Wednesday, November 7, 2018

Bila Hari Sabtu

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Sibuk sangat. Aku sibuk dengan promosi buku. Sibuk dengan manuskrip. Sibuk dengan tugas hakiki. Sibuk dengan tugasan di rumah. Jadi aku terpaksa kurangkan menulis di sini. Sudah kehabisan aksara bila sedang pulun menyiapkan manuskrip. Hahaha. Tapi belum terfikir nak berhenti menulis di sini. Blog ini kiranya macam diari. Itu pun kadang tak sempat aku nak coretkan semua di sini. Jalan paling mudah aku tulis di Instagram.

Masalah kekeliruan medium menulis. Jadilah. Itulah sebabnya caption kat insta tu kadang panjang lebar. Aku kongsikan cerita sabtu lepas. Sabtu lepas pun kira seharian tak rehat. Dari pagi sampailah ke malam.

Pagi jogging.

Selesai berjogging.

Kemudian jumpa orang yang nak sewa barang candy buffet.

Balik siap-siap untuk ke kenduri kahwin.

Sebelum balik sempat bergambar dengan pengantin. Pengantin perempuan tu sebenarnya anak asuhan mak mentua.

Dari orang kawin kita orang balik kampung ziarah Pak Andak yang akan menunaikan umrah.

Gambar orang yang diziarah tak ada. Yang ada gambar kami. Hehehe.

Dari kampung ke MITC sebab nak jumpa kawan untuk ambil stok buku ni. Cerpen aku bertajuk Korban Kasih ada di dalamnya.

Selesai ambil buku bergegas ke hospital pula ziarah maklong iaitu kakak mak. Dalam gambar ni mak aku.

Inilah suasana masa petang sabtu tu. Sepupu-sepapat semuanya. Walau kami tak ramai, tapi kami tetap ada. Semoga dipermudahkan urusan maklong aku. Mohon kawan-kawan doakan buat Patimah Arippin ya. Terima kasih.

Sekian.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: