Friday, February 21, 2014

~Ke Mydin Lagi Sebab Sesuatu~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Kembali lagi dengan entri kedua.  Hola..Sejak akhir-akhir ni mood mahu melihat blog sendiri melonjak-lonjak.  Kalau tidak nak buka blog sendiri pun tak lalu.  Mahu muntah hijau.  Tak apalah, tengah berada dalam kerajinan baiklah buat.  Kalau tengah tak ada mood janganlah dipaksa-paksa.  Memang satu benda tak jadi.  Blur!!

Entir ini sambungan dari entri INI.  Ada je entri yang bersambung dari entri lain.  Kan beberapa hari lepas aku ke Mydin sebab nak ke kedai buku MPH.  Tapi hampa sebab novel yang dicari tiada dalam stok.  Kecewa.  Menghilangkan rasa kecewa aku pekena asam pedas.

Pagi itu tak silap hari rabu ada dapat call kata novel tu sudah ada.  Wah berbunga riang di hati.  Tengahari itu juga aku dan Mira Mokhtar ke Mydin.  Settle...Nanti aku cerita novel apakah itu.  Oleh kerana terlalu gembira sebab apa yang nak dibeli sudah ada di genggaman.  Aku dan Mira Mokhtar pekena mee sup.  

Jom tengok gambar...

Inilah mee sup untuk aku.  


Minah ni pun makan mee sup.  


Selfie pula.  Sesekali menonjolkan diri.  Tak boleh selalu.  Nanti lupa diri.  Hahaha...Itu sahaja ceritanya.  Nanti aku buat review novel yang aku beli tu.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

~Selamat Hari Lahir Buat Ammar Qayyum!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam jumaat buat semua.  Kita sudah pun sampai di penghulu hari.  Bersyukur masih diberi peluang untuk menikmati kehidupan ini bersama orang tersayang.  Hargailah orang yang kita sayang sementara masih diberi peluang.  Jangan menyesal di kemudian hari.

Hari ini adalah ulangtahun kelahiran anakanda yang kedua iaitu Muhammad Ammar Qayyum bin Mohd Affendy.  Jam 2.30 petang nanti genap umurnya tiga tahun.  Masih lagi teringat dan terbayang-bayang saat-saat di dalam kamar bersalin Hospital Melaka bertarung nyawa mahu melahirkan Ammar.  Dalam fikiran cuma terlintas satu perkara je.  Boleh ke aku meneran memandangkan bersalinkan Adriana gunakan kaedah vakuum.  Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku.

Ammar sudah keletah bercakap walaupun masih dalam pelat-pelatnya.  Selalu kat rumah yang jadi jurubahasanya adalah kakaknya.  Dia je yang faham apa adik cakap.  Kadang mama sendiri tak faham.  Papa jauh sekali nak fahamnya.  Hehehe...Usai bangun tadi, Adriana kata hari ini hari jadi adik.  Yang adik masih lena diulit mimpi.

Ammar, kadang buat aku cair bila nak marah dia.  Baru nak marah dia dah pujuk kita dulu.  Tak jadi marah.  Kakak selalu kata mama lebihkan adik.  Sayangkan adik.  Mama sayang dua-dua.  Mana boleh pilih kasih.  Perasaan anak sulung memang cam tu kut.  Aku pun sulung.  Hehehe...

Apa-apa pun buat Ammar...

Mama, papa dan kakak ucapkan Selamat Hari Lahir buat Ammar! Semoga ammar menjadi anak yang soleh, mendengar kata, menghormati orang tua dan apa yang baik buat ammar. Semoga sentiasa dilembutkan hati, diterangkan hati dan dapat menjadi seorang yang berjaya kelak.  Mama berangan nak Ammar jadi Pilot! Tapi itu angan-angan mama sahaja.  

Marilah tengok gambar Ammar yang agak selebet yang aku sempat ambil malam tadi.  Susah benar nak suruh dia bergambar.  Ini sahaja yang dapat diabadikan di sini buat tatapan aku dan mungkin buat tatapan anak-anak nanti.






Tahun ini sambut biasa-biasa je.  Mungkin petang makan anak beranak je.  Tahun ini mahu menjadi lebih bersederhana.  Kek pun beli kek comel je.  Hehehe...Itu sahaja cerita mengenai anak teruna aku yang sorang ni.  Bersambung lagi dengan cerita yang lain.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Thursday, February 20, 2014

~Kawasan Rumah Yang Diubahsuai~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari lagi.  Hola...Masuk entri ketiga untuk hari ini.  Bila datang malas berhari blog ini terabai.  Ini datang rajinlah.  Harap maklum.  Melayankan mata yang semakin memberat jengahlah di blog sendiri.  Saja mahu menyegarkan mata.

Entri ini adalah entri bersambung dari entri INI.  Mahu ceritakan serba sedikit mengenai teratak aku dan keluarga yang diubahsuai sedikit demi keselesaan bersama.  Bukan ubahsuai banyak pun cuma ubahsuai di garaj dan belakang rumah.  Mari aku tunjukkan tempat yang diubah dan ditambah.

Sebelah depan bilik utama ada dibuat sesuatu.  Nanti aku tunjukkan.  Dekat garaj pun ada perubahan pada lantai.  


Longkang ini pun ditutup dan disamaratakan.


Begitu juga dengan sebelah belakang.  Menjawab pada seorang blogger Fyzz, rumah saya rumah taman.  Bukan buat atas tanah sendiri.  Betulkan ari tu soalan yang ditanya.  Nanti tunggu entri lain ya.  Itulah sahaja sedikit cerita mengenai teratak kami yang tidak seberapa itu.  Bersambung lagi di lain entri dengan pelbagai cerita.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

~Makan Malam Di Sebelah Pasar Borong~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Hola...Muncul dengan entri kedua untuk hari ini.  Mata agak memberat pagi ini akibat makan nasi lemak.  Ini pun ada lagi sebungkus nasi lemak yang melambai-lambai atas meja ni.  Ada orang bagi.  Rezeki untuk hari ini.  Tengahari tak perlulah menyesakkan kpepala berfikir mahu makan apa.

Malam tadi aku ajak suami makan asam pedas di sebelah Pasar Borong.  Warga Melaka mesti tahu di mana lokasinya.  Menjelang tengahmalam pekena nasi dengan asam pedas ikan pari.  Memandangkan suami kerja malam, dia ke pejabat dulu.  Punch card.

Jom tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil.


Semalam ajak mak.  Kebetulan mahu pula mak ikut.  Selalu ajak, ditolak.

Ammar Qayyum.  Esok dia melangkah ke umur barunya.  

Set makan aku untuk malam tadi.

Kakak bila moodnya elok.  Ceria memanjang.  Cuba merajuk, muncung memanjang.

Persekitaran kedai yang kami makan.  Apa yang dua lelaki ni buat? Ammar tengok apa?  Kenapa si lelaki sebelah kanan berkerut dahinya?  Hehehe...Pada sesiapa yang datang ke Melaka bolehlah terjah kedai asam pedai ini bersebelahan Pasar Borong.  Okeylah, itu sahaja cerita malam tadi.  Nanti bersambung lagi.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,







                                                                                                         

~Tiga Tanda Syukur~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Hola..Sekejap sahaja sudah menjengah ke hari khamis.  Pagi ini awal sedikit tiba di pejabat dari hari sebelumnya.  Selalu mencungap mendaki anak-anak tangga untuk sampai ke tingkat dua.  Bersyukur...Walau mencungap dan termengah-mengah tetap bersyukur kerana di beri peluang untuk menjalani kehidupan harian.

Bersyukur itu maksudnya berterima kasih kepada Penciptanya.  Berikut adalah tiga tanda syukur untuk dijadikan panduan buat kita.

Sama-sama kita amalkan dan sentiasa jangan lupa untuk mengucapkan rasa syukur.  Satu amalan yang baik bagi kita yang bersyukur jika melakukan sujud syukur.  In sha Allah.  Sekian dulu entri pagi ini.  Bersambung lagi di lain entri.  

Wassalam..

Aku Penulisnya,







                                                                                                       

Wednesday, February 19, 2014

~Kebetulan Ungu~


Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Hola..Dah tersampuk ayat hola ni.  Ini semua gerangan si manis Mira Mokhtar.  Kembang semangkuk nanti minah sorang tu.  Hari ini terlebih mood gembira dalam badan.  Akibatnya keluarlah entri ketiga untuk hari ini.  Walhal tak ada pun berita gembira yang diterima.  Adakah sebab sebelum melangkah keluar dari rumah sudah disetkan mood gembira di dalam diri? Atau adakah disebabkan berbaju kurung berwarna ungu?  Ada kaitan tak?

Hari ini berbaju kurung ungu dipadankan tudung bercorak ungu juga ye.  Takkan warna merah jambu pula.  Sebaik sahaja sampai di pejabat yang penuh keamanan ini, mata tertancap pada si manis yang duduk di kaunter.  Eh...eh..eh...

Kebetulan.  Si manis di kaunter pun memakai blouse ungu dan skirt hitam.  Mari tengok gambar selfie kami kerana kebetulan ungu. 

Minum pagi tadi sempat bergambar.

Peace yo!!

Tak cukup bergambar masa makan.  Bergambar di kaunter pula.  Semua sebab ungu.

Variasi ungu.  Ungu gelap, ungu cair, kumpulan ungu.  Hahaha...Okey tak lawak.  Sudahlah ini sahaja entri ketiga petang ini dan hari ini.  Bersambung lagi.  Sekian...

Wassalam...


Aku Penulisnya,