Thursday, October 3, 2019

Mendaki Bukit Broga

Assalamualaikum.

Hai.

Dua minggu aku menghentikan aktiviti menulis. Sejak balik dari Melaka dan sebab minggu ini juga Adriana menduduki peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas Kafa) aku yang jadi tidak keruan. Anak nak periksa emak yang stres lebih. Sampai aku sendiri hentikan segala aktiviti aku terutamanya menulis. Pada hal, aku ada benda yang nak disiapkan tetapi aku tolak - tolak - tolak tepi segala macam kerja aku.

Memang seminggu dua ni aku tidur awal. Belum sampai masa sepatutnya seperti selalu aku sudah babai. Mungkin faktor umur - dah tua mementingkan tidur daripada menaip - berlama-lama di depan komputer.

Aku ada 90k patah perkataan yang perlu ditengok dan diedit. Sekarang sedang mencari kekuatan. Mahu siapkan secepat mungkin tapi itulah bila hati dan akal fikiran tidak sekongkol apa pun tak jadi. Yang jadi kerja hanyalah tidur.

Jadi untuk hari ini aku nak kongsikan pengalaman mendaki Bukit Broga. Cerita ni awal tahun hari itu punya cerita tapi biasalah aku kan selalu kesibukan. Kekangan masa segala macam. Sudahlah awal tahun hari tu huru-hara fasal nak bertukar.

Sebenarnya nak mendaki Bukit Broga ni dah lama rancangnya. Semestinya bukan plan aku sebab aku ni memang tak gemar dan terpaksa gemar sebab kegemaran laki. Ikutkan saja walaupun macam-macam alasan yang aku bagi. Aku bukan sejenis yang suka nak masuk-masuk hutan ni. Tahun lepas masa cuti Hari Malaysia memang dah sampai sini tapi masa kita orang sampai Bukit Broga ni ditutup sebab ada orang hilang. Bila dengar ni lagilah aku bertambah tak suka nak ikut tapi sebab diajak dan ada geng yang nak ke sini aku tawakal saja.

Semestinya aku orang yang paling belakang dalam grup. Siapa suruh bawa aku?

Cantik bila tengok dari atas. 

Ini permandangannya.

Mencabar juga sebab keadaannya begini tapi bergambar tetap bergambarlah. Bukan senang nak sampai.

Peace!

Waktu ini dah nak turun.


Ini keadaannya untuk memanjat ke atas sana.


Kami berempat.

Bila sudah suka bergambar haruslah bergambar.

Kawan kita orang yang tukang tangkapkan gambar.

Aku dan anak-anak.

Aku bersama kawan kami suami isteri.

Gambar ini suami aku yang tangkap.

Aku dan Balkis.


Suami dan ex housematenya semasa mereka bekerja di Kastam Batu Pahat. Sekarang kawannya sudah berpindah ke Putrajaya.




Sebelum pulang bergaya dulu di pintu masuk.

Sekli lagi bergambar di pintu masuk sebelum keluar ke tempat parkir kereta. Pengalaman menarik namun jika disuruh pergi kali kedua memang tidaklah aku nak pergi lagi. Mungkinlah kalau tidak ada yang mendesak.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: