SUKA ENTRY DI SINI???

Thursday, December 1, 2016

Penutup November

Assalamualaikum.

Malam tadi kononnya memasang niat untuk menulis entri ini namun niat itu hanya jadi angan-angan. Dek kerana terlalu penat dan berposak pasal kereta siangnya, aku terlena awal di depan televisyen di rumah mak.

Anak-anak yang menonton bersama aku turut tertidur rupanya. Aku sedar sebaik adik aku mengejutkan dan menyuruh masuk ke dalam bilik.

Semalam, lebih kurang jam 2.30 petang aku dikhabarkan dengan berita gembira. Belum boleh diwar-warkan lagi. Tiba masa akan diceritakan kelak. InsyaAllah.

Kemudian sampai rumah mak, aku suruh anak-anak kemas barang mereka. Memandangkan aku lihat langit semakin berarak gelap, aku memang mahu segera pulang ke rumah. Namun nasib tidak baik.

Sebaik mahu menghidupkan enjin kereta, ada masalah yang datang. Enjin kereta tidak mahu hidup. Berkali-kali juga aku mencubanya namun gagal. Sudahnya aku duduk termenung di dalam kereta. Lama juga aku di dalam kereta sampaikan mak aku panggil masuk ke dalam rumah. Guruh masih kedengaran namun hujan tidak kunjung tiba.

Stres punya hal aku bedal seplastik roti krim ini yang ayah aku beli. 

Terpaksalah aku pinjam kereta adik untuk pulang ke rumah untuk mengambil baju. Sudah rupa pelarian semalam. Redha sajalah kan. 

Pagi ini aku ke kerja hanya menjadi penumpang. Terpaksalah ikut adik aku. Pembuka disember yang sedikit menyedihkan. Sabar.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Angel Wing Heart