Wednesday, September 21, 2011

~Cerita Kami di Kelantan - Day 2~

Salam dan selamat petang. 

Kembali lagi di sini untuk menyambung cerita aku dan family di Kelantan.  Dari pagi tadi upload gambar tapi tak terkarang.  Tak tahu mana nak mula cerita sebab hari nie mood aku agak kurang ok. 

Dah nak balik nielah baru ada feel untuk menaip.  Mari aku mulakan cerita aku untuk hari kedua di Kelantan.  Pagi-pagi tue aku dah bangun.  Malam tue letak jea kapala terus lelap.  Punyalah mengantuk dan letih.  Macam aku pulak yang jadi drebar.  hehehe. 

Mak ngan ayah aku dah turun untuk breakfast dulu.  Family aku seperti biasaler memang lambat.  Mana nak kejutkan si adriana, 'nana, tak nak bangun.  nana nak tido.'  Sabar jealah.  Penat gak nak bangunkan adriana.  Dah bangun tak mahu jalan sendiri ke toilet.  Mangsa dukung mamaler.  Tapi idak jugak mamanya kurus.  huhuhu

Then, kami semua siap-siaplah.  Adik aku call kata dia orang breakfast kat luar sebab makanan yang disediakan sikit bebenor.  Oklah kita orang pun memang nak minum kat luar.  Tapi dia orang pi minum dululah.  Bila dah siap semua berkumpul di lobi.

Kami semua berkumpul untuk ke destinasi pilihan
Inilah tempat penginapan kami semasa di Kelantan.  Bolehlah.  Selesalah jugak.  Kami dapat duduk hotel murah-murah jea.  Semalam harga RM98.  Tapi dapat RM88 sebab guna gov rate.
Pandang sini semua!!!
Dari tadi gambar aku tak ada, haruslah ada yea.  Penulis blog kenalah ada kan???
Kami pergi breakfast dulu.  Mak, ayah, adik dan adik ipar aku melencong ke Pasar Siti Khadijah.
Turn mama pulak jaga ammar.
Kemudian, kami menuju ke sini.  Apa nama tempat nie?Mak dan ayah aku seiring sejalan..hehehe
Tengok-tengok port yang menarik untuk bergambar
Adriana dan nenek.  Tengoklah adriana.  Berkaca mata kepunyaan neneknya.  Dialog mak aku 'Mama xpandai bergaya anak pulak yang pandai' :-)
Ok, kami bergambar di sini.  Gambar family.  Nasib ada mr tripod bolehlah cukup korum.
Kami berempat pulak.
Kami bergambar bersama mak dan ayah aka atok dan nenek.
Kemudian, kami singgah di jeti.  Dah lama tak bergambar berdua-dua sejak ada handbeg.  hehehe
My adik and his wife.  Pose sangat menarik.
Kemudian kami ke Pengkalan Kubor.  Dalam perjalanan nampak perarakan untuk Merdeka.
Jalan jammed.  Kete kat depan kete aku.  Nie adik ipar aku snaplah sebab masa nie kamera ada kat dia.
Tesco Kelantan.  Tahun 2007 aku datang belum ada lagi.  Baru nak buat sekarang dah siap dah.
Kami ke sini untuk membeli apa yang patut.  Aku adalah beli periuk gak.  Maklumler dah duduk rumah sendiri kenalah beli sendiri.  Lupa pulak nak snap barang-barang tangkapan di sini.
Papa dan anak-anak.
Aku dah selesai membeli.  Sedang menunggu mereka-mereka.  Kereta biru di parking kereta adik aku.
Otw balik ke hotel.  Ini untuk sesi pagi.  Kami pulang ke hotel sebab sebelah petang mahu ke rumah makcik.  Nikah selepas solat jumaat.  Harus bersiap-siap.  Ketua rombongan (asben aku) suruh siap pukul 3 petang dah kena gerak.

Sekian dulu untuk sesi pagi kami pada hari kedua kami di Kelantan.  Nanti smabung lagi yea.  Gambar banyak sangat pening nak pilih. 

Monday, September 19, 2011

~Perjalanan Kami Yang Sangat Jauh - Day 1~

Salam kepada semua bloggers yang sudi menyinggah di blogku ini...

