Friday, May 4, 2018

Kisah Reunion SMK Infant Jesus Convent Dalam Mingguan Wanita

Assalamualaikum.

Hai semua.

Entri petang untuk hari ini. Sebelum ini, kisah aku empat beranak tersiar di ruangan Motivasi Sihat. Kiranya itu pembuka kisah manis untuk tahun ini. Alhamdulillah. Berpeluanglah masuk majalah tahun ini. Tahun ini ke Mingguan Wanita.

Menyusul kisah kedua pula. Kali ini aku dan kawan-kawan sekolah muncul dalam Mingguan Wanita di ruangan Reunion. Kebetulan, Disember tahun lepas kami pun sedang elok buat reunion. Dapatlah aku menjadikan reunion tersebut sebuah kenangan terindah.

Mulanya, kawan-kawan aku suruh ceritakan kisah reunion dalam blog. Tapi ada peluang lain yang datang. Haruslah aku kaut. Rezekilah kiranya dapat keluar majalah. Bukan senang nak keluar majalah kan.

Featured In Mingguan Wanita
Inilah gambar-gambar kami yang tersiar dalam majalah. Kiranya ini kali kedua aku di majalah Mingguan Wanita. Syukur. Rezeki. Terima kasih kepada wartawannya yang sudi menyiarkan kisah reunion Bekas Pelajar SMK Infant Jesus Convent Melaka. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Jumpa Sepupu Di AEON

Assalamualaikum.

Hai semua.

Ini pun kisah lama. Sewaktu ini cuti sekolah kalau tak silap aku. Aku bawa mak dan anak-anak ke AEON Bandaraya. Saja jalan-jalan. Kalau tak silap masa ni hari khamis. Aku ingat harinya sebab masa tu suami dalam perjalanan balik. Mak aku tukar voucher AEON. Kemudian mak bagi pada aku.

Apa lagi. Aku pun mula melilau mata menengok baju tidur anak-anak. Oh ya, kebetulan masa ini kita orang nak belikan Nayli anak buah aku baju untuk dipakai masa majlis hari lahirnya. Itu tujuan utama kita orang keluar petang itu.

Mula-mula cari barang dulu. Pusing sana pusing sini. Selesai urusan mak membeli gaun untuk Nayli kita orang ke tempat lain pula. 

Mama dan Nana.

Kemudian bawa Ammar ke tempat permainan. 

Masuk kedai buku Popular. Nampak pula buku aku si Kelip-kelip Kusangka Api.

Nak baca cerpen aku bertajuk Rotan Terbelah bolehlah dapatkan di Popular.

Kemudian kita orang ke Chicken Rice Shop.

Kami yang pompuan-pompuan. Ammar bersembunyi.

Antara menu yang kami pesan. Masa makan ni aku menunggu sepupu aku dari Batu Pahat. Kebetulan hari itu dia datang jalan-jalan ke Melaka. Nak singgah rumah kita orang tak ada. Jadi dia terus ke AEON.

Dapatlah bergambar dulu. Inilah sepupu aku. Zuhairah namanya.

Inilah sepupu aku. Zuhairah namanya. Kira adik sepupu.

Dia datang bersama suami dan anak buahnya. Dapatlah kita orang bergambar dulu sebelum berpisah. Waktu berjumpa macam inilah yang nak diambil gambar. Kalau tak memang tak adalah. Jadilah dibuat sebagai kenangan kelak. Sekian entri kedua yang ringkas untuk pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Jumaat Hari Kurang Stres

Assalamualaikum.

Hai.

Salam jumaat. Salam pembuka bicara untuk pagi ini. Selalunya, hari jumaat adalah hari yang paling gembira. Hari kurang stres. Pada akulah. Sebab esoknya adalah hari sabtu dan hari cuti. Memang tersangatlah seronoknya. Bila tiba hari jumaat, berkobar-kobar melangkah ke pejabat. Sudahlah waktu rehatnya panjang. Lagi menambah keseronokkan.

