Monday, August 7, 2017

Keputusan ACA-6 Adiwarna Jemari Seni

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Hai bloggerians.

Sekali lagi. Entri kedua untuk hari ini. Ditaip pada malam tadi untuk memenuhi ruang minggu ini agar blog ini tidak sunyi sepi dan akhirnya menjadi laman sesawang yang bersawang. Gigih mencari kerajinan dan mood untuk menulis. Satu jam pertama, aku sekadar sign in kemudian belek handphone, balas whatsapp bersambung pulak dengan insta dan mukabuku.

Sepatutnya, kalau mahu menulis memang seharusnya tutup segala mak nenek itu. Jangan dilayan. Memang gangguan. Daripada idea ada memang tinggal suam-suam kuku aje. Whatsapp pun aku layan yang penting aje. Malam tadi ada perkongsian dengan salah seorang rakan alam maya yang baik dengan aku. Semoga persahabatan kita berkekalan.

Baiklah, entri ini sedikit perkongsian tentang kegembiraan aku. Bukan riak ye. Sekadar berkongsi. Siapalah aku untuk membangga diri. Aku pun belajar daripada seseorang. Minat menulis dan tunjuk ajar beliau membawa aku ke dalam dunia penulisan. Ditambah lagi dengan kecaman seseorang yang pernah hadir tanpa aku kenal membuatkan aku bangkit dari kisah itu. Semoga dia peroleh hidayah atas perbuatannya.

Sebulan yang lepas (kalau tidak silap), pihak Adiwarna ada membuka Antologi Cerpen Adiwarna berjudul Kelip-Kelip Kusangka Api. Waktu itu memang rancang nak turut serta. Memandangkan waktu itu bulan puasa dan mahu menyambut Syawal, keadaan tidak mengizinkan. Aku cuba juga menulis cerpen tapi entahlah kenapa ideanya tidak sampai ke hati untuk menulis. Perasaan itu tiada. Sudahnya sehari sebelum tarikh akhir, aku hantar koleksi cerpen yang ada dalam simpanan aku.

Aku baca semula cerpen tersebut, kemudian aku edit mana yang patut dan terus hantar saja. Sekurang-kurangnya aku mencuba daripada aku terkilan tak hantar langsung. Waktu itu memang sudah pujuk diri, kalau tak terpilih tak mengapa. Sudah hantar. Memang tidak meletakkan harapan yang tinggi sebab pemilihannya agak ketat. Memang sudah sedia maklum tentang pemilihan oleh Adiwarna Jemari Seni ini.

Aku hantar cerpen yang bertajuk Rotan Terbelah. Kisah Ecah yang berkonflik dengan neneknya tanpa dia tahu hujung pangkalnya. Keputusan ACA-6 ini telah diumumkan pada 3 Ogos 2017 yang lalu. Tidak disangka-sangka.

Image may contain: text
Kiriman emel yang aku terima. Alhamdulillah. Kali ini rezeki berpihak pada aku. Daripada 135 cerpen hanya 40 cerpen sahaja yang terpilih dan salah satunya adalah cerpen Rotan Terbelah.

Sumber yang aku perolehi daripada FB JS Adiwarna. Aku sejak suka baca karya Noor Suraya, memang follow segala FB yang berkaitan dengannya. Tak sangka pula dapat turut serta kali ini.


Image may contain: text
Cerpen aku di nombor 17.

No automatic alt text available.
Sambungannya.

Image may contain: text
Memang gembira yang bukan kepalang. Waktu keputusan diumumkan aku sedang MC. Waktu itu makan ubat dan mahu tidur. Terbaca di group whatsapp menyeru-nyeru nama aku. Rupanya mereka sudah tahu dulu keputusannya. Begitulah ceritanya. Tak sabar mahu menunggu buku itu dicetak. Selain menunggu Antologi Kelip-kelip Kusangkakan Api, aku menunggu juga Antologi Suara Kekasih. Untuk tahun ini, aku cuba mencari ruang. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: