Thursday, December 1, 2016

Ada Apa Dengan Disember?

Assalamualaikum.

Selamat petang. Sementara menunggu kenderaan tiba bolehlah menulis entri ini. Bila kereta rosak alamat patah kaki. Nak ke mana-mana pun susah. Macam aku ni lagilah susah. Bila datang masalah begini perlulah bersandar pada seseorang. Kalau tempat bersandar pun bermasalah, matilah nak. Hihihi. Sandarkan pada kenangan sahaja.

Pembuka disember sudah didatangkan dengan dugaan. Dugaan ini diberi mungkin agar tidak alpa atau terlupa diri. Tapi pagi tadi aku dah termerungut. Stres barangkali. Itulah cara untuk melepaskannya.

Bila tiba disember perasaan teruja itu pasti terasa. Bukan apa, disember adalah bulan ulangtahun perkahwinan aku dan suami. Alhamdulillah, untuk tahun ini  sudah sepuluh tahun kami dalam ikatan suami isteri.

Kami sepuluh tahun yang lepas. 

Selain itu ada majlis yang akan diadajan pada bulan ini. Sekali lagi kakak sepupu aku akan kawinkan anaknya. Kali ini anak lelaki pula. Memang sibuklah nampak kami bulan ini. Sebelum majlis, aku akan pergi bercuti dulu. Nanti akan aku ceritakan ke manakah destinasi percutian kami.

Tema kali ini untuk rumah lelaki adalah emerald green. Jadi bridesmaid sila bersiap sedia dengan tugasan masing-masing.

Semoga segala urusan untuk bulan ini dipermudahkan dan berjalan lancar seperti yang dirancang. Sekian dan wassalam.

Salam pena, 
Fyda Adim

2 comments:

Kakcik Seroja said...

Semoga Disember datang, berlalu dan pergi dengan baik... :)

LYAfrina said...

alhamdulillah..
dah nak masuk usia 10 thn ikatan perkahwinan..
moga kekal hingga ke Jannah..

waa..bersnyer bercuti..
kemanakahh ????

cantik kaler emerald green.. buat baju apa tu??