Wednesday, December 4, 2013

~Makan Pizza Guna Baucer~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Lagi setengah jam mahu pulang.  Entri pagi tadi kata aku kat kursus kan.  Petang mengedik aku masuk ofis sebab ada surat nak buat.  Itulah yang aku bersiaran langsung dari ofis yang awesome ini.  Oleh sebab masuk lewat petang, aku hanya mampu buat surat yang mahu dibuat.  Kerja yang lain esoklah.  Blur tengok benda atas meja ni.

Update blog jap sementara tunggu nak balik.  Nak cerita kisah minggu lepas.  Kami empat beranak ke Pizza Hut.  Makan di situ sebab nak guna baucer kemenangan yang aku dapat daripada Majalah Aroma.  Kalau tak silap akulah tapi memang majalah masakan.  Itulah sebabnya kami terjah ke Pizza Hut.

Papa dan ammar. 

Adriana dengan aksi spontannya kalau bergambar.

Mama dan nana pula. 

Inilah baucer yang kami guna..Makan RM50 bayar dalam RM20. 

Apa yang asben baca tu.  Oh terms belakang baucer kot.

Inilah pizza yang dipesan.  Pilihan asben.  Tekak aku tetap suka super supreme.  Lain-lain pizza can not go!:D

Dan aku pesan yang ini.  Spageti aglio olio.  Betul tak ejaannya.  Aku suka kat pizza punya.  Sedap.  Itu sahaja aktiviti kami.  Bila sudah kembali berempat memang macam-macam aktiviti.  Tidaklah aku dan anak-anak terperuk sahaja.

Sekian...Bersambung lagi di lain entri.







                                                                                                        

~Live From Hotel Seri Malaysia~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan selamat hari rabu. Pagi ni aku bersiaran langsung dari Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh. Cewahhh ada gaya wartawan tak. huhu. Sila jangan gedik.

Apa aku buat kat sini?Tak keje ke?Keje okey cuma hari ini dan esok aku memang di sini kerana menghadiri Bengkel Pemantapan Pengurusan Sumber Manusia berkaitan SPA. Tahukan SPA tu apa?Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Memandangkan aku kakak kerani yang uruskan bahagian PSM itulah sebabnya aku di sini.


Sila lihat kalau tak percaya. Kalau tak mantap aku pun tak tahu.


Suasana dalam dewan. Waktu ni sedang minum pagi. Dapatlah makan tiga ketul kuih. Makan macam hape sebab pagi tadi tak sarapan. Sampai terus masuk sebabnya asben aku hantar. Hari ini banyak bersebab.

Oklah jap lagi nak mula ceramah. Sehingga kita bertemu lagi. Fyda Adim melaporkan dari Hotel Seri Malaysia. Ahaksss...

Sekian...
posted from Bloggeroid

Tuesday, December 3, 2013

~Doa Murah Rezeki~

Assalamualaikum...

Selamat tengahari semua.  Setengah jam kagi mahu rehat.  Hari ini lunch dengan asben.  Saja nak share doa murah rezeki untuk hari ini.  Memandangkan belum ada masa untuk meneruskan perjalanan cerita semasa di Sabah.  Banyak nak diceritakan tapi entah sempat atau tidak.  Sebab sudah lama berlaku.

Marilah kita amalkan doa ini.  Mudah-mudahan rezeki kita melimpah ruah.  In sha Allah....

Sekian...







                                                                                                       

Monday, December 2, 2013

~Berdua Lebih Baik~

Assalamualaikum...

Selamat petang...Ini kisah beberapa minggu lepas.  Tajuk tak menahan.  Gempak sikit.  Gempak ke?Kisahnya berlaku sewaktu anak-anak di rumah mil.  Memang masa dihabiskan untuk berdua.  Sesekali kan?Memandangkan sudah tiga bulan ditinggalkan.  Inilah masa untuk menghabiskan masa bersama.  Tengok wayang, makan dan jalan-jalan.  Bajet pengantin barulah kononnya.  Ahakks...

Sesekali kena habiskan masa berdua.  Berdua itu lebih baik.  Nak jalan jauh-jauh tanpa anak belum datang kekuatan nak tinggalkan mereka.  Jadi kita pusing-pusing dalam Melaka jelah..

Ini masa nak tengok wayang.  Wayang start jam 9.40 malam.  Gigih aku beratur nak beli popcorn.  Tengok cerita omputih.  Tajuknya Carrie.  Aku ni kalau omputih macam kurang tapi nasiblah cerita ni okey. 

 Kemudian asben bawa makan.  Makan kat ikan bakar.

Inilah wajah asben sekembalinya dia dari Sabah.  Gambar aku non ado.  Asyik-asyik muka aku je.

Oleh sebab aku penggemar ketam, asben belikan dua ekor untuk aku.  Ekor ke ketul?Huhu..Tiba-tiba tak tahu nak guna...Itulah kisah kami sepanjang ketiadaan anak-anak.  Dua hari je anak-anak tiada kemudian aku dah desak asben amik dia orang.  Mana boleh lama-lama...

Sekian...







                                                                                                         

~Hari Kedua Kami Di Kota Kinabalu~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan salam pagi isnin.  Marilah sambung cerita aku di Sabah.  Masih tak habis-habis lagi cerita di Sabah.  Banyak sangat kekangan yang buat aku tidak sempat untuk menulis.  Mana ada pilih-pilih gambar yang menimbun.  Berpinar mata.  Lepas dah pilih nak kena edit pula gambar tu.  Kecikkan gambar je.  Dah malas nak letak watermark kat gambar.  Banyak kerjaannya.  Aku ni memanjang malas.  Baca laki aku memang kena sound.  Ermmm...

Okey, bersambung hari kedua aku dan anak-anak di Kota Kinabalu.  Ahad tu pepagi sudah bersiap.  Cadangnya mahu pusing di bandar sahaja hari itu.  Nak shopping barang sikit-sikit.  Jom kita tengok gmabar sambil aku bercerita.  Aku pun dah lupa kejadiannya.


Inilah tempat menginap kami di AKMAL.


Sarapan pagi tu asben bawa makan roti cobra.  Ada adik ipar aku kata yang atas tu ular cobra ke?Uwekkss...Nasib dah sudah makan.  Bhahaha..Aku pilih ayam, asben pilih kambing.


Misi bermula di sini.  Mencari dan membeli barang-barang untuk kengkawan.  Souvenir untuk mereka.  Bukan main panas sampai berpeluh-peluh mencari barang yang mahu di cari.  Bila berpanas terik macam ni, baru teringat online shopping di Zalora Malaysia.  Tak payah bersesak-sesak begini. :D


Yang tak menahan kena dukung ammar.  Dia tidak mahu berjalan.


Kepenatan yang amat sangat.  Berehat kejap di kaki lima.


Kejam tak mak budak ni.  Bhahaha...


Biarkan si anak menangis.  Dia lebih gigih menangis daripada berjalan.


Sudahnya papa yang dukung.  Aku memang tak larat.


Pikul beg plastik ni dengan kamera dah mencukupi.


Jalanler tiga beranak kat depan tu.


Mak ai...laju betul dua orang tu jalan.


Akhirnya sampai juga di kereta.  Memang jauh gila jalan.  Nasib tak gila.  Huhuhu...


Papa dan nana.  Ammar sudah berada dalam kereta.  Inilah kereta sewa kita orang di sana.

Kemudian kita orang makan tengahari.  Inilah makanan untuk aku.

 Ammar mahu makan sendiri.


 Adriana pula dengan lauk pilihannya.


Lepas tu kita orang pergi ke pasar.  Apa namanya?Lupa sudah.  Abaikanlah...Korang tahu kut.


Belilah segala macam.  Udang kering, ikan bilis, keropok apa ntah namanya.  Sebut tahu eja tak tahu.


Sempat bergambar.


Papa sibuk memilih.  Ammar tengok mama dan mama snap.


Kemudian kami ke menara.  Melihat permandangan dari atas.


Aku dan anak-anak.


Masih lagi gambar aku dan anak-anak.


Adriana dan ammar pula.  Macam-macam pose dia orang.


Aku hanya duduk di sini memerhatikan permandangan.  Menarik!Dari sini kita orang ke tepi pantai.  ceritanya di lain entri.  Nanti akan dituliskan.  Bagi aku sedikit masa ye.  Sekian dulu entri untuk hari ini.







                                                                                                        


Sunday, December 1, 2013

~Selamat Datang Disember!~

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua.   Disember sudah membuka tirainya.  Ini bermakna sudah tidak lama lagi tahun 2013 bakal ke penghujung. Pejam celik pejam celik sekejap sahaja kita mahu melangkah ke tahun yang baru.  Azam baru tidak lagi difikirkan memandangkan azam-azam yang lama ada yang masih belum terlaksana.

Apa yang bakal terjadi Disember ini?Tak ada yang istimewa.  Mengharapkan sesuatu yang lebih baik untuk akan datang.  November pergi meninggalkan 1001 kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila.  Kenangan pahit buat diri aku.  Biarlah yang berlalu biar berlalu.  Walaupun terkadang dalam hati tidak dapat melupakan sepenuhnya apa yang sudah terjadi.  Biarlah menjadi rahsia buat diriku sendiri.  Aku masih seperti biasa.  Menjalani rutin harian sebagai seorang isteri dan juga mama. 

Disember, please be good.  Semoga setiap kesedihan yang berlaku akan diberi kegembiraan berpanjangan selepas ini.  Setiap yang berlaku pasti terselit hikmahnya.  Sekian....