Tuesday, December 17, 2013

~Mencari SPONSOR Untuk My 7th Anniversary GIVEAWAY~

 ENTRY MELEKAT SEHINGGA
17/12/2013

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...Bersama dengan aku di entri kedua untuk hari ini.  Oleh kerana lagi beberapa hari lagi mahu menyambut ulangtahun ke tujuh perkahwinan, aku berniat mahu menganjurkan GIVEAWAY.  Sebelum ini aku pernah menganjurkan GIVEAWAY pada tahun 2011.  Sempena ulangtahun perkahwinan juga.  Dan tahun ini sekali lagi aku mahu menganjurkan GIVEAWAY.  Cuma kali ini berbeza sedikit kerana aku mencari SPONSOR untuk GIVEAWAY aku.  Kalau dulu aku sendiri yang sediakan hadiahnya.

Dengan ini aku mencari sponsor untuk GIVEAWAY aku sebelum aku memulakan GIVEAWAY yang akan berlangsung dua minggu lagi.  Aku harap ada yang sudi menjadi sponsor untuk GIVEAWAY aku ini.  Hadiah tak kira apa sahaja dari segi wang ataupun material.  Contoh boleh sponsor novel, shawl, topup dan etc.  Terpulang kepada anda semua.  Tiada had minimum atau maksimum diletakkan.

Setiap sponsor akan mendapat backlink dari blog apen-idariana.blogspot.com dan juga dari blog setiap peserta yang menyertai GA itu nanti.  Blog setiap SPONSOR akan dimasukkan ke dalam bloglist blog apen-idariana.blogspot.com.

Peserta pula juga akan diwajibkan untuk follow blog sponsor atau like fanpage sponsor.  Dan akhir sekali peserta diminta untuk klik iklan nuffnang yang terdapat di dalam blog sponsor.  Itu sahaja syaratnya.

Setakat ini sudah ada beberapa blogger yang berminat mahu menjadi SPONSOR untuk GIVEAWAY aku.  Ada yang akan sponsor shawl, tudung, gelang, brooch.  Masih lagi mencari sponsor-sponsor lain yang berminat.  Untuk peringatan, hadiah akan dihantar sendiri oleh pihak penaja.  Kos perbelajaan tidak akan ditaja oleh penganjur.  Harap maklum...

Sekiranya berminat bolehlah tinggalkan komen di entri ini ataupun email kepada saya di alfidah83@gmail.com.  Sekian terima kasih dan ucapan ribuan terima kasih pada sponsor yang sudi memberi kerjasama dalam GIVEAWAY ini.  Sekiranya ada yang terkurang haraf dimaafkan.

Wassalam...







                                                                                                          

Monday, December 16, 2013

~Sepetang Kami Empat Beranak~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Entri yang sempat aku tulis sebelum pulang.  Bateri sudah low mata sudah mengantuk.  Jadi aku sudah duduk sahaja di tempatku.  Perut macam masuk angin, tekak pula sakit.  Tapi alhamdulillah masih bertahan.  Masih berpuasa ye.  Jadinya aku tulislah entri ini sebelum pulang mengenai kisah aku, asben dan anak-anak semalam petang.

Iye, semalam petang kami lepak-lepak di tepi laut di Banda Hilir.  Keluar lepas asar kemudian singgah family store.  Aku dengan adriana sahaja yang turun sebab nak beli susu dan pampers.  Kemudian aku ajak asben singgah Aeon Bandaraya sebab teringin nak makan sesuatu.  Tak cukup makan jumaat hari tu.  Pun asben tak turun.  Aku dan adriana je sebab asben nak ke MP.

Entri sebelum ni aku cerita ke Aeon dengan kawan-kawan.  Inilah yang aku teringin nak makan.  Versi tamak beli sampai dua kotak.  Sedap...

Kemudian beli sushi.  Sedapnya.

My doter.

Hero dewasa dan hero cilik.

Itu jelah gaya aku.  Peace yo!

Sama kan muka asben dan ammar?

Nana makan sushi.  Dia pun pandai makan sushi.  Asben tak berapa.

My son.

Ammar suka senyum macam ini.

Model tepi laut.

Tengok matahari mahu terbenam.

Adriana kalau bergambar memang macam-macam gaya.

Tengok tu.  Ada je gaya dia.  Maknya kalau bergambar tahu buat gaya peace ye.  Itu sahaja cerita kami semalam melepak-lepak di tepi pantai.  Ada lagi gambar nantilah tunggu di entri lain pula.  Sudah mahu pulang.  Sekian...

Wassalam...






                                                                                                        

~Bertiga Di Aeon Ayer Keroh~

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Nak cerita kisah hari jumaat lepas.  Aku, Kak Nisah dan Mira Mokhtar menghabiskan waktu rehat kami di Aeon Ayer Keroh.  Saja bawa Kak Nisah sebab nak raikan besdaynya khamis lepas.  Tak bawa ke mana pun hanya makan di food court.  Agak lama juga kita orang tak keluar bersama.  So hari tu ambil kesempatan bertiga.

Jomlah tengok beberapa keping gambar yang sempat diambil ketika itu.

 Ini dia si mira.  Awat muka hang sedih saja?

Aku makan yee mee claypot.  Teringin bebenor tekak ni.

 Ini pula Kak Nisah.  Kak Nisah memang tak makan pelik-pelik itu yang kita orang ke food court je.

Ini gambar yang dicilok dari IG Mira Mokhtar.  Credit to mira mokhtar.  Lepas makan sempat singgah kedai roti beli pizza.  Sedap rupanya pizza tu.  Aku beli satu je.  Oleh sebab tak cukup makan jumaat tu aku ajak asben ke Aeon Bandaraya semalam.  Nantilah cerita di entri lain ye.  Sekian dulu...

Wassalam...








                                                                                                      

~Berbuka Posa @ Old Town~

Assalamualaikum....

Selamat tengahari semua.  Sebab sempat update blog tengahari ini kerana tak perlu keluar untuk mencari makanan.  Daku puasa lagi hari ini uolls.  Amboi sejak terjebak dengan old town rajin bebenor aku dan asben ke sana.  Asben yang ajar aku dan aku sudah mula jatuh hati dengan makanan-makanannya.  Sedap dan berbaloilah.

Oleh sebab khamis lepas aku dan asben berpuasa, maka asben decide mahu berbuka di Old Town.  Hari tu asben kerja petang so aku dan anak-anak bertiga ke Old Town dulu order makanan.  Tunggu asben datang.  Berposak ye dengan askar-askar aku tu.  Yang nana pula "Mama, nak roti bakar"  "Mama nak air yang ni."  Yang adik pula sibuk nak turun naik kerusi.  Aku memang dah rupa tarzanlah.  Dalam pada havoc tu sempat juga aku snap gambar ye.  Biasalah kena pandai bab-bab mengambil gambar.  Mulut bising tapi tangan gerak.  Hehehe..Pandailah sangat!!!

Aku dah teruja nak order yang ini.  Asben dah whatsapp aku awal-awal nak makan nasi lemak.

Orderkan nugget untuk anak-anak.  Kemudian roti bakar.  Nana nak roti bakar.  Aku suka roti bakar dia dengan mentega dia yang sejuk-sejuk gitu.

Ini menu untuk aku berbuka hari itu.

Ini pula untuk asben.  Thumbs up!!

Ini nugget.  Roti bakar tak sempat nak snap.

Adriana sendiri bergambar.

Mama dan ammar.  Gamabar ni kat insta nampak sikit je gambar ammar.  Ammar buat peace jugak.

Papa dan nana pula.  Ini trademark kami sekeluarga.  Hehehe..Bila bergambar semuanya peace yo!

Ini dessert yang paling aku suka.  Aku suka yang belah kanan.  Namanya aku tak ingat.  Sedap wei..Itulah kisah berbuka kami.  Hari ini aku dan asben puasa lagi.  Tak tahu nak berbuka kat mana samada berbuka seorang diri atau berjanji dengan asben sebab asben kerja petang.  Itu sahajalah ceritanya.  Sambil tu mohlah fikir mahu berbuka apa. :D

Wassalam....







                                                                                                       

~Berburuk Sangka Dan Bersangka Baik~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.  Selamat pagi isnin.  Selamat hari bekerja.  Semoga semua selamat-selamat aje semuanya.  Pagi ini diberi semangat untuk ke kerja.  Sudah letak di dalam fikiran mahu cuba habiskan apa sahaj kerja yang banyak tertangguh.  Hari ini mahu segarkan fikiran.  Mahu fikir secara positif, mahu fikir yang baik-baik sahaja.

Tapi bila terjumpa kata-kata ini daripada Dr. HM Tuah Iskandar semalam di dalam bukunya memang membuatkan diri ini berfikir dan terfikir.  Kata-katanya yang sangat mendalam dan memberi maksud yang kita sendiri perlu faham.

Gambar ini diambil daripada telefon saya sendiri.  Berburuk sangka itu tidak baik tetapi menyangka baik pada orang yang sememangnya buruk bukanlah baik.  Hah gitulah bunyinya.  Jadi renung-renungkanlah maksud kata-kata ini antara bersangka buruk dan bersangka baik.  Sekian...

Wassalam...







                                                                                                         

Sunday, December 15, 2013

~Cerita Hujung Minggu Kami~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Selamat berhujung minggu bersama keluarga tersayang.  Aku seperti biasa menghabiskan masa di rumah bersama anak-anak dan suami memandangkan hujung minggu ni suami tak kerja.  Bukan selalu dapat offday kalau hujung minggu.  Maklumlah suami kerja shif.  Kadang aku kerja dia cuti, bila aku cuti dia pula kerja.

Jadi cerita hujung minggu ini kami di rumah.  Masak, lipat baju yang menggunung, basuh baju, menyapu eh macam-macam kerja.  Semalam suami balik kerja malam.  Jadi memang kita orang tak keluarlah.  Malam baru balik rumah mil.  Aku hanya memasak dan sambil-sambil tu lipat baju.  Itu pun buat dua trip uolls.  Semalam suami balik sempat basuk kereta.  Bersih sudah kereta aku yang dah lama tak dibasuh.  Siap vakum lagi.  Thanks abang!


Semalam untuk sarapan aku masak spiral goreng tomyam.  Kenyangkan perut dulu kemudian sambung lipat baju dalam tengahari baru aku ke dapur semula untuk masak tengahari.  Semalam aku masak udang masak lemak, sotong goreng kunyit dan sayur kubis.  Itu sahaja lauk untuk tengahari semalam.


Dan untuk pagi ini suami pula ke dapur sebab aku habiskan lipat baju, uruskan anak-anak dan sidai baju.  Inilah hidangan yang suami buat untuk sarapan merangkap sekali makan tengahari.  Makanlah nasi goreng sampai ke malam sebab cadangnya mahu keluar petang nanti.  Nak beli susu dan pampers.  Itu sahaja ceritanya untuk hujung minggu aku dan keluarga.  Sekian dulu...

Wassalam...