Thursday, June 19, 2014

~Menghadiri Bengkel Penulisan Perjawatan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat pagi semua.  Salam khamis untuk semua.  Pembuka bicara untuk hari ini.  Entri pagi ini qdalah daripada cerita minggu lepas.  Khamis lepas aku ke Seri Negeri menghadiri bengkel penulisan perjawatan.  Ala-ala macam nak jadi penulis pula.  Bengkel ini diadakan selama sehari sahaja.  Jadilah untuk memenuhkan kursus aku yang masih lagi belum cukup tiga hari.

Aku menghadiri bengkel ini bersama dua orang officemate.  Pagi tu aku jemput mereka di  pejabat dan kami pergi sama-sama ke Seri Negeri. Marilah aku kongsikan beberapa keping gambar semasa aku di sana.

Taklimat diadakan di dalam bilik Kesidang.

Ada beberapa dokumen yang diberikan di dalam sampul kecil ini.

Dapatlah aturcara bengkel untuk hari itu.

Antara kerja-kerja yang dilakukan adalah untuk menaip senarai perjawatan.

Dan tengahari itu, inilah lauk yang dihidangkan untuk peserta-peserta bengkel.  Sedap!  Itu sahaja entri pagi ini.  Bersambung lagi.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                         

Wednesday, June 18, 2014

~Al-Kisah Makan~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^_^

Selamat tengahari semua.  Selamat hari rabu.  Hari ini mood tak berapa nak elok.  Mood suam-suam kuku.  Huh! Tak suka bila datang perasaan ini.  Cepatlah pergi jauh-jauh.  Lagi satu jam mahu ke jam 1 untuk makan tengahari.  Mulalah terfikir mahu makan apa tengahari ini? Biasalah kalau dah hujung-hujung bulan ni poket pun agak kempis.  Itulah salah satu sebabnya kut ketiadaan mood. :-(

Okey, minggu lepas sebab masih boleh lagi makan besar bersama kawan-kawan.  Tidaklah besar mana pun cuma makan lain sedikit daripada hari biasa.

Makan McD ni bersebab.  Masa tu keluar isi minyak kemudian terus drive thru.

Ini jumaat lepas.  Nasi ayam penyet bersama cendol.  Memang teringin bebenor nak minum cendol hari tu.  Beli kat RnR kat Masjid Al-Alami.  Sudahlah ada tragedi berlaku masa beli cendol ni.  Musykil hingga kini.  Hanya Mira Mokhtar yang tahu sebab berkaitan dengan diri dia.  Peminat letewww...

Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

Tuesday, June 17, 2014

~Bila Tertengok Katalog Tupperware~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^___^

Selamat petang semua.  Lagi 20 minit mahu ke jam 5.  Masa untuk pulang adalah sangat-sangat dinantikan.  Tengahari tadi makan nasi lemak.  Sekarang ni nasi lemak itu sedang bertindak balas.  Dah berkali-kali aku menguap ni.  Okeylah entri tengahari tadi baru tulis sudah berjanji pada diri sendiri tidak mahu membeli tupperware.  Betul ke bohong?

Entrinya di SINI.

Tapi ini aku beli sebelum menulis entri tadi.  Dimaafkanlah kan.  Untuk diri sendiri.  Hehehe...Biasalah kalau sudah tengok katalog tupperware yang bermacam-macam warna, bentuk yang menarik itu pasti hati ini tertarik untuk membelinya.  Betul tak?

Setelah sekian lama tak tengok katalog tupperware dan akhirnya bila tengok pasti terbeli.  Ini aku kogsi dengan kawan aku.  Sorang 4 bekas tupperware bayar RM36.  Selalu bila kawan bawak katalog memang aku tak pandang langsung.  Tapi bulan lepas tergoda juga akhirnya.

Nah! Inilah tupperware yang aku beli.  Sudah selamat aku susun dalam almari masa kemas-kemas ahad lalu.  Nanti-nantilah baru digunakan.  Bertambahlah koleksi tupperware maka saratlah almari aku itu.  Itu sahaja celoteh di petang hari sambil melayan mata mengantuk ini.  Mahu berkemas sebelum pulang.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                         

~Misi Hujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...^____^

Selamat tengahari semua.  Selamat tengahari selasa.  Hujung minggu yang lalu hanya bersantai di rumah memangdangkan si hero kecil aku demam.  Laki den pun kerja.  Jadi memanglah tidak ke mana-mana.  Seperti biasa misi di kala hujung minggu berjalan seperti biasa.  Memasak, mengemas, melipat dan sewaktu dengannyalah.  Buat kerja rumah yang tidak pernah ada titik noktahnya melainkan bila sudah tutup mata.  Hehehehe...

Ini menu sarapan pagi sabtu.  Masak spageti dan bahan-bahannya main campak-campak apa yang ada dalam peti ais.

Kemudian masak asam pedas ikan cencaru.  Tapi hari tu asam pedas aku terkurang air asam. 

Ahadnya pula laki aku keje shif pagi.  Aku masak spiral goreng dan nasi goreng tomyam.  Gambar non ado.  Hari itu agak kalut melayan ammar yang merengek sebab giginya sakit.  Jadi memang tak sempatler nak amik gambar makanan yang dimasak.  Dalam pada kalut melayan si kecik tu aku dapatlah jugak mengemas rumah.  Memang dari sehari ke sehari nak mengemas almari kat dining tu tapi semedang tak sempat.  Oleh sebab dah dapat komplen daripada abang jebat katanya yang almari itu sudah tidak tersusun maka hari itu aku gigihkan jugak mengemas almari di dining dan kabinet di dapur.

Tengoklah koleksi tupperware aku.  Bukan nak menayang tupperware aku itu ye.  Sudah banyak dah sudah tak tahu mana mahu disusun.  Jadi aku letakkan satu tempat khas untuk koleksi tupperware aku ini.  Senang nak cari.  Ini pun main selit je.  Berjanji pada diri sendiri tidak mahu membeli lagi.  Tempat di rumah sudah agak terhad.

Inilah hasil sampah sarap yang terkumpul hasil misi aku mengemas rumah sempena nak menanti kedatangan bulan Ramadhan.  Nanti tak payahlah nak berkemas sangat.  Huh! Banyak betul sampah sarap kat rumah aku.  Kalau aku sudah berkemas habis semua nak dibuangnya.  Kemas sorang-sorang senang sikit.  Senang aku nak buang benda tak sepatutnya.  Jadi selesai misi mengemas di satu bahagian.  Minggu ini aku nak terjah bilik anak dara.  Nak kemas almari baju anak daraku.  Kemudian nak terjah sekali bilik bersantai aku.  Harap-harap selesai sebelum puasa.

Itu sahaja entri mengemas rumah hujung minggu.  Misi nak mendeko masih tetap dijalankan memandangkan kewangan agak terhad jadi kenalah perlahan-lahan mendeko rumah.  Mendeko pun seadanya bergantung pada kewangan juga.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,





                                                                                                         

~Hero Kecil Demam~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua. Take five! Update blog kejap. Setelah dua hari tidak menitipkan di sini jadi banyak cerita yang tertangguh. Hujung minggu yang lepas agak tidak menarik. Memang dalam mood susah hati. Sebabnya my lil boy demam. Agak lama juga ammar tak kena demam. Bila anak tak sihat mak yang tak berapa lena tidur. Bukan kata apak tak berjaga, jaga jugak.


Melepek je dua hari lepas. Katanya sakit gigi. Demam nak tumbuh gigi kut!


Ini semalam. Tak mahu berbaring. Teman aku mengemas. Belakang ammar tu ada kain basah. Itu yang menggelembung.


Malam tadi bawa juga pergi klinik. Doktor kata tonsil dia bengkak. Jadi dapatlah tiga ubat ni. Mama harap adik cepat sembuh. Sekian sahaja cerita mengenai ammar. Wassalam....

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Monday, June 16, 2014

~Rutin Kembali Seperti Biasa~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...^____^

Salam pembuka bicara untuk pagi isnin yang tenang ini.  Selamat pagi semua.  Macam mana hari ini? Harap semuanya baik-baik sahaja.  Dua hari bercuti di rumah macam-macam kerjaan dibuat aku.  Misi mengemas yang tidak pernah ada sudahnya.  Nanti diceritakan kemudian.

Dua hari tidak menitip di blog ini kerana memberi laluan selama dua hari untuk entri INI yang ditaja oleh pihak Nuffnang.  Itu yang tidak ada apa-apa update dari aku.  Hari ini sekolah juga telah dibuka dan rutin harianku kembali seperti biasa.

Pagi ini adriana senang bangun.  Tidak perlu aku menjadi tarzan jadian.  Hehehe.  Hari ini juga belum ada lagi acara larian di dalam rumah.  Masih lagi terkawal.  Tunggulah esok lusa.  Mesti ada hari-hari yang kelam kabut jadinya.  Masuk hari ini ada lagi dua belas hari je lagi ketibaan Ramadhan.  Tidak sabar rasanya.  Sabtu ni adik ipar aku bertunang.  Jadi banyak program sebelum sampainya bulan Ramadhan nanti. 

Itu sahaja entri untuk pagi ini.  Panjang sikit menulis sebab dua hari berehat daripada menulis dan memikirkan idea untuk menulis.  Bila entri sponsor sudah selesai hati sangat-sangat lega.  Alhamdulillah serba sedikit rezeki daripada menulis.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,