Selalunya rehat panjang aku bukan ke mana pun. Jadi penunggu pejabat saja. Itu pun sudah cukup nikmat. Sebab waktu itu aku nak sambung buat kerja atau aku layan mata aku. Apa lagi tidurlah. Tapi hari ini macam rasa stres. Sebab petang nanti ada mesyuarat bahagian.

Sudahlah buat sebelah petang. Waktu itu jasad saja di pejabat. Selebihnya sudah ada di rumah dulu. Harapnya hari ini tidaklah mendapat stres di petang hari. Aku sudah siap siaga nak menjawab apa petang nanti. Itulah yang susah jadi orang yang tak pandai bercakap. Memang kau akan kena sentiasa. Mohon bertabahlah.

Gambar ini aku tangkap sewaktu jogging di Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Katanya, bersenam dapat membantu kita menangani stres dan perasaan marah. Semoga kita dijauhkan dengan masalah diri yang satu ini kerana stres ini bahaya juga jika dialami secara berpanjangan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Thursday, May 3, 2018

Bertemu Sahabat Alam Maya

Assalamualaikum.

Hai.

Entri malam pula menyusul. Sementara mood rajin nak menulis ada dalam diri marilah siapkan entri seberapa banyak yang boleh. Tak nak bertangguh lagi. Makin hari makin banyak yang mahu dikongsikan dan diceritakan. Blog sebagai diari harian kekdahnya. Jadi tak mahulah cerita yang boleh dititipkan sebagai kenangan dilupakan begitu saja.

Awal tahun ini banyak perkara manis yang berlaku. Antaranya dapat bertemu dengan sahabat alam maya. Selalunya memang berhubung melalui laman muka buku. Perkenalan kami sebenarnya bermula daripada grup whatsapp Tulis Sampai Jadi Duit. Senior geng menulis yang mewujudkan grup whatsapp tersebut. Kemudian kami melebarkan ke laman muka buku dan sesekali ada berwhatsapp sesama sendiri.

Alhamdulillah. Aku dipertemukan dengan sahabat yang baik. Terasa seperti sudah lama mengenali antara satu sama lain. Kalau dulu aku kecewa dengan sebuah persahabatan namun Allah sudah gantikan kekecewaan itu dengan yang lebih baik. Aku masih lagi dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang baik.

Kebetulan, Kasena datang ke Melaka sebab jadi orang sebelah adik iparnya yang melangsungkan perkahwinan. Namanya Husna tapi dia bahasakan dirinya Kasena. Kebetulan lagi, homestaynya sangat dekat dengan kawasan perumahan yang aku tinggal. Dapatlah kami jumpa hari jumaat sebelah malamnya di kedai makan depan taman.

Pesan minuman dan keropok sahaja sambil bercerita tak henti-henti.

Kemudian aku hantar dia ke homestaynya. Sempatlah kami berswafoto di dalam kereta. Bukan senang nak jumpa begini. Jadi gunakanlah peluang yang telah diberikan. Masing-masing tinggal berjauhan. Dia asalnya dari Penang tapi sekarang sedang menyambung pelajarannya di Kelantan. Waktu jumpa masing-masing tidak membawa anak-anak. Jadi dapatlah bersembang dengan sedikit ketenangan.

Seronok. Aku memang gembira. Masih ada sahabat yang sudi berkawan dengan aku. Terima kasih Allah kerana memberi peluang dan rasa ini. Semoga persahabatan ini akan terjalin dengan baik kerana sahabat adalah anugerah yang indah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



KL Special Force

Assalamualaikum.

KL Special Force aku sempat menontonnya di pawagam. Pergi menonton bulan Mac tapi nak cerita kat blog dah masuk Mei. Biasalah. Cerita banyak yang sudah basi gamaknya. Oleh sebab nak review sedikit, aku tulislah jugak entri ini. Sebenarnya, plan asal nak ke menonton KL Special Force dengan kawan. Filem melayu kalau nak diajak tok laki memang tak berbaloi. Dia akan kecam filem dan aku sekali yang membawa.

Nak dijadikan cerita, kawan yang sepatutnya aku pergi sekali boleh pula terbersalin sehari sebelum filem itu ditayangkan. Dia yang beria mengajak aku sebenarnya. Aku pula sebab pelakonnya Fattah Amin mahulah juga menontonnya.

Cari jalan nak ajak tok laki. Ajak punya ajak, tok laki setuju nak teman aku ke pawagam. Maka marilah kita tengok KL Special Force.

TOk laki hulur duit aku siap tolak. Haha. Gigih belanja sebab kalau aku belanja tak adalah dia nak mengutuk sangat kalau ceritanya tak menarik. Gitulah pada pemikiranku.

Kami empat beranak sebelum masuk wayang.

Aku sempat suruh anak aku tangkapkan gambar kat poster KL Special Force. Aku ceritakan dari sudut pandang aku. Ceritanya menarik sebab aku agak keliru siapa yang bersubahat dengan geng jahat lakonan Syamsul Yusof. Mulanya ingat macam si Rosyam yang ambil rasuah. Kemudian fikir pula si Fattah. Ada hook kat situ. Apa-apa pun dalam KL Special Force ini dapat dilihat bahawasanya Fattah sudah tidak kayu. Alah biasalah. Yang komen kayu tu cuba berlakon. Mula-mula kayu. Bila dah biasa berlakon mesti makin pandai melakonkan watak.

Cuma yang aku stres bila part polis datang dan cakap kami polis. Terus kena tembak. Huh. Menyirap tang tu aje. Apa pun aku bagi 4/5 bintanglah. Itu aje. Aku pun dah lupa watak-wataknya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Hiking Di Bukit Senaling

Assalamualaikum.

Hai semua orang.

Hiking di Bukit Senaling adalah aktiviti hiking yang pertama untuk tahun ini. Biasalah aktiviti sebegini memang suami aku yang aturkan. Kalau aku yang aturkan memang tak akan menjadi. Memandangkan suami sudah daftar untuk ikut serta aktiviti hiking ini, mahu atau tidak kenalah ikut juga walaupun aku bukan segagah badang. Hah gitew.

Tak ingat dah bulan berapa tapi rasanya bulan Februari masa cuti tahun baru cina. Kami gerak dari Melaka jam 4 pagi. Kawan aku dan keluarganya ikut sekali. Jadi kami berkonvoi. Dia sekeluarga datang ke rumah aku dalam jam 4 pagi macam tu. Cuba bayangkan jam berapa aku bangkit. Serupa orang nak bertahajud. Gerak dari rumah sama-sama kemudian ke Alor Gajah. Ada kawan suami pula yang tunggu.

Kami sampai tempatnya dalam 5.30 pagi. Kemudian ke sebuah stesen minyak di mana situlah para peserta berkumpul. Selepas itu kami ke tempat berkenaan dan bersolat subuh di sana. Usai solat masing-masing memulakan pendakian.

Waktu ini sudah terang. Sebelum tu bergelap lagi sampai kena guna lampu suluh. Memang tak terjangkau dek akal aku nak mendaki begini. Aku lebih mengidamkan katil yang ada tilam empuk serta bantal. Haha.

Antara yang belakang. Anak-anak sudah ke depan ikut suami kawan aku.

Akhirnya setelah berposak-posak aku mendaki sampai juga. Ini untuk kawan kami yang tidak dapat ikut serta.

Aku dan Kamar (baca: Kak Mar).

Aku dan anak-anak pula.

Keluarga kecil aku.

Swafoto daripada kami lagi.

Seronok bila dah sampai atas. Nak naik atas bertekak dengan pakcik sebelah tu.

Mama dan Nana.

Gaya posing aku bila hiking.

Aku dan YDC (Yang Dicintai). Panggilan ikut Nisa Irdina dalam drama Mr. Grey.
Sesi bergambar bekeluarga.

Inilah keluarga kawan aku. Team dua anak gitu.

Permandangan daripada atas.

Inilah kumpulan kita orang.


Ini pula gambar aku dan Kamar waktu nak turun. Memang out habis tenaga. Kawan aku sampai sakit kaki sebab kuku dia nak tercabut. Memang aku tunggu dia jalan terhencot-hencot. Itulah pengalaman aku. Kalau suruh aku naik lagi kirim salam ajelah. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim