tak hantar yang guna alamat pejabat itu yang kena ambil sendiri.

Itulah aktiviti aku sepanjang duduk di rumah. Salah satunya menjual novel. Dapatlah pendapatan sampingan kiranya. Syukur atas rezeki yang diberikan.

Salam pena,
Fyda Adim



3 comments:

Siti Yang Menaip said...

banyakkkkkk yang order. alhamdulillah..
teruskan berkarya =)

NA said...

Tahniah. Novel dibaca orang.

Warisan Petani said...

Tahniah
Semoga meriah pasarannya