Saturday, May 19, 2018

Fit Malaysia Di Muar

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Mesti memasing sedang sibuk di dapur menyiapkan juadah untuk berbuka. Ini adalah entri schedule. Aku sudah tulis awal-awal dari pagi tadi. Gigihlah menyiapkan menulis beberapa entri untuk hari ini. Sudah agak banyak entri yang tertangguh. Aku harap dengan aku menulis di blog akan mendatangkan mood dan idea untuk aku menulis cerpen.

Cerita larian Fit Malaysia di Muar rasanya dalam bulan Mac. Kali ini aku pergi dengan keluarga dan geng lari aku ada sorang yang ikut. Lagi seorang tak dapat ikut sebab ada kelas. Jadi geng lari kita orang tak cukup korum.

Kita orang bertolak dari Melaka dalam jam 6.30 pagi. Sampai Muar lebih kurang jam tujuh lebih pagi. Cuaknya sebab jalan sesak dan susah parking.

Kami bertiga masa ni. Hat lelaki sudah jauh ke depan.


Sampai juga kami akhirnya. Lelaki belakang aku tu laki den.

Pertama kali anak-anak mama ikut serta.

Foto seorang diri. Tengok anak-anak aku belakang tu dah kelaparan.

Satu-satunya foto famili yang ada. Dapat juga kami berlari bersama. Selalu aku lari seorang diri.

Medal yang kita orang dapat hari itu. Kiranya medal ketiga untuk aku. Tak sangka boleh terjebak dengan larian sebegini. Aku sememangnya bukan seorang yang suka aktiviti sebegini. Dah kertu-kertu ni baru terjebaknya. Masa sekolah pernahlah juga join satu dua aktiviti larian. Masa tu tak ada medal. Dibaginya sijil. Tak apa semuanya jadi pengalaman dan kenangan.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Sambutan Buat Ammar

Assalamualaikum.

Selamat petang semuanya. Sudah fikir mahu masak apa untuk berbuka nanti. Aku belum mencari ilham lagi. Sedang berfikir nak masak apa. Lagi pun hari ini kita orang berbuka di rumah mentua. Jadi mungkin masak yang ringkas-ringkas aje.

Menyusul lagi dengan entri ketiga. Masih cerita fasal Ammar. Bulan Februari yang lepas umurnya genap tujuh tahun pada tanggal 21 Februari 2018. Alhamdulillah. Tujuh tahun sudah dia menjadi anak mama. Sekejap sahaja sudah sekolah rendah. Mama terasa macam baru melahirkan dia. Ayat klise mak-mak. Haha.

Macam biasa. Sambutan ulangtahun secara kecil-kecilan. Setakat kami empat beranak. Kali ini kita orang sambut di Old Town pula. Old Town di Bukit Beruang. Dekat dengan rumah pun iye jugak.

Mama dan adik.

Gambar kami empat beranak.

Percaya tak? Aku makan ini aje. Haha.

Set untuk anak-anak.

Gambar Dak Kakak sorang. Dia memang suka makan kat Old Town. 

Adriana dan papa. Papa tu kalau bergambar memang lebih posingnya. Sabar ajelah. Tak pernah serius kalau aku suruh bergambar. Mesti nak sabotaj gambar yang aku amik. Itulah kenangan menyambut hari lahir Ammar yang boleh disimpan di sini. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Ammar Qayyum Darjah Satu

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini. Kisah Ammar Qayyum pula. Lama dah entri ini tersimpan dalam folder draft. Aku gigihkan juga menulis untuk kenangan di sini. Alhamdulillah Ammar Qayyum sudah lima bulan berada di alam persekolahan rendah. Sudah lima bulan juga dia bergelar budak darjah satu. Kerisuan mama pada mulanya bagaimana dia mahu membawa diri di sekolah rendah makin hari makin menghilang perasaan itu.

Alhamdulillah. Ammar Qayyum tidak lagi menangis ke sekolah. Syukur sesangat sebab mama tak perlu risau lagi. Dulu masa dia bersekolah di tadika cina dia seakan tidak boleh menyesuaikan diri. Hampir setiap hari aku menghantar ke sekolah dia akan menangis.

Begitulah kiranya situasi yang perlu aku hadap. Memang setiap hari kena ada ayat memujuk dan mengumpan dia. Sekarang sudah tak ada lagi. Dia dah nampak besar sikit perangainya. Hehe.

Hari pertama dia ke sekolah.

Aku cuti dua hari nak memantau dia di sekolah. Risau juga takut dia menangis. Kebetulan ada sorang budak lelaki melalak masa tu. Mujurlah dia tak join menangis berjemaah dengan budak tu. Mak dia selalu tak konfiden dengan anak. Tak baik kan.

Dia sudah beratur dalam kelas dia.

Masa ni waktu rehat. Aku perhatikan dari jauh. Beg bekal yang warna biru tu Ammar.

Aku dah bawakkan dia bekal masa tu. Ammar ni pemakan. Dia nampak nasi lemak dia teringin. Pergi beratur tapi dia dok pegun aje dalam barisan. Lambat jadinya. Beli nasi lemak ayam. Bila dah dapat masa dah suntuk. Dia kelam kabut nak cari tempat duduk. Dalam pada mencari ayam goreng pun terbang jatuh ke lantai. Mama rasa sebak masa tu. Macam nak suap dia aje masa tu. Tapi tak boleh diikutkan. Begitulah cerita hari pertama Ammar Qayyum memegang status budak darjah satu.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Anugerah DFKL

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Bila hujung minggu perasaannya lain macam. Hujung minggu adalah masa tempoh bertenang. Aku tak adalah risau nak mengejar masa menguruskan anak-anak untuk ke sekolah. Kemudian bolehlah buat kerja yang patut.

Sudah hari ketiga berpuasa. Semoga dipermudahkan urusan kita untuk menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah. Waktu aku memang sibuk. Memang penuh jadual aku. Ada tambahan aktiviti di mana melakukan perkara di bulan Ramadhan. Berterawih dan bertadarus. Aku memang mengejar nak cepat khatamkan sebelum ada halangan yang datang. Lepas solat aje aku mengaji dua tiga muka surat. Setakat ini masih konsisten. Itu cabaran untuk diri sendiri.

Baiklah, ahad lepas ada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur. Aku memang tunggu-tunggu anugerah ini. Aku kan memang peminat drama-drama melayu jadi memang gemarlah dengan anugerah begini. Saje suka-suka.

Kali ini aku ikut serta untuk undi. Dah lama tak join benda-benda begini. Dari zaman anak dara memang suka join. Dulu rajin hantar yang Anugerah Bintang Popular. Akademi Fantasia pun aku pernah hantar undian untuk Mawi. Gigihlah masa tu dok topup kredit. Masa tu aku belajar kat politeknik lagi rasanya. Entahlah dah lupa.

Zaman dulu lagilah minat artis Siti Nurhaliza. Memang aku jadikan idola sungguh Dato Siti tu. Zaman tu gila beli majalah URTVlah, majalah manggalah, entah apa-apa lagi. Ada muka Dato Siti Nurhaliza memang aku beli. Masa tu aku ada geng jugak macam sekarang. Kita orang memang ikut cerita-cerita artis ni. Biasalah artis kan. Public figure. Tanpa peminat siapalah artis. Gitu.

Untuk DFKL aku undi untuk semua kategori. Tiap hari setiap 2 jam. Aku dengan kawan aku. Kita orang suka tengok lakonan Syafiq Kyle. Jadi hakak-hakak ni mampu bagi sokongan dari jauh saja. Undi dan undi.


Kita orang undi untuk Capik bagi kategori pelakon lelaki, drama pilihan Dekatkan Jarak Kita dan pasangan pilihan Capik dan Ayda Jebat. Mujurlah pasangan pilihan dan drama pilihan dapat ke dia. Tidaklah peminat-peminatnya frust.

Tahniah buat Syafiq dan Ayda dan team drama Dekatkan Jarak Kita. Sekarang yang frust sebab drama Dekatkan Jarak Kita Raya tak dapat diteruskan atas sebab-sebab tertentu. Frust jugak. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Friday, May 18, 2018

Berjimba Dengan Kawan Sekolah

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Salam jumaat. Masuk hari kedua Ramadhan. Alhamdulillah. Masih diberi nikmat kesihatan untuk menjalani ibadah puasa. Semalam warga Melaka cuti. Termasuk juga dengan warga Johor. Dapatlah suami pulang dan bersahur dengan kita orang. Itu pun suami balik lepas berterawih di sana dulu kemudian baru balik ke Melaka.

Alhamdulillah. Malam pertama aku dan anak-anak dapat berterawih di surau. Anak-anak beria nak ke surau. Jadi aku pun ikutlah daripada tak ada apa. Nanti bila sibuk sekolah dah berterawih di rumah saja.

Baiklah, nak cerita kisah aku keluar dengan kawan-kawan sekolah. Kebetulan kawan kami yang kerja kat Sarawak balik cuti. Dia ajak tengok wayang cerita dukun. Aku pun cepat-cepatlah hantar permohonan untuk keluar. Sebaik sahaja mendapat keizinan daripada suami kami pun rancang untuk berjumpa.

Sesekali bila aku dapat keluar dengan kawan-kawan adalah detik yang menyeronokkan. Kita orang keluar hari sabtu. Cerita ini pun kira cerita lama sebab sebelum pilihan raya lagi. Tengok Dukun dalam jam 12.00 tengah hari. Kita orang tengok wayang kat AEON Bandaraya.

Sudah selesai keluar wayang. Tengok kawan aku dah gaya orang nak menurun ke nak berdoa tak taulah.

Kemudian kami mengisi perut sebelum aktiviti seterusnya. 


Pertama kali masuk restoran ini yang menghidangkan makanan korea kot dan aku pesan menu ini yang aku tak boleh nak telan sebenarnya. Haha. Sudahlah banyak pulak tu.

Kemudian kami berkaroke. Gigih nak karok lagu Marsha ost drama Tak Ada Cinta Sepertimu.

Kami bekas pelajar SMK IJC yang masih berhubung hingga kini. Alhamdulillah. Patut ada sorang lagi join. Berempatlah kiranya tapi dia tak muncul-muncul sampailah kami habis nyanyi barulah dia datang. Memang dia beritahu nak datang sebelah petang.

Kemudian ke A&W pula sebab dia merengek nak makan. Feveretnya air ini.

Aku pesan waffle walhal perut kenyang. Teringin benar tapi sudahnya tak habis sebab aku tak suka ada strawberry. Kalau coklat sedaplah jugak. Banyaknya komplen ko ni!

Tudung pink tu yang baru sampai. Amiklah gambar berempat. Selagi tak amik gambar dia dok berzikir kita tak amik gambar berempat.

Sambung bercerita dan makan dan gelak dan perut kenyang dan dan dan.

Kemudian yang sorang nak beli donut. Pergilah beli donut. Kiranya ini sebelum kami berpisahlah.

Gambar akhir sebelum kami semua bersurai. Seronok dapat berjumpa dan bersembang. Akan diulang lagi. InsyaAllah bulan puasa ini kami ada majlis berbuka puasa. Nanti aku ceritakan kalau kami jadi berbuka puasa sama. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim




Thursday, May 17, 2018

Cuti Lima Hari

Assalamualaikum.

Minggu lepas cuti panjang. Lima hari lamanya. Memang terasa nikmatnya. Aku cukup suka dapat cuti panjang macam itu. Dalam kepala macam-macam nak buat kat rumah itu. Sudahlah malam selesai PRU kami laki bini lambat tidur menunggu keputusan pilihan raya. Kemudian nak tahu esoknya cuti atau tidak. 

Memang tak keruan jadinya. Anak-anak pula asyik dok berzikir tanya esoknya sekolah atau tidak. Sudahnya tidur dalam keadaan tanda tanya. Aku pula memula gigih nak menunggu keputusan. Masa itu dah jam 2. Sudahnya aku lelap. Sedar-sedar sudah pagi. Terus cari henfon nak tahu apa perkembangan.

Seharian tengok televisyen. Sampai ke malam tunggu angkat sumpah Perdana Menteri.

Bila dah tengok angkat sumpah malam tu keluar pi mendobi langsir.

Ini sebelah petang jumaat.

Suami yang masak sebab bininya ada misi lain.

Misi menukar langsir.

Bersepah ruang tamu.

Sarapan pagi jumaat.

Menu hari jumaat kalau tak silap.

Sarapan pagi sabtu di kedai. Kacang pool di kedai berhampiran taman.

Ini pula menu sarapan Dak Adik.

Sebelah petang aku bersantai di beranda. Syok sangat. Ada masa bersantai waktu petang. Selalunya memang tak dan nak duduk santai-santai.

Alhamdulillah. Selesai memasang langsir. Sekarang tak ada konsep pasang langsir di malam raya. Aku pasang awal sebab takut tak ada masa bulan puasa ini. Macam-macam nak dibuatnya nanti. Alhamdulillah satu bahagian sudah selesai.

Anak sulung tanya, "Mama kita pakai langsir lama ke?"

Aku jawab, "Pakai selagi tak koyak."

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim