Friday, May 9, 2014

~Mata...Senyuman...Hati...~

Teks : Fyda Adim
Foto : Blog Hanisah

Asslamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi.  Salam jumaat sebagai pembuka bicara untuk pagi ini.  Hari yang penuh keberkatan.  Mudah-mudahan kita semua perolehinya.  Permulaan yang baik akan menjadikan diri kita ke arah yang baik juga.  Insya-Allah...

Aku kongsikan dari blog kawan aku.  Mata yang menyimpan beribu airmata...Senyuman menyimpan beribu rahsia...Hati menyimpan beribu luka...

Orang takkan tahu selain Dia yang Maha Mengetahui.  Di sebalik setiap senyuman pasti ada terselit sebuah kedukaan.  Kadang senyuman itu sekadar melindung kedukaan.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                           

Thursday, May 8, 2014

~Makan Yong Tau Fu Dan Menonton Wayang~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat petang semua.  Entri ketiga menyusul untuk hari ini.  Rehat tadi dapatlah melelapkan mata beberapa minit.  Semalam aku cuti.  Ada urusan dengan asben dan berdating! Datinglah sangat.  Sesekali keluar tanpa anak-anak.  Adriana sekolah, ammar di rumah neneknya.  Asben offday balik dari kerja malam.  Sejurus menghantar adriana ke sekolah kita orang bersarapan bersama tapi menaiki kereta yang berlainan.  Makan capati di hadapan Hotel King's.  Usai sarapan balik rumah.  Aku mendobi baju.  Asben meracun rumput di luar.  Kemudian dia tidur kejap.

Lepas zohor kita orang keluar.  Makan tengahari dulu.  Asben janji nak bawa makan Yong Tau Fu.  Dia sudah pernah makan dulu.  Oleh sebab dia tahu kegemaranku, maka dibawaku pula ke sini.

Sebelah kiri itu aku punya.  Banyak kan? Tapi aku makan habis!

Coconutshake.  Sedap gila!  Satu untuk saya dan satu untuk dia.

Inilah kedai yang aku dan asben makan semalam.  Bagi orang Melaka kedai ini di Batu Berendam tempat pasar malam setiap hari ahad.  

Lepas makan terus ke Dataran Pahlawan.  Tengok wayang.  Tiket sudah ditempah melalui online.  Tengok cerita Spiderman 3D.

Suasana lengang petang semalam.

Cerita dah habis.  Laki den beria suruh snap gambar ni.

Kita orang keluar lagi sepuluh minit jam tujuh.  Hujan lebat diluar.  Terus balik rumah mak untuk menjemput anak-anak.  Dari rumah mak balik rumah mil kejap.  Lepas mil keluar hospital belum menjengahnya di rumah.  Sampai rumah mil masak nasi goreng.  Jam 11 balik rumah memandangkan hari ini masing-masing kerja dan bersekolah.  Itu sahaja ceritanya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


~Makan Tengahari Ditaja Di Pizza Hut~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat tengahari semua.   Hari ini agak letih sebab berpuasa.  Mata mengantuk dek terkena penghawa dingin yang sejuk ni.  Menguap sudah hampir sepuluh kali ke atau lebih dari sepuluh kali.  Tunggu masa pukul 1 memang tidur ni.  Ini dah mengantuk tahap maksima.  

Nak cerita kisah makan tengahari selasa lalu yang di belanja seseorang.  Seramai 9 orang kesemuanya hari itu.  Makan di Pizza Hut.  Makan-makan sempena cc yang akan bersara bulan Jun ini dan orang yang belanja mahu menunaikan umrah.  Esok malam dia akan berangkat bersama keluarganya.

Sedang membuat pilihan menu.

Nampak Kak Nisah di pintu masuk.  Dia orang keluar lewat sikit.  Aku keluar awal sebab nak order makan.

Yang baju biru itulah yang menaja makan tengahari kami manakala tudung ungu tu Kak Rehan.  Dia sudah bersara bulan oktober tahun lepas.

Inilah yang ada hari tu.  Ada lagi sorang tak sampai lagi masa ni iaitu Encik Fadil.  Ada orang lama, yang pertengahan dan yang muda remaja.  

Bergilir dengan si Mira Mokhtar untuk ambil gambar.  

Ini pizza yang dipesan. Menu lain chicken wing, spageti, meatball, sup dll.

Masing-masing menikmati dengan seleranya.

Cc Noraini dan Kak Rehan.

Yo! Aku dan mira mokhtar.  Kami buddyz takkan terpisah.  Memang kenyang yang amat hari itu.  Makan pizza sorang 4 keping, sup, ayam sorang seketul, roti dan macam-macamlah.  Buat Hj. Gapal yang belanja kita orang semoga sentiasa dimurahkan rezeki.  Terima kasih banyak-banyak.  Selamat pergi dan pulang.  Doakan untuk kami yang berkirim doa dengan Hj.  Aku ada juga kirim doa pada dia.  Pengakhiran makan tengahari diakhiri dengan ucapan Hj Gapal.  Sebak!

Itu sahaja ceritanya.  Kenangan ini mana mungkin dapat diulang.  Tidak lama lagi kurang lagi kawan.  Cc pula yang akan meninggalkan kita orang.  Sekian dulu.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim




~Jangan Biar Dunia Mengambil Sukacitamu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat pagi khamis.  Semalam seharian tanpa entri.  Aku bercuti.  Saja bercuti untuk melepak dengan asben.  Itu nanti aku cerita ke manakah aku dan dia semalam tanpa anak-anak.  Pagi ini, hari ini serta hari-hari seterusnya agar sentiasa baik-baik sahaja.  Moga lebih baik daripada sekarang.

Bergembiralah! Bersyukur dengan nikmat yang diberikan.  Jangan biarkan dunia mengambil sukacitamu.  Bersyukur akan membuatkan kita lebih bahagia.  Buat masa ini itu sahaja tiripan untuk pagi ini.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

Tuesday, May 6, 2014

~Melawat Ibu Mertua~

Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Tadi kau orang makan apa? Makan tengahari ini aku ditaja seseorang.  Alhamdulillah rezeki untuk hari ini dan murah rezeki untuk 'orang' itu.  Jumaat lepas ibu mertuaku menjalani pembedahan di tangan.  Kesan daripada dia terjatuh di rumah tempohari.  Tangannya sakit dan tidak boleh diangkat.  Setelah dibuat pemeriksaan doktor mengatakan tisu di dalam koyak.  Macam itulah.  Aku bukan pakar perubatan.  Ngeee....

Doktor bagi dua pilihan untuk disuntik apa benda tah atau menjalani pembedahan.  Setelah ditimbal balik, akhirnya ibu mertuaku bersetuju untuk menjalani pembedahan.  Alhamdulillah telah pun selamat. Petang itu aku half day dan terus ke hospital di Mahkota Medical Centre.

Kemudian sabtunya ke hospital lagi.  Kali ini membawa anak-anak dan balik dari hospital bawa mereka jalan-jalan.

Ibu mertuaku sedang berbaring.  Amik gambar part ini saja.

Dari hospital melepak di Mahkota Parade.

Nana dan papa.  Waktu ni teman papa hisap rokok.  

Menyaksikan keindahan malam di luar Mahkota Parade yang diterangi lampu-lampu.  Itu sahaja ceritanya.  Ibu mertuaku sudah pun pulang ke rumah semalam.  Semoga cepat sembuh.  Itu sahaja ceritanya dan nanti akan aku ceritakan kisah tengahari tadi.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


~Empat Haribulan Lima~

Teks : Fyda Adim
Foto : Web MBMB

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi dan selamat hari selasa.  Sekejap sahaja masa berjalan.  Semoga hari ini lebih baik daripada semalam.  Itu yang sering diharap-harapkan.  Tengahari ini ada sambutan untuk sesuatu.  Akan keluar lunch bersama teman-teman.  Nanti akan diceritakan kemudian.

Bulan lima? Apa ada dengan bulan ini? Ada sesuatu tarikh yang menjadi kenangan dalam bulan ini.  Empat haribulan lima dua ribu tiga hingga empat haribulan lima dua ribu empat belas bersamaan sebelas tahun.

Pertemuan itu di sini dan bermulalah perjalanan kisah dua hati.  Meniti perjalanan sebelas tahun dengan pelbagai kisah suka duka.  Perkenalan tiga tahun diakhiri dengan sebuah ikatan yang sah.  Semoga perhubungan itu sentiasa diredhai dan dilimpahkan dengan keberkatan serta berkekalan hingga ke akhir hayat.  Amin.

Sekian entri merapu untuk pagi ini.  Tiada motif sekadar mengisi ruang bercerita di sini sebagai titipan dan rujukan pada masa akan datang.  Wassalam...

Aku Penulis Picisan,