Monday, November 26, 2018

Meraikan Ulangtahun Kelahiran Suami

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Terlampau sibuk dengan bermacam-macam benda hinggakan aku tidak sempat menulis di sini. Aku sedang sibuk dengan projek akhir tahun. Projek untuk diri sendiri. Kemudian sibuk dengan SKT dengan myPortfolio. Sangat-sangat kemurungan.

Baiklah, tanggal 17 Oktober adalah ulangtahun kelahiran suami. Memandangkan masa tu dia di tempat kerja, aku minta kawan-kawan di sana aje raikan. Jadilah tanda ingatan aku dan anak-anak yang ada di sini.

Kek yang aku tempah dengan isteri officemate suami.

Cantik kan.

Ini kawan-kawan yang di sana.

Kejutan yang simple.

Gambar-gambar ni semua yang kawan-kawan di sana kirimkan.


Begitulah kisah sebulan yang lalu. Itu sahaja yang mampu disediakan dan mungkin akan dikenang-kenang pada masa akan datang.

Sampai sini dulu. InsyaAllah akan menyusul dengan entri yang lain. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: