Tuesday, April 15, 2014

~Cuti Sempena Melaka Bandaraya Bersejarah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat pagi semua. Hola! Hari ini seluruh warga Melaka bercuti sempena Melaka Bandaraya Bersejarah. Memang syoklah bila dapat beristirehat di rumah. Hari ni ada perancangan dengan member tapi itulah masih lagi dalam pertimbangan. Asben kerja jadi memang aku tiga beranak duduk bersantai saja di rumah.


Waktu bersama keluarga adalah waktu yang berharga. Masa bercuti habiskanlah bersama yang tersayang. Sekian...

Wassalam

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Thursday, April 10, 2014

~Jangan Diulangi Kesilapan!~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua. Dua hari menghilang tanpa entri. Hari selasa ke seminar kemudiannya diserang sakit gigi. Semalam pula mencari kekuatan. Akhirnya aku menyerah diri juga. Nanti akan aku ceritakan.


Sesiapa sahaja tidak sempurna. Manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan. Tetapi jangan diulang kesilapan yang telah dilakukan. Hargai insan-insan yang menerima dan sedia memaafkan kita tatkala kita melakukan kesilapan. Ingat! Sekali lagi kita mengulang kesilapan itu pasti kita tidak diberi kemaafan lagi. Jagalah sementara masih diberi peluang.


Sekali kita melakukan kesilapan kemaafan diberikan pada kita mungkin atas sebab ini. Jangan tersalah langkah yang akan merosakkan diri kita kelak.

Itu sahaja perkongsian pagi ini. Berkongsi atas apa yang difikirkan dan dirasakan. Lain orang lain pemikirannya. Renung-renungkanlah. Hari ini gambar yang dikongsikan versi omputih ye. Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Monday, April 7, 2014

~Hari Terakhir Di Kuala Lumpur~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Tengahari ni tak ke mana.  Makan? Mira Mokhtar keluar jadi kirim pada dia sahaja.  Jadi berehat-rehat di office untuk satu jam ini.  Bersambung lagi mengenai percutian singkat ke Kuala Lumpur tempohari.

Ini cerita untuk hari terakhir di sana.  Hari tu bercadang mahu nak tren lagi atas permintaan si anak teruna.  Menyanyi nak naik keretapi.  Jadi kami naik lagi tren.  Tinggalkan kereta di hotel dan kami keliling Kuala Lumpur.  Mari aku ceritakan mengikut gambar yang ada.


Pagi tu awal lagi bersiap.  Kemudian turun sarapan.  Tengoklah gaya dua beradik ni.  Ammar dengan selipar lagi.  Tak perasan!


Nana makan mee sup.


Selesai makan naik bilik berkemas sambil bersiap.


Tengok ada barang tertinggal tak?


Sementara tunggu mama berkemas, Ammar layan susu dulu.  Bergolek atas katil dulu.


Sudah siap.  Mama papa bergambar.  PhotoG adalah nana.

 
Bergambar bertiga.  Nana photoGnya.


Suka benar budak berdua ni tengok luar.  


Permandangan dari atas sekali lagi.


Masa untuk checkout.





Apa yang nana tengok dalam kolam kecil itu?


Kemudian kami ke Jalan Tar.  Aku dapatlah memborong tudung harga RM5.  Macam-macam warna aku beli.  Tudung aku murah je.


Dari Jalan Tar kami menaiki tren ke KLCC.  Gambar dalam tren tak sempat diambil kerana orang ramai hari tu.  Bersesak-sesak.  Singgah rehat dekat sini jap.  


Nana yang ceria walaupun merungut penat.


Selepas membasahkan tekak, kami ke Petrosains.

 Nana je yang bergambar.


Ini kadar bayaran untuk masuk ke Petrosains.


Budak berdua ni dah tak boleh bersabar.  


Ramai orang.  Kena tunggu giliran.


Nak naik benda alah ni.


Ini slaah satu gmabar yang aku ambil guna ipad.  Gambar lain dalam kamera.  Sekarang malas nak guna kamera bagai.  Laki aku yang gigih memikul.


Selepas di KLCC kami naik tren balik ke hotel untuk ambil kereta.  Masa untuk balik Melaka! Rindu rumah, rindu tilam yang tak berapa nak empuk.  Sebelum balik singgah makan dulu di sini.


Makan nasi lemak Kg. Baru.  Sedap!  Itu sahaja rentetan kisah tiga hari dua malam di Kuala Lumpur.  Anak-anak seronok, papa mama senang hati.  Bersambung lagi dengan kisah lain.  Oh iye, malam ni ada makan-makan di ikan bakar.  Office aku buat.  Mungkin cerita seterusnya menyusul mengenai itu.  Sekian..

Wassalam..

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

~Pengalaman Di Kidzania~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua dan selamat hari isnin.  Mulakan hari ini dengan lafaz bismillah supaya sentiasa dilindungiNya.  Entri pagi ini nak bercerita tentang percutian singkat ke Kuala Lumpur sempena cuti sekolah.  Dua malam je tidur di sana.  Itu pun terhegeh-hegeh nak menghabiskan cerita.  Cerita percutian kat Sabah pun aku tak habiskan hari tu sebab dah meleret sangat.  Malas nak cerita panjang-panjang.  Seingat aku cerita sampai hari ketiga je.  

Lupakan hal percutian di Sabah.  Cerita basi sudah.  Okey, selepas sahaja selesai di IKEA kami terus menyeberang jalan ke Kidzania.  Kereta park di IKEA sahaja.  Masa tu awal lagi dalam pukul 2 macam tu, so kami bercadang makan dulu.  Sudahnya makan di McD.

Jom tengok gambar.

Tak tahu kenapa hari tu aku macam blur.  Order banyak macam ni.  Termengah-mengah nak habiskan.  Sudahnya yang tak habis bungkus.  Bawak makan ke malam.


Apahal mamat tengah tu? Penat!


Selepas makan terus ke Kidzania.  Orang dah memenuhi ruang bawah ni.  Ada yang nak beli tiket.  Nasiblah kita orang dah beli tiket secara online.


Sebelum tu ada persembahan badut.  Adalah dekat sejam menunggu bersesak-sesak kat bawah ni.


 
Ini dah masuk dalam.  Adriana kena beratur sorang-sorang dalam bank CIMB untuk tukar cek ke duit.  Mama dan papa perhati dari luar.  Ramai betul orang!


 
Sampai giliran nana, suruh ammar pergi pada kakaknya.  Terpingga-pingga mamat ni.  Hehehe...


 
Duit yang ditukar tadi.  Ini sudah beratur dekat depan mahkamah.


Ini sudah berada dalam.  Kami di luar waktu ini. 

Selesai di mahkamah pergi pula tempat pos.  Jadi posmen.  Hehehe..


Ini di A&E.  Ada pesakit terbaring di atas katil itu.


Kemudian pergi tempat masak.  Baking kek.


Seterusnya ke sini.  


Nampak tak adriana? Lama juga menunggu masa kat sini.  Aku dan ammar dah melabuhkan punggung.  Penat betul.  Kita orang ada kat sini dari jam 4 petang sampai 9 malam.  Adriana nampak seronok walaupun pada mulanya dia macam takut-takut tapi bila kelamaan nampak keterujaannya terserlah.  Memang tak puas sebab dia tak dapat rasa semua.  Tak apalah lain kali kita datang lagi jika ada kelapangan.  Keluar dari Kidzania kita orang melepak di Dataran Merdeka.  Makan McD yang tak dihabiskan siangnya.  Ammar dah pengsan masa ni.  Tak mahu bangun.  Duduklah kami di tepi jalan menyaksikan malam ibu kota.  Itu sahaja al-kisahnya.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                                       


Sunday, April 6, 2014

~Menu Hari Ini~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat tengahari semua.  Dah siap masak ke? Hari ini aku masak awal.  Sebelum pukul 8 sudah siap semuanya.  Mengejarkan asben yang mahu kerja pagi.  Siapkan sarapan dan bekalan untuknya.  Macam lipas kudung kat dapur pagi tadi.  Main campak-campak je apa yang ada.  Bahan masak memang dah siap keluar awal jadi tidaklah membuang masa nak tunggu hilang sejuknya.
Inilah menu untuk hari ini.  Sebelah kiri adalah daging pekasam.  Sebelah kanan atas tu kari ayam dan bawahnya papadom.  Sayur tak masak.  Masak lauk banyak-banyak nanti tak ada siapa nak makan.  Alhamdulillah rezeki untuk hari ini.  Kenyang kami empat beranak.  Itu sahaja cerita masak-masak aku di rumah.  Selamat berhujung minggu semua!

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,







                                                                                                                      

~Selamat Berhujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Dah sarapan?  Hari ini aku masak awal.  Nak tahu masak apa? Tunggu nanti aku ceritakan di entri yang lain.  Bersantai sekejap sementara nak buat kerja rumah yang lain.  Kerja yang sudah selesai memasak, jemur baju dan lipat baju.  Nanti baru vacuum rumah.  Kena seru mood dulu.

Jadi lepas mengenyangkan perut, update blog dulu.  Ini salah satu kerja yang tidak boleh aku tinggalkan.  Mari buat renungan kata-kata ini.

Semoga hujung minggu ini memberi ketenangan dan fikiran yang lapang pada kita semua.  In sha Allah...Amin...Okeylah, ada tugasan yang perlu aku siapkan.  Bersambung lagi nanti.  Sekian...

Wassalam..

Aku Penulis Picisan,