Nak cerita berkenaan cuti 3 hari yang lepas.  Ke manaku??Ke manakah destinasiku?Aku ada buat entry di sini.  Pada sesiapa yang ada baca entry tue mesti sudah tahu ke mana destinasi aku sekeluarga.

Khamis pagi yang lepas, aku dan family aku bertolak ke Kelantan untuk menghadiri perkahwinan dua pupuku.  Sepatutnya nak bertolak pukul 9 pagi tapi haruslah ada drag masa.  Lebih-lebih lagi family aku sebab nak menguruskan 2 askar.  Baru 2 orang askar macam haru-biru.  Kelam kabutlah sikit.
Siap-siap semua kita orang bertolak dalam pukul 10 pagilah jugak.  1 jam dah drag masa.  Perjalanan pun bermula...Off to Kota Bharu, Kelantan.  Yihaaaaaa...

Jom tengok beberapa keping gambar untuk trip kami ke Kelantan - Day 1. 

Kereta adik aku.  Perasan pulak mamat nie aku amik gambar.
Aku di dalam kereta menuju ke destinasi yang jauh.  Kira holidaylah jugak.  Untuk yang pertama dalam tahun ini.
Mr drebar.  Fokus yea bang.  Kami mahu sampai dengan selamatnya.
Aku yang yang co-pilot.  Bohsan yang amat.  Nak lelap tapi tahan mata.  Aku kena teman orang sebelahku untuk berbual-bual.
Ammar sedang nyenyak tidur di belakang bersama nenekanda.  Adriana naik kereta adik aku. 
Ammar sudah bangun!!!
Berkonvoi...Kereta biru di belakang kereta adik aku...
Ammar nak meniarap pulak.  Ingat kat rumah ke nak oi...
Kami berhenti rehat sebentar bersama kit kat untuk makan tengahari.  Bawak bekal dari rumah yea. Jimat!!
Adik ipar aku sedang makan nasi goreng yang dimasak oleh kakak iparnya.  Kahhhhh
Makan cepat. Nak meneruskan perjalanan lagi.
Mama dan ammar, my little hero.
Makan jangan tak makan.
View Sungai Pahang..
Meneruskan perjalanan kami...
Bilalah nak sampai...Dah kematu montot nie!!!Dah macam-macam posisi aku duduk.
Hilangkan ngantuk amik gambar.
Kat mana aku amik gambar nie pun aku dah lupa.  Dah amik haruslah letak kan??
Kami selamat sampai di Kelantan jam 10 malam.  Kami check in hotel dulu.  Then kami pergi menunjukkan muka kejap ke rumah mak cik aku.  Dia pun suruh datang dulu ke rumahnya.  Suruh makan kat sana jea.

Lepas tue balik semula ke hotel, masing-masing udah terbongkang.  Meregang-regangkan otot dan melurus-luruskan kaki.  Yang tak drive pun letih.  Apatah lagi orang yang jadi drebar.  Lagilah penat.  Tengoklah budak 2 orang sudah terbongkang.  Kepenatan kan jalan jauh.  Ammar dapat jea katil mulalah lakukan aksi golek-goleknya.  Maklumlah duduk dalam kete tak boleh nak golek-golek, tak boleh nak pusing-pusing.

Note>>Oklah, entry untuk hari ke dua kami di Kelantan akan menyusul.  Pergi jauh-jauh penyakit 'M' dari dalam diriku ini...Syohhhhhhhh

Sunday, September 18, 2011

~4 Tahun Lepas Kami Pergi Berdua~

Salam semua...

Saje nak cerita pasal aku dan asben ke kelantan 4 tahun lepas memandangkan aku dan family baru jea balik dari Kelantan pagi tadi.  Enpat tahun lepas kami pergi berdua.  Masa nie asben temankan aku untuk berkursus di Kelantan.  Sambil kursus sambil makan angin.  Lagi pun masa nie aku tengah morning sickness.  Aku pregnantkan adriana masa nie.  Kalau tak silap aku pregnant dalam 2 bulan.  Jadi, asben aku temankan aku ke sana untuk berkursus dan dia berjalan.  Nasib baik ada makcik dok kat Kelantan.  Masa sampai kami menumpang semalam di rumahnya.  Memandangkan aku kena lapor diri untuk berkursus dan aku kena menetap di hotel.

Masa tue aku berkursus di Hotel Riverview.  Lima hari kami di sana.  Asben kenalah amik cuti sebab nak temankan aku.  Oklah jomlah tengok serba-sedikit gambar-gambar kami semasa kami di sana. 

Di Pantai Cahaya Bulan.  Mabuk pun tahan jea sebab nak berjalan punya pasal.
Aku dan asben.  Masa nie asben aku berisi kan.  Aku pulak selim.  Huhuhu...Cuba bandingkan sekarang.
Tempat patung yang baring nie apa panggil...
Di bilik hotel tempat aku berkursus.
Bersama roomate bilik hotel.  Kakak nie dari Pejabat Kebajikan Johor.
Permandangan di belakang hotel..
Kami berdua...
Nie pulak otw nak balik Melaka.  Singgah di Terengganu
Di Kuala Terengganu...
Jumpa kawan aku masa belajar di Politeknik.
Last picture, aku dan asben di Terengganu.  Di Pantai Batu Burok.

Note>>Tak sabar nak cite pasal perjalanan kami ke Kelantan...

Thursday, September 15, 2011

~Esok Kami Ke Sini!!!~

Salam semua...

Kami akan bertolak esok pagi.  Tahu ke mana destinasi kami???Tengok gambar nie mesti semua tahu kat mana tempat yang aku akan tuju esok hari.  Mak dan ayah aku ikut sekali untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku dan secara tidak langsung boleh dikatakan pergi HOLIDAY sebab sudah berabad lamanya aku tidak kemana-mana  berjalan-jalan dengan family.  Sejak asben aku sudah tukar ke Kuala Linggi memang kami tidak ke mana.  Dan ini juga 1st trip untuk my lil boy.  Behave well yea my dear son.  Adriana pun pertama kali sampai ke sinilah. 


Ini gambar aku amik masa aku pegi tahun 2007.  Masa nie aku menghadiri kursus dan masa aku ke sini aku sedang mengandungkan adriana 2 bulan.  Sekarang adriana dah 3 tahun 8 bulan baru dia nak sampai sini.  Yelah, kalau tak ada apa-apa hal mesti tak sampai ke sini kan.  Doakan kami selamat pergi dan selamat sampai serta selamat pulang.  Insyallah..Amin

Wednesday, September 14, 2011

~2 Syawal Bersantai-santai Di Rumah~

Salam kepada semua yang sudi singgah di blogku ini...

Kembali lagi.  Gigih untuk update pasal cerita raya.  Lepas nie nak tutup cerita hari raya.  Hihihi.  2 Syawal kami berada di rumah.  Kami masak-masak sebab hari tue family asben aku, my mil, ipar-duai dan sewaktu dengannya nak datang beraya ke rumah.  So, haruslah prepare makan-makan untuk tetamu.

Tidak ada apa yang menarik, aku just masak nasi tomato, ayam masak merah, dalca daging, sayur goreng dan acar timun.  Gambar makanan non ado.  Salahkan my asben hokey.  Sebab dia yang amik gambar.  Family asben sampai dalam pukul 2 petang.  Oklah untuk makan tengahari dan makan petang.  Hehehe. 

Apalagi, jom layan gambar.  Kali nie jurukamera diambilalih oleh mr asben.  Ntah apa-apaler yang diamiknya.  Huhuhu..

Yang baju merah adik ipar no-5.  Yang sebelah anak buah asben (anak along)
Hidangan sudah tersedia di atas meja.  Itu kak long.  Masa nie tengah tunggu hari.
Yang nie family adik ipar no-3 (anak no 3).  Yang baju putih anaknya, alya cukup takut dengan asben.

Menjamu selera..

Saya di dapur..Penat jadi chef yea.  Mil aku potong lemang.
Anak sapelah nie???


Budak-budak bermain di luar rumah.
Sudah mahu pulang..Adik birasku.  Dia panggil aku kakak biras.  kahhhhh
Sebelum pulang seperti biasa mari kita bergambar.  Korum cukup cuma asben aku tak ada dalam gambar sebab dia yang jadi jurukamera.

Note>>Kakak ipar asben aku sudah bersalin sehari selepas kejadian di rumahku ini.  Nanti aku letak gmbar baby pulak yea...