Thursday, April 17, 2014

~Teringin Nak Ke Pesta Buku Antarabangsa 2014~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang.  Saja post entri petang hari.  Pejabat sunyi sepi sebab semua tiada.  Petang ni ada pertandingan bowling.  Jadi sangat-sangat boring.  Nak join bowling memang tak retilah.  Setakat main campak-campak bolehlah.  Menghilangkan boring marilah kita update.  Taip surat pun dah tak lalu.

Semua sedia maklum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bagi tahun ini akan berlangsung minggu depan.  Bermula 24 April hingga 4 Mei 2014.  Teringin! Memang dari tahun lepas nak pergi tapi tak kesempatan.  Jadi untuk tahun ini aku memasang niat untuk ke sana.  Wah macam nak pergi mana je.

Sudah diusulkan pada asben.  Tengoklah pada kelapangan dia.  Kalau asben kerja aku tengok sahajalah dari jauh.  Terjah sajalah kedai buku kat Melaka ni.  Tapi kalau kat sana mesti buku-bukunya ada diskaun kan.  Itu yang aku suka bab-bab diskaun ni.

Kalau katakan dapat ke sana, dah terfikir novel yang mahu dibeli.  Macam banyak nak memborongnya pula.  Tak adalah, adalah beberapa buah novel walaupun kat rumah ada lagi dua buah novel yang belum terusik.  Tak apalah, buat koleksi bila-bila boleh baca.  Antara novel yang aku macam terfikir nak beli,

1) My Indo Chik 
2) Tak Suka Tak Apa
3) Suamiku Terhangat
4) Jika Mawar Pudar Warna - Ini kiriman si Mira Mokhtar
5) Buku untuk Adriana dan Ammar

Itu sahajalah setakat ini.  Kalau aku terjah ke sana dapatlah tengok hasilnya.  Lagipun sudah gaji.  Memang awesomelah.  Kalau nak jimat duit sendiri aku buat muka sepuloh sen pada laki den.  Hihihi...Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          


~Aktiviti Hari Ahad~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua...Sila sebut gaya Johan.  Entri pagi ini yang sudah siap ditaip malam tadi.  Gigih mengarang uolls.  Lambat-lambat nanti ceritanya sudah basi.  Huh!! Itu sebab sementara kerajinan sedang berleluasa di dalam diri baiklah ditaip entri ini.

Okey, tanpa membuang masa cerita kami empat beranak ahad lepas.  Asben offday balik dari kerja malam.  Sebelah pagi aku habiskan sebakul baju untuk dilipat.  Nak datangkan mood untuk melipat baju haruslah marathon tengok cerita abang Jebat.  Tahukan drama apa?  Sambil lipat baju sambil layan drama.  Sedar-sedar habis sebakul baju.  Gitulah kekdahnya.  Mood itu penting dalam semua situasi.  Asben cuci akuarium.   Berbulu ler tengok aku yang tak habis-habis dengan drama.  Kikiki...Anak-anak bawak diri masing-masing.  Nana asyik dengan buku nota ammar dengan otomennya.  Fanatik betul mamat tu.  Habis kerja rumah siap-siap.  Lepas zohor keluar..

Saja jalan-jalan ke Kipmart.  Tempat baru buka.  Belum banyak kedai pun.

Kemudian dari Kipmart terjah kedai barangan elektrik kat Batu Berendam.  Nak beli barang.  Adalah dua barang yang dibeli untuk rumah.  Dari sini aku ajak asben pi Romantika dulu.  Ada nak beli barang.  Dapat jugak.

Selesai je terus ke Crystal Bay.  Mulanya nak makan pizza tapi asben ajak makan ikan bakar.

Dua orang lelaki kesayanganku.   

Kakak nana!!  Kuat merajuk minah ni.  Ikut??? No komen.

Suka dengan senyumannya.

Inilah makanan yang kami bedal hingga menyandar kekenyangan.   Puas makan.  Ammar kata "nyangnya perut mar..." Gaya pelatnya.  Itu sahaja cerita kami ahad lepas.  Masa bersama keluarga adalah yang paling berharga.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim




Wednesday, April 16, 2014

~Hasil Rembatan Di Jalan TAR~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat malam semua.  Sekali lagi dan jarang-jarang berlaku bila ada entri di malam hari.   Sementara melayan diri memang ini sahaja yang boleh dibuat.  Blog! Itu kesukaanku.  Mengisi masa senggang, menghilangkan stress.   

Entri malam ni saja mahu berkongsi dengan semua.  Bukan hebat mana pun sekadar berkongsi apa yang aku beli semasa menerjah ke Jalan TAR.

Yesss inilah dia.  Aku beli tudung bawal pelbagai warna.  Sebab harganya murah RM5 sehelai asben kata belilah semua warna.  Amboi, perli kah? Hihihi...Dapat green light terus je tak fikir seratus kali.  Aku capai je warna yang aku nak.  

Inilah koleksi tudung yang akan dipakai raya.  Dah pakai pi kerja pun.  Kikiki...Ini je perkongsian tudung bawal aku.   Bukan mahal pun tudung aku pakai.  Bukan cap Fareeda.  Tak mampulah nak beli tudung ratus-ratus.  Dah kata beli tudung ikut kemampuan.  Inilah ukuran baju untuk aku.  Hihihi...itu sahaja ceritanya.  Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

~Debaran Itu~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Ini entri untuk berkongsi rasa.  Pernah rasa berdebar-debar? Pasti semua pernah melaluinya.  Aku memang selalu begitu.  Sentiasa berdebar-debar.  Lebih-lebih lagi jika mahu ke klinik jumpa doktor.  Itu perkara yang paling aku takutkan.

Hari ini debaran itu datang lagi.  Tetap akan aku tempuh juga.  Melangkah demi mencari suatu misi.  Semoga berjaya dan dibukakan jalan.  Harap dipermudahkan jalan buatku.

Semoga debaran itu akan hilang lepas ni. Sekian dan wassalam...

Aku Penulis Picisan,






                                                                                                          

~Menyerah Diri Ke Klinik Gigi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Kembali bekerja setelah bercuti semalam selama sehari.  Tak ke mana-mana pun cuti semalam.  Duduk di rumah sahaja.  Kerjanya makan, tidur, tidur, makan.  Itu jelah yang mampu aku buat.  Memang malas nak buat kerja rumah.  Letih benar.

Okey, kembali kepada tajuk di atas.  Akhirnya aku menyerah diri juga.   Entah datang mana keberanian diri setelah dipendam-pendam.  Aku memang dari kecil penakut cabut gigi.  Itu memang tak dinafikan. Jadi ketakutan itu terbawa-bawa sampai ke tua.  Mak aku kata dah tua ompong pun takut lagi.   Hihi...Teringat masa kecik mak aku cabutkan gigi masa aku tidur.   Bangun esoknya gigi sudah hilang.   Nasiblah adriana tak menurun penyakit penakut aku ni.   

Ini sudah sampai di klinik gigi.  Aku pergi Klinik Pergigian Persona di Hang Tuah Mall.  Memang dari dulu ke sini.   Minggu lepas tak silap aku hari khamis sebelah petang aku minta ke klinik.  Sebab sakitnya sudah tidak dapat aku tahan-tahan.  Mesej asben kata sakit gigi.   Alololo...Manja gitu.  Manjalah sangat.  Laki aku suruh aku jadi kental.  Okey, i kental uolls.  Sebelum ke klinik sudah masuk toilet beberapa kali.  Saje buat lawatan.  Ahaks...

Dalam takut buatlah amik gambar.  Nak hilangkan kecuakan diri.  Masa sampai ada sorang pesakit di dalam.  Lepas dia giliran aku.  Dalam hati menjerit-jerit.   Over betul.  Berapa kali merengek manja dengan laki den.  Tak sakit.  Katanya...Okey aku buat selamba.  Dalam hati hanya tuhan je tahu.  Akhirnya nama aku pun di panggil.  Dan akhirnya selamat kerja doktor itu mencabut.  Keluar dengan senyuman terukir di bibir.  Iye ke senyum? Terus hilang sakit perut tadi.  Itu sahajalah cerita aku dan gigi.   Hihi...Sekian.

Wassalam...

Aku Penulis Picisan, 
Fyda Adim

Tuesday, April 15, 2014

~Makan-Makan Di Ikan Bakar Parameswara Umbai~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat malam.  Entri ini ditaip sambil bergolek-golek di atas katil.  Mahu tidurkan anak-anak.  Taip guna hp supaya tidak tertidur.  Mahu seterika baju kerja dan baju sekolah nana.  Jadi aku ambil peluang untuk update blog kesayangan.  Banyak nak diceritakan namun kekangan masa itu sangat mencemburui aku.  Bila ada waktu senggang mood nak menulis pula tiada.  Ermmm...

Malam ni nak cerita makan-makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Parameswara area Umbai. Anjuran kelab office.  Aku pergi setelah mendapat kebenaran asben.  Marilah tengok beberapa keping gambar.

Mira Mokhtar pun ada.

Puan Mardiana bersama anaknya.

Aku bergambar dengan Mira Mokhtar.

Zara sudah sedia untuk makan!

Ini Pengarah Kebajikan.  Encik Zulyadain.

Ikan yang berada di depanku waktu itu.

Omg! Mr crab my feveret.

Antara yang ada malam itu.

Suka dengar Balkis berkaraoke dengan suaminya.  Aku cabut awal malam tu.  Part karaoke memang tak minat.  Bukan reti kut aku nak nyanyi.  Kalau aku nyanyi mahu setahun kena kutuk.  Aku balik lepas perut sudah kenyang.  Mira hantar balik rumah mak aku tunggu asben aku jemput kami tiga beranak.  Itu sahaja ceritanya.  Sekian...Nite uolls!!!

Wassalam...

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim