Friday, November 7, 2014

~Ikhlaskan Hati Memaafkan~

Teks : Fyda Adim
Foto : IG

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat petang. Salam jumaat yang sudah menjengah ke petang. Baru sempat mahu menjengah blog kesayangan. Semalam ketiadaan masa dan juga emosi. Huhuhu...Tengahari tadi sempat mencuci mata di luar. Adalah membeli sesuatu yang menjadi kesukaan.

Berbalik kepada tajuk, memaafkan orang yang menyakitkan hati. Berdoa supaya sentiasa bersabar dan ikhlas memaafkan orang-orang itu.

Ya Allah, lembutkan hatiku supaya dapat memaafkan mereka. Dia dan dia yang pernah melukakan hatiku ini. Hanya Allah yang mengetahui hati dan jiwa mana yang disakiti. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         


Wednesday, November 5, 2014

~Majlis Kenduri Aqiqah Farahnoor Alya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat tengahari semua. Bersambung erntri kenduri aqiqah. Kalau semalam aku cerita mengenai persiapan di pihak aku, hari ini pula entri sepanjang majlis berlangsung. Untuk makanan, biras aku tempah katering aje. Senang katanya dengan ketiadaan kakitangan. Dia pula berbadan dua. Lagilah membataskan segalanya.

Majlis bermula selepas solat zohor. Sebelum itu diadakan kenduri arwah ayah mertua. Mak mertua nak buat sekali. Panggil orang masjid taman tempat mak mertua tinggal.

Inilah menu untuk hari itu. Masakannya sedap sekali. Terbaiklah.

Ini candy booth hasil ciptaan aku dan biras.

Ini apam polkadot yang aku tempah.

Lauk dihidangkan untuk orang masjid yang berada di dalam.

Antara tetamu yang hadir. Macam kenal aje mamat yang berdiri tu. Abang jebat saya lah. :D

Para tetamu sedang menikmati makanan.

Berselfie dengan anak daraku.

Kemudian berselfie dengan dua anak dara ini. Yang itulah Farahnoor Alya. Dia dan nana memang tidak boleh terpisah. Best cousin for ever.

Sudah ke hulu ke hilir buat kerja, aku dan asben duduk di suatu sudut di luar rumah. Inilah kerjaan kita orang berdua. Anak-anak entah hilang ke mana. Dah jumpa kengkawan, mak dan pak pun tak dipandang. Itu sahaja kisahnya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                         

Tuesday, November 4, 2014

~Persiapan Kenduri Aqiqah~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Selasa dah. Kejap je kan. Ini adalah cerita minggu lepas. Agak lama terperap dek kerana kekangan masa. Ahad lepas biras aku adakan kenduri aqiqah untuk anaknya. Aku adalah amik tugasan untuk candy booth.

Jadi adalah beberapa benda yang aku siapkan untuk memeriahkan majlis pada hari itu. Tolong setakat yang termampu. Biras aku beritahu dia teringin nak buat candy booth. Buat sendiri je. Makanya aku tengoklah contoh-contoh yang ada.

Kertas warna simpanan sendiri.

Dan inilah hasil tidak seberapa daripadaku.

Kemudian aku buat dadih.

Dan juga cheesetart. Ada satu menu tambahan iaitu apam polkadot. Tetapi aku tempah daripada orang rumah officemate. Tak terlarat nak buat semua sensorang. Ada yang terjelepok kat dapur. Ngeeee. Itu sahaja kisah persiapan untuk kenduri minggu lepas. Sambung nanti ye untuk entri seterusnya. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

Monday, November 3, 2014

~Aktiviti Hujung Minggu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Ini adalah entri auto publish ye. Jangan fikir kerja daku hanya menulis blog di waktu kerja. Malam tadi siap kerja awal jadi aku sempat menjengah blog sendiri. Sudah menjadi seperti diari blog ini. Hujung minggu biasalah kerja rumah yang tidak pernah habis. Melayan askar-askar dewasa dan kecil. Hehe..

Bila tiba hujung minggu, dalam fikiran macam-macam difikirkan kerja yang perlu diselesaikan dalam masa dua hari ini. Tak mahu ada kerja tertangguh ke minggu depan. Perkara paling utama adalah melipat baju. Lipat baju yang berbakul-bakul. Hari kerja memang serius tak sempat nak membelek baju-baju tu. Mana terkejar nak masak, nak tengok anak-anak lagi. Jadi hari sabtu adalah masa yang sangat sesuai bersantai-santai melipat baju sambil menonton televisyen.

Roti jala ni menu sarapan hari sabtu. Alas perut sebab tengahari nak ke kenduri kawin.

Sebelah petang pula seperti biasa aktiviti beriadah. Gigih anak-anak ikut papa dia orang. Maknya? Duduk di suatu sudut sambil mengambil gambar. Hehehe..

Dia orang bertiga jogging. Aku bukan berlari-lari anak tapi berjalan ye sambil update IG. Gigih tak? Sakit kaki uolls.

Malamnya ajar nana sebab nak periksa minggu ni. Makan malam disediakan oleh asben. Maggi kari siap! Sedap uolls laki den masak maggi.

Kemudian selepas anak-anak sudah beradu, aku menuju ke gua seperti biasa. Melakukan beberapa tugasan sambil mengunyah segala macam jajan.

Ini kerja semalam. Gigih potong cili kering. Macam-macam posisi nak habiskan sebungkus cili kering ni.

Akhirnya siap juga kisar cili kering sendiri.

Kisar bawang putih.

Kisar bawang merah. Lega hati ini bila semuanya sudah selesai. Semalam aku masak nasi lemak tetapi non ado gambar. Tak sempatlah nak amik semua gambar. Itu sahaja kisah aku hujung minggu bersama keluarga tercinta. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                     

~K.A.M.I Di Hari Jumaat~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi. Salam isnin buat semua. Mulakan hari ini dengan bismillah agar sentiasa dilindungi dan diberikan ketenangan sepanjang hari. Mudah-mudahan. Hari pertama bekerja untuk bulan baru. Semoga dipermudahkan segala urusan kita.

Ini cerita jumaat dua minggu lepas. Tak sempat nak mencoretkan minggu lepas. Hari ini baru berkesempatan sebab dapatlah menaip sabtu malam untuk dijadikan entri schedule. Jadi akan ada entri-entri yang dipostkan lagi.

Jumaat dua minggu lepas, aku dan Mira Mokhtar melangkah jauh sedikit untuk mengisi perut. Waktu rehat panjang kan. Masa kerja saja yang boleh melepak begini. Adalah masa untuk berchit chat. Kalau selepas selepas itu memang tak berkesempatan. Mana nak uruskan rumah, nak uruskan askar-askar baik yang besar mahupun yang kecil. :D

Jadinya, ajak sahabatku Mira Mokhtar makan di KFC. Memandangkan aku ada kupon yang jimat beberapa ringgit, kami pergi jua tengahari itu.

Ini dia sahabat muda. Makan ayam, burger, nugget, kentang putar. Memang makan sakan hari itu. Makan sambil berbual sambil terkekek-kekek ketawa. Banyak sambilnya.

Ini masa balik. Hah! Tak dok kerja namanya. Saja suka-suka.

Bergambar itu kesukaan kami.

Setakat bergambar macam ini je yang daku tahu.

Ini lagi tak boleh blah. Angkat gambar tapi pandang tempat lain. Buat-buatlah kekononnya.

Sempat lagi aku suruh mira bergambar masa dia sedang drive.

Aku! Merenung masa hadapan. Ahakssss. Itu sahajalah entri aku berjimba-jimba dengan blogger Mira Mokhtar. Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,






                                                                                                                       

Sunday, November 2, 2014

~November Datang Dengan Ceritanya~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah.

Selamat pagi semua. Salam ahad buat anda semua yang secara langsung atau tidak langsung yang singgah di blog picisan ini. Entri pertama untuk bulan baru ini. Semalam kekangan masa hingga tidak sempat mencoret sesuatu di blog ini. Malam tadi seperti biasa berjaga bersengkang mata menyiapkan tugasan yang tertunda. Jadinya blog juga perlu dijengah sekali.

Sudah hari kedua di bulan november. November segalanya bermula buat diriku. Sesuatu yang tidak dijangkakan. Mengajar erti sebuah kehidupan di muka bumi ini. Walaupun hati berat untuk menerimanya namun memujuk sendiri agar melepaskannya.

Lautan tenang ini tidak selaras dengan hatiku. Ketenangan itu telah diragut pergi. Berusaha sendiri untuk mencari ketenangan itu semula demi meneruskan kehidupan ini. Allah tahu hati dan jiwa mana yang disakiti. Hanya doa yang mampu dititipkan. Buang segala kepahitan yang menghantui diri. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan. Amin...

Sekian dan wassalam.

Aku Penulisnya,