Wednesday, December 7, 2016

Holiday Countdown

Assalamualaikum dan hai.

Tajuk bukan main nak gempak aje. Sesekali tajuk entri bunyi omputih. Holiday dalam Malaysia aje pun bukan ke luar negara. Tapi biasalah, bila kategori holiday, perasaan gembira pasti menyelinap dalam diri.

Aku biasa-biasa aje. Anak-anak yang paling teruja. Budak-budak kan. Kalau sebut nak berjalan pasti seronok. Itu belum lagi pelbagai persoalan yang diajukan sampai benak kepala mak kau nak menjawab.

Dialog yang sama asal nampak muka msk kau.

"Ma, lagi berapa hari lagi kita nak pergi bercuti?"

Layankan ajelah. Mereka rasa seronok. Tambahan pula tempat yang belum pernah sampai.

Kalau ikut perkiraan, aku dah hampir lapan tahun tak ke sana. Lapan tahun yang lepas sewaktu aku ke sana, aku mengandungkan Adriana. Masa tu umur kandunganku empat bulan. Pergi naik flight masa tu dan itu pertama kali aku menggunakan pengangkutan udara. Cuaknya jangan dicakap.

Jadi aku cerita dengan Adriana.

"Nana pernah pergilah tapi masa tu nana dalam perut mama."

Dia jawab manja.

"Maaaa..." Sambil tersenyum-senyum sebab aku kenakan dia.

Sebenarnya percutian ini beramai-ramai, disertai kawan-kawan asben yang satu unit dengannya. Semangat sampai buat t-shirt bagai kali ini.

Perjalanan kali ini mungkin menyeronokkan. Kami pergi dengan menaiki keretapi.

Kemudian bersambung dengan pengangkutan lain iaitu feri.

Pulang dari sana dengan menaiki kapal terbang. Kali ini cuba dengan Malindo Air pula. Saja nak bawa anak-anak rasa pengalaman menaiki pengangkutan awam. Bukan saja anak suka, maknya lebih teruja.

Tak sabar nak pekena laksa ikan sekoq. Aku dah beritahu pada asben. Dia kata semuanya sudah dimasukkan dalam itinenary. Suka aku!

Kalau dapat teka ke mana destinasi percutianku kali ini dia pandai!Hehe

Salam pena,
Fyda Adim

2 comments:

Carl Lesmana said...

AUMMMM. okay habis exam nanti boleh plan cuti juga lah haahhaa

ora adzlin said...

wah best nya ! happy holiday ! from your new follower here :)

www.ora-adzlin.blogspot.com