Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Kembali bekerja setelah berehat selama satu jam. Dapatlah merehatkan mata sebentar usai makan tengahari. Molek je lepas makan tidur. Hehehe...Bini sapa ni? Mama sapa ni? Mata mengantuk sebab jam 5.30 pagi sudah tersedar. Selepas membersihkan diri seperti biasa bersilat di dapur. Selesai masak bersiap pula untuk ke kerja. Baju kerja pun dah bau bawang. Sembur je minyak wangi. Selesai masalah...Hahaha...
Marilah tengok apa menu aku untuk tiga hari ni. Isnin hari tu tak masak pun. Secara tiba-tiba penyakit 'M' menyelubungi diri. Sesekali bolehlah makan di luar. Ada kerajinan masak, tak ada kerajinan melopong saja.
Ini menu selasa. Spageti goreng lada hitam.
Rabu pula aku masak nasi lemak huru-hara. Ada cerita di sebaliknya. Hahaha...
Ini roti telur pagi tadi.
Tengahari tadi masak lauk tomyam sebab asben kerja petang. Jadi adalah lauk untuknya di rumah. Alhamdulillah, kenyang dengan rezeki yang ada. Esok tak bawa bekal sebab ada jamuan. Sekian...
Wassalam..
Aku Penulisnya,
Assalamualaikum...
Salam dan selamat pagi buat semua. Menjengah ke hari khamis. Ini bermakna misi mencari pesawat MH370 masih lagi misteri. Masih belum terungkai. Apa-apa pun semoga diberi petunjuk dan dimudahkan segalanya.
Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Janganlah terlampau mencari kekurangan orang lain sehingga terlupa akan kekurangan diri. terimalah kekurangan orang lain seadanya seperti mana orang lain menerima kekurangan kita.
Semoga kita dapat menilai setiap kelebihan dan kekurangan dengan mata hati bukan secara buta hati. Renung-renungkan...Sekian entri pagi ini..
Wassalam...
Aku Penulisnya,
Assalamualaikum...
Selamat petang dan salam buat semua. Pembuka bicara di petang hari. Tiba-tiba mood tak elok bila dengar cerita daripada seseorang. Ermmm, susah nak diterangkan bila tiada keadilan. Kenapa orang memandang enteng terhadap perkara ini. Tidak mengapalah. Tak lama lagi je, bersabar dan terus bersabar. Pujuk diri sendiri.
Daripada memikirkan masalah yang tidak mendatangkan faedah adalah lebih baik aku berceritakan projek terkini asben dan juga aku. Tetapi kalau projek tanam-menanam ni memang sepenuhnya idea daripada asben. Aku bab tanam-menanam ni memang lemah segalanya. Tak bijak dan tidak berapa pandai. Jadi kerja aku hanya memerhatikan kerja tanam-menanam ini.
Inilah pokok yang baru dibeli semalam. Ada 20 batang semuanya. Baru sahaja ditanam separuh ke tak sampai separuh. Asben kepenatan mencangkul bagai petang semalam. Petang ni sambung lagi tugasan ini. Nanti kalau sudah menjadi aku tunjukkan di mana pokok-pokok ini ditanam. Harap-harap menjadilah ye. Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
Assalamualaikum...
Salam suci kesejahteraan dan selamat pagi buat semua. Hari ini sudah hari rabu. Ini bermakna sudah masuk hari kelima kisah MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan. Seperti biasa empat hari yang lalu, aku masih mengikuti perkembangan kisah MH370. Doa yang baik-baik semoga yang datang juga baik-baik. InshaAllah...
Sebelum memulakan tugas, amalkan doa-doa yang boleh melindungi kita. Tak kiralah di mana juga kita berada. Sentiasa berdoa dan berzikir. Doa adalah senjata bagi kita sebagai orang Islam.
Harapan masih seperti biasa. Semoga segala urusan kerja dapat berjalan tanpa sebarang kesulitan. Mudah-mudahan...Itu sahaja entri untuk pagi ini. Sambung buat kerja! Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Hola...Sekian lama tidak menggunakan perkataan tu. Saja meniru gaya penulisan si Mira Mokhtar. Hehehe...Korang dah lunch? Aku baru je makan bekalan yang dibawa dari rumah. Misi berjimat cermat katanya. Taklah berjimat sangat pun tapi selagi boleh dibolehkanlah. Begitulah kekdahnya.
Okeylah, oleh sebab sekarang pagi-pagi kalau diberi kesempatan dan kerajinan yang sangat tinggi dalam diri aku akan menyediakan sarapan dan bekalan untuk aku, asben, nana dan juga ammar. Hah, gitu ye. Oleh sebab bukanlah profesional dalam bab memasak, jadinya kenalah buat persediaan awal.
Untuk itu, bagi memudahkan kerja aku pagi-pagi tu tanpa kelam-kabut dan keadaan akan menjadi huru-hara kalau tidak dilakukan terlebih awal aku mencari jalan. Dan inilah jalan yang aku lakukan.
Segala bahan-bahan untuk memasak telah aku siapkan. Dipotong, dikopek, dikupas. Segala 'di' aku persiapkan.
Semua sudah dibersihkan. Jadinya, pagipagi senang. Aku cuma perlu campak-campakkan bahan-bahan ini untuk dimasak. Tidak perlu lagi bertungkus-lumus di waktu pagi yang nyamannya kalau disambung tidur. Hehehe...Itu sahaja perkongsian aku yang tidak seberapa untuk hari ini. Sekian...
Wassalam...
Aku Penulisnya,
Assalamualaikum...
Selamat pagi selasa. Salam dan selamat pembuka bicara untuk hari ini. Semoga kita semua dibawah lindunganNya. InshaAllah. Masih lagi menanti perkhabaran tentang MH370. Hanya doa yang mampu mengiringi buat mereka dalam apa jua keadaan sekalipun.
Pagi ini, tak sedap badan sebabnya salah bantal. Aduh sudah macam robot pulak. Petua menepuk bantal dah pun dilakukan. Hehehe. Ada petua lain tak nak hilangkan?
Seperti kata-kata di atas yang aku kongsikan, manusia memang tidak lari daripada melakukan kesalahan. Iye, biarlah kesalahan yang kita lakukan tidak akan berulang kerana mungkin tiada lagi kemaafan untuk kita bila sudah berulang kali melakukan kesalahan.
Renung-renungkanlah dan sekian entri pendek daripadaku pagi ini. Mood sedang membuak-buak untuk buat kerja jadi fokus harus diberi lebih. Permudahkanlah urusan aku...Sekian...
Wassalam..
Aku Penulisnya,