Thursday, June 9, 2016

Coretan 4 Ramadhan

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah.

Selamat pagi dan salam 4 Ramadhan 1437H. Sekejap saja kita sudah berada di hari keempat Ramadhan. Minggu depan sudah sibuk anak-anak bersekolah. Kerisauan masih lagi mengetuk hati ini. 

Semoga semua urusan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Stamina diri juga perlu ditingkatkan. Kalau stamina diri tidak ada, memang melentuklah. Lepas sahur memang tak boleh nak bergolek bagai, ada yang terlajak. Siapkan anak-anak ke sekolah. Aku target dalam pukul 7.00 pagi dah kena sampai sekolah. Agak-agak pukul berapa aku kena keluar rumah. Hihihi.

Petang pulak keluar pejabat pukul 4.00 petang terus bergegas balik rumah dulu untuk siapkan apa yang patut. Hari yang ada sekolah agama Adriana keluar pukul 5.40 petang.

Begitulah tugasan yang perlu dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan ini. Adjust masa untuk sesuaikan dengan diri. Al-maklumlah wanita berdikari. Hehehe...

Semoga kita akan sentiasa menjaga solat dan juga tingkah laku kita. Semoga kita mendapat keberkatan daripadaNya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Wednesday, June 8, 2016

Sehari Sebelum Ramadhan

Salam.

Selamat petang. Hari ini sudah masuk 3 Ramadhan 1437H. Lagi setengah jam mahu pulang. Dalam kepala dok fikir apa yang mahu dimasak untuk berbuka nanti.

Sehari sebelum tibanya Ramadhan, aku dan asben jalan-jalan bandar Melaka lepas balik dari JB sabtunya. Akan diceritakan di lain entri.

Pergi Kg Jawa makan mee rebus. Sedap sekali.

Pergi Family Store Kipmart beli barang dapur.

Khemah-khemah sudah didirikan di sepanjang Jalan Hang Tuah Mall. Jalan ini bakal menjadi sesak.

Sebelah malam aku masak nasi goreng untuk makan sahur. Aku masak lepas balik dari terawih. Itulah kisah aku dan keluarga sehari sebelum menyambut kedatangan Ramadhan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Trip To Johor Bahru

Salam.

Selamat tengahari semua. Entri yang aku dah tulis siap-siap dekat telefon bimbit kemudian publishkan aje. Kena juga menulis entri yang banyak tertangguh.

Tapi entri ini belum berapa nak basi sebab kejadiannya berlaku sabtu yang lepas. Dua hari sebelum kita menyambut Ramadhan. Dari minggu lepas, asben ajak jalan pada hari jumaat tanggal 3 Jun 2016. Memandangkan pejabat ada potluck, aku ajak pergi hari sabtu.

Sebelum bertolak keluar dari tol Ayer Keroh, singgah sarapan di warung dekat Durian Tunggal. Makanan kat warung ini boleh tahan sedap.

Mamat ni kalau makan memang tak menoleh kiri kanan. 

Masa kat tol dah mula sesak.

Nasiblah kita orang guna smart tag.

Perjalanan ke selatan tanah air pun bermula.

Anak-anak sudah lena di tempat duduk belakang. Kereta comel makanya tidurlah gaya itu.

Tempat pertama yang kita orang sampai.

Ramai pengunjung sudah memenuhi tempat membeli-belah ini.

Aku baru kali pertama menjejakkan kaki ke sini.

Keluar masuk beberapa kedai. Asben tanya nak hadiah apa untuk besday aku. Beberapa pilihan yang diberi dan akhirnya aku memilih seutas jam tangan. Sebabnya jam boleh simpan lama.

Cubaan untuk bergambar. Masa ni dah kepenatan.

Tengok anak-anak pun dah terduduk.

Adriana beli sehelai seluar di Poney. Walhal kat Melaka aku tak pernah pun masuk butik ini. Ini semua gara-gara ternampak pelakon si Ashraf Muslim dengan isteri pertamanya. Sudahnya aku dah rupa stalker dalam butik tu. Hahaha.

Dari JPO, asben bawa ke Kg Melayu Majidee. Maklumlah sejak dia berkhidmat di Negeri Johor, dia lebih arif tempat makan yang best.

Layankan murtabak. Mulanya nak makan murtabak cheese tetapi dah habis pula. Murtabak yang biasa pun dah sedap.

Selesai makan asben bawa ke Stulang. Lepak-lepak situ.

Anak-anak bermain di bawah, aku dan asben duduk di atas aje.

Tengok budak berdua tu.

Family potret kami tahun ini. Hehehe.

Kemudian sebelah malam jalan-jalan depan istana. Cantik sungguh!

Air pancut yang mewarnai keindahan malam itu.

Family potret lagi. Bukan senang asben nak ajak bergambar. Hehehe.

Kemudian masa untuk makan malam. Asben bawa ke Medan Steamboat. Ramai orang.

Ini yang aku pilih untuk kami empat beranak. Sedap kuah cicahnya.

Pesan sotong kangkung. Dah lama tak makan sotong kangkung.

Aku pesankan mee maggi yang dicelur dengan sup untuk anak-anak. Sedap jugak supnya. Pendek kata hari itu memang modus operandi kita orang adalah jalan-jalan cari makan. Seronok bila dapat jalan-jalan begini bersama yang tersayang. Kita orang sampai Melaka lagi lima belas minit mahu ke jam 2.00 pagi. Sekian dan wassalam.

Salam pena,


Potluck Di Pejabat

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa. Bismillah...

Selamat pagi. Sudah tiga hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga dipermudahkan urusan ibadah kita dan terus beristiqamah. Entri untuk minggu ini kebanyakkan adalah entri yang tertangguh. Banyak yang ada di dalam draf. Jadi aku tulis juga. Seperti biasa entri ini semuanya entri scheduled.

Jumaat lepas lagi beberapa hari mahu menyambut puasa, pejabat aku adakan makan-makan. Lebih kepasa potluck. Masing-masing bawaklah makanan yang ingin dibawa untuk dimakan bersama-sama. Menu aku adalah laksa nyonya.

Di samping program potluck itu, sebenarnya kita orang buat majlis untuk kakitangan yang telah bertukar. Ada tiga orang sebenarnya tapi yang dapat datang sorang aje. 


Sebelum majlis bermula. 

Majlis berucap telah selesai.


Antara menu yang ada.

 Sebahagian lagi makanan di meja lain.


 Dalam bekas tu pulut kuning bersama rendang.


Ucapan daripada yang diraikan iaitu Puan Norziah binti Aman. Dia bertukar ke JKMN Johor.


 Cenderahati daripada kami.

Menu aku jumaat lepas. Laksa nyonya yang dimasak oleh mak aku. Kalau aku yang masak banyak-banyak memang terbalik dengan periuk. Hehehe...Masak untuk makan sendiri bolehlah, masak untuk ramai-ramai aku tak berapa yakin dengan diri sendiri. Sekian dan wassalam.

Salam pena,



Titipan Sepanjang Dua Hari Berpuasa

Salam.

Selamat malam. Malam ni datang mood nak update blog. Fresh from the oven. Bukan entri scheduled. Ini pun tulis guna telefon bimbit. Berapa jenuh aku nak menaip guna hp kan.

Sesekali bolehlah.

Alhamdulillah, selesai jugak dua hari berpuasa. Masih dalam keadaan terkawal dalam dua hari ini. Aku boleh jangka minggu ni masih boleh dikawal sebab cuti sekolah lagi. Minggu depan tak tahulah macam mana keadaannya.

Sekadar perkongsian. Ini menu berbuka Ramadhan yang pertama. Asben ada lagi semangat masaknya lain macam.

Ini menu berbuka Ramadhan yang kedua. Aku lari pergi rumah emak. Berbuka dengan anak-anak nanti bersendu tiga beranak. Hehehe. Berbuka rumah mak riuhlah sikit kan. Gitulah perjalanan dua hari berpuasa ini. Masih berbaki 28 hari. Semoga dipermudahkan segala urusan ibadah kita. Amin...

Sekian dan wassalam.

p/s : Entri sebelum ini bersaya, pas tu ber 'aku' balik. Sengal ke tak sengal?Hehe...



Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan Kali Ini

Salam.

Selamat menjalani ibadah puasa buat semua pembaca blog saya. Hari ini kita sudah masuk hari kedua dalam bulan Ramadhan. Saya sudah mula bekerja memandangkan semalam adalah cuti umum bagi Melaka sempena Awal Ramadhan.

Nikmat sekali semalam. Boleh rilek-rilek. Masak pun siap awal. Ada masa bergolek-golek sekejap sesudah siapkan segala keperluan. Semalam dapatlah berbuka empat beranak. Hari ini tinggal lah saya aje berbuka dengan anak-anak.

Ramadhan kali ini agak lain. Sebab saya dan suami tinggal berjauhan dan ada pun hujung minggu sahaja. Kalau diikutkan empat hari saya perlu berdikari sendiri. Tapi empat hari itu bagaikan terasa lamanya.

Tahun sudah saya masuk kerja pada bulan puasa 7.30 pagi. Sebab nak balik awal pukul 4.30 petang. Boleh masak, tak perlulah ke bazaar. Tahun ini saya cuba juga untuk masuk awal. Nasiblah cuti sekolah awal-awal Ramadhan ini. Untuk minggu pertama aku tak perlulah huru-harakan diri.

Borang pemilihan waktu peringkat (WP) bagi bulan Ramadhan telah pun diedarkan pada minggu lepas. Kakitangan awam dibenarkan pulang seawal jam 4.00 petang tapi waktu rehatnya disingkatkan selama setengah jam sahaja.

Saya pilih WP4. Masuk kerja pukul 7.30 pagi dan semangat mahu balik awal jam 4.00 petang. Teruja sangat untuk balik awal. Semangat nak memasak pun ada jugak. Tapi sebab saya dan Adriana aje yang ada dan berpuasa, saya cuma masak seringkas yang boleh. Sebenarnya dalam hati risau jugak takut saya tak boleh nak tepati masa. Yelah, bila anak-anak sudah sekolah mesti jalan pun jammed sana sini. Nak uruskan anak-anak lagi. Inilah cabaran untuk Ramadhan kali ini. Semoga dipermudahkan segala urusan saya sepanjang bulan Ramadhan ini. Amin. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,