Thursday, August 16, 2018

Layarlah Kembali OST Pulang

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Lagu latar filem Pulang sudah aku ulang beberapa kali dalam satu hari. Tiap kali dengar lagu tersebut tiap kali itu juga aku terbayangkan si Othman dan Thom. Terkenang-kenang cerita mereka. Memang menghantui betul. Dalam banyak-banyak cerita ini paling susah nak move on. Memula dengar lagu latarnya pun dah bergenang air mata.

Over kan.

Masih terasa kagum dan juga terkilan dengan kisah mereka. Ini bukan kisah fiksyen. Kisah benar. Itu yang terbawa-bawa agaknya. Baiklah jom tengok lirik dan dengarkan lagu latar bagi filem Pulang yang cukup membuatkan sebak di dada.

Hasil carian imej untuk lirik layarlah kembali

LAYARLAH KEMBALI - Dayang Nurfaizah


Ada ruangan kosong, tak terisi
Di dalam kamar hati, sepi ini

Tiada penawar pengubat
Kedukaan ini
Hanya yang ku perlukan
Bersamamu semula

Kusandarkan pada
Sisa sisa cinta
Yang masih lagi berpautan tinggi kalbumu
Walaupun kau jauh
Di hujung semesta
Kiranya masih ada cinta
Layarlah kembali padaku
Kurela menunggu
Kembalilah
Kurela menunggu

Ada kepingan mimpi
Berserakan
Diluah dari lena
Ku yang resah
Bagai sebuah susun pasang
Gambar yang terkurang
Bagaimanakah mungkin
Hidupkukan sempurna

Kusandarkan pada
Sisa sisa cinta
Yang masih lagi berpautan tinggi kalbumu
Walaupun kau jauh
Di hujung semesta
Kiranya masih ada cinta
Layarlah kembali oooohhh

Akukan menanti
Setia ke akhir nyawa

Kusandarkan pada
Sisa sisa cinta
Yang masih lagi berpautan tinggi kalbumu
Walaupun kau jauh
Di hujung semesta
Kiranya masih ada cinta
Layarlah kembali padaku
Kurela menunggu
Kembalilah
Ku rela menunggu



Selamat menghayati lagu tersebut sambil membayangkan Othman dan Thom. Siapa yang belum menontonnya, pergilah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Wednesday, August 15, 2018

Review Pulang

Assalamualaikum.

Selamat pagi semua.

Entri pagi ini aku nak review fasal Pulang. Oleh sebab aku dah baca novel Pulang dan dah pun menonton filemnya juga, jadi memang aku nak review filemnya. Tempoh hari aku dah review sikit fasal novelnya yang ditulis oleh Lily Haslina Nasir. Kali ini aku nak juga review filemnya pula. Entri fasal novel boleh di baca di sini.

Baca novel pun aku boleh membayangkan watak hero heroinnya, Remy Ishak dan Puteri Aishah. Apa entah lagi bila aku tengok mereka berlakon. Cuma bila filem dengan novel permulaanya mesti sedikit lain.

Mula sahaja ceritanya ayat-ayat yang Thom ungkap sudah buat hati aku tersentuh. Air mata sudah bergenang. Oh, aku sudahlah cepat berair mata. Bila dengar ayat-ayat meruntun hati memang pasti membuatkan kelopak mata berair.

Antara dialog yang menyentuh hati.

"Ahmad cari di mana atok kau sekarang. Aku nak tahu sebelum aku pergi."

Cerita ini yang membuatkan aku terkesan sebab diilhamkan dari sebuah kisah benar. Sememangnya filem Pulang arahan Kabir Bhatia terbaik di abad ini. Garapan filem, sinematografi dan latar belakangnya yang sangat baik. Remy Ishak kiranya tunjang utama dalam filem ini.

Lakonan Remy Ishak tidak pernah mengecewakan. Memang berkesan dan bagus sekali Remy Ishak memegang watak Othman. Memang boleh menyelami watak dan jalan ceritanya. Sedangkan baca novelnya pun sudah cukup membuatkan hati ini sendu.

Pulang sebuah kisah kehidupan.

Sesuai ditonton seisi keluarga. Kisah percintaan nan abadi antara suami isteri dan kasih seorang abah dan anaknya.

Pulang juga mengisahkan sebuah pengorbanan.

Pengorbanan si suami yang terpaksa menjadi kelasi dan belayar merentasi lautan demi mengubah nasib keluarga. Dia mahu menyenangkan sang isteri dan anaknya. Dia terpaksa hidup mengenangkan isterinya.

Manakala si isteri pula terpaksa berkorban untuk melepaskan suaminya pergi walaupun terpaksa. Menunggu dengan penuh setia kepulangan suaminya. Namun Thom agak terkilan bila suaminya mengirimkan poskad tanpa memberitahu apa-apa di dalam poskad tersebut. Asyik ulang ayat yang sama.

Dari sisi anaknya, Omar pula dia yang selalu memujuk emaknya.

Aku yang menontonnya, macam dibawa pada mereka. Mereka terasa kehidupan waktu dulu amatlah susah. Terpaksa belayar jauh beribu batu daripada keluarga.

Babak yang paling aku terkilan dan geram pun bila mana Othman sebenarnya sudah pulang tapi sebab masa dia pulang itu ada kejadian yang berlaku. Thom bertunang dengan Cikgu Hassan. Itu yang membuatkan Othman berpatah balik. Sebenarnya isteri dia tak jadi berkahwin pun. Kiranya Othman membawa diri kerana kecewa. Sudahlah dia lepas melalui kapalnya karam. Habis segala wang simpanannya.

Part ini memang aku menangis teruk.
Entah berapa banyak air mata yang tumpah.
Memang lencun tisu yang aku pegang.

Begitulah pengakhiran mereka.
Othman dan Thom.
Takdir tidak menyebelahi mereka.

Hasil carian imej untuk pulang

Othman seorang yang setia.
Sepanjang hayat mengenangkan isteri.
Thom juga sepanjang hayat menunggu kepulangan suaminya.
Cinta mereka utuh dan sangat agung. Cuma nasib tidak menyebelahi mereka untuk bertemu hingga akhirnya.

Bayangkan bagaimana Othman menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Liverpool sehinggalah anaknya, Omar datang mencarinya. Mujurlah anaknya sempat berjumpa dengan abahnya.

Apa pun, filem Pulang adalah sebuah cerita yang menarik. Kalau pergi menonton untuk kali kedua pun tak akan rasa rugi. Oh, aku rasa tak mampu nak pergi lagi. Entah berapa banyak lagi air mata yang akan tumpah. Sedangkan dengar lagu OST Pulang pun air mata boleh mencurah-curah.

Itulah takdir yang Allah sudah tentukan buatkan Othman dan Thom. Al-fatihah buat kedua-duanya. Dari cerita ini, kesetiaan dan menghargai itu perlu diambil sebagai pengajaran.

Orang dulu, bukan main setia dan berpegang pada janji. Bukan main payah nak berhubung, kena guna surat tetapi tetap setia menanti. Orang sekarang, sudah ada macam-macam kemudahan itu pun ada aje yang berskandal sana sini.

Hargailah selagi di depan mata.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Tuesday, August 14, 2018

Open House Rumah Kawan Dan Mak Mentua

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Baiklah, ini entri akhir fasal raya. Sudah mahu tutup buku. Minggu depan dah raya haji. Marilah kita move on dengan cerita raya. Aku sendiri pun dah mual menulisnya. Hahaha. Pulun tulis blog kekdahnya lepas ni aku nak fokus pada cerpen dan mss aku yang tak pernah siap. Entah bila gamaknya nak siap.

Lepas ni kena pulun juga. Mungkin tahun ini tak ada pembakar semangat sangat. Macam tahun lepas cerpen aku kerap tersiar di media massa. Tahun ini memang slow. Kemudian aku sibuk menelaah novel dan melayan drama.

Ini pun kisah penghujung-penghujung raya. Minggu akhir Syawal. Waktu itu adalah beberapa jemputan yang diterima kemudian adik ipar aku pun buat open house. Open housenya dah tentu-tentu kat rumah mak mentua.

Jemputan open house daripada kawan sekolah.

Image may contain: 5 people, including Fyda Adim and Nouri Noriza, people smiling, people standing
Tuan rumahnya yang ditengah itu bersama anak-anaknya.

Kemudian ke rumah kawan asben pula. Kawan Kastam masa kerja kat Melaka. Terpaksalah aku mereput mendengar dia orang membawang. Pakcik bawang in da house.

Kemudian terus ke rumah mak mentua. Makanan yang sudah terhidang.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Sebelah sini semua ipar duai. Wanita berbaju kurung ungu tu mak mentua aku.

Image may contain: 3 people, including Scenic Mode, people sitting and indoor
Ada tetamu yang telah tiba.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Suasana pada malam itu.

Image may contain: one or more people and indoor
Pandangan dari luar. Tak sangka ramai tetamu yang datang.

Image may contain: one or more people and people standing
Bergambar bersama biras dan anak-anak buah. Kiranya penutup raya. Maka dengan ini cerita fasal raya sudah pun tamat. Marilah kita tulis benda lain pula. Semoga diberi peluang untuk berjumpa Syawal tahun depan. Akan datang entri-entri ini akan dibaca semula oleh aku.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Monday, August 13, 2018

Menonton Pulang

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Sabtu lepas, aku berkesempatan untuk menonton filem Pulang di panggung wayang. Setelah beberapa bulan menunggu filem ini ditayangkan di panggung, akhirnya setelah beberapa hari filem itu ditayangkan barulah aku berkesempatan untuk menonton. Itu pun rancang punya rancang dengan member. 

Pada mulanya rancang, member akan bawa anak kecilnya yang berusia lima bulan. Aku pula nak bawak mak aku sebab mak kata dia teringin nak tengok kisah benar.

Jadi, aku pun rancang mahu meninggalkan anakanda berdua dengan apak dia orang. Hari sabtu apaknya ada di rumah. Sementara aku keluar kejap untuk menonton Pulang. Kalau ajak apaknya mesti tak mau. Orang tak tengok cite melayu kekdahnya.

Tersenyum sebab nak dating dengan Abang Remy Ishak.

Mujur tak ramai orang senanglah beli tiketnya.

Gambar aku lagi. Cerita ini yang paling aku teruja nak tengok dan sememangnya ternanti-nanti.

Kami bertiga. Gambar diambil oleh anak sulung aku.

Anakanda berdua ikut akhirnya sebab nenek ada. Bila kakak ikut adik mesti nak ikut. Sudahnya aku angkut semua. Dua jam aje pun tapi berharok nak keluar.

Tiket jam 3.40 petang. Sementara belum masuk bergambarlah selagi boleh.

Kami berempat. Pertama kali mak ikut tengok wayang dengan cucu-cucunya.

Ada baby pun sanggup kawan angkut sekali. Mujur dua orang anaknya lagi tidak dibawa sekali. Aku juga yang kalah dengan rengekan anakanda. Huh. Tak pelah, ada masanya memang nak ‘me time’ tapi kalau momen indah dan bahagia tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak.

Itu sahaja perkongsian petang ini. Nanti aku review tentang Pulang. Entri tempoh hari review novelnya, aku akan review filemnya pula.

Jangan ditanya kami menangis atau tidak?

Dak Adik pun menangis. 
Seriously. 
Dia menangis. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





Projek Hujung Minggu

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Sabtu lepas, sebelum keluar menonton wayang Pulang aku kenalah masak-masak dulu untuk isi rumah yang mahu ditinggalkan. Jadi tidaklah kebulur tiga beranak tu nanti. Fikir nak masak apa pun satu hal. Hari-hari masak kadang buntu jadinya.

Sekali aku fikir tak nak masak nasi untuk hari tu. Asyik makan nasi aje kan. Apa kata masak lain pulak.

Jadi aku buatlah roti jala. Oleh sebab dah lama tak menjala maka terjadilah pelbagai bentuk roti jala.

Roti jala yang dihidangkan dengan kari ayam.

Sekuali kari ayam aku masak. Sudahnya balik tengok wayang suami masak nasi. Hahaha. Makan jugaklah nasi hari tu. 

Ini nasi ayam air tangan mak. Esoknya, ahad mak beritahu masak nasi ayam. Jadi aku dan anak-anak pergi makan kat rumah mak aje. Gantung kualilah aku.

Sebelah petang adalah aktiviti buat anak-anak. Menolong pakciknya iaitu adik aku membasuh motor. Mujurlah hari ini sekolah anak-anak cuti peristiwa. Itu sahajalah coretannya. Bersambung dengan entri menonton Pulang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim





Berbisik Cinta Nyanyian Kautsar

Assalamualaikum.

Berbisik Cinta ini adalah salah satu lagu yang melatari drama Nur. Lagu ini sedap juga pada pendengaran aku. Penyanyinya bernama Kautsar. Sedap juga bila dilayan lagu ini penuh perasaan. Melodinya pun bagus. Terasa seakan menghentak-hentak relung hati. Aku mula cari lagu ini saat menonton drama bersiri Nur tempoh hari.

Apa kata lihat lirik lagunya, kemudian korang boleh cari di youtube. Bolehlah layan penuh perasaan lagu ini. Selamat mendengar!


Hasil carian imej untuk lirik lagu berbisik cinta

BERBISIK CINTA

Malam - malam ku yang dingin Ku merenung bulan dan ku bertanya Mengapa kau cukup sempurna Sedangkan aku..begitu hina Cari..ku terus mencari Jalan yang tulus untuk ku lalui Terdengar suara memanggil Biarpun jauh..ku cuba hampiri Semakin terusik naluri Chorus Bila Tuhan Berbisik Cinta Ke dasar hatiku yang jauh dari Nya Terasa nikmat bahagia Menyembuhkan luka Yang selama ini bernoda..oohh.