Friday, May 20, 2011

~Saya Masih Belum Berjaya~

Assalamualaikum...

Saya masih belum berjaya???berjaya untuk apakah itu??pasti orang tertanya-tanya kan?
Saya masih belum berjaya untuk mengajar adriana untuk tidak memakai pampers sepenuhnya.
Adriana masih belum free diapers lagi...
Oh macam mana nak buat nie??

Aku sudah mula mengajar adriana untuk tidak menggunakan pampers lagi.
Bolehler jimat sikit..huhuhu
Lagi pun adriana dah 3tahun 4bulan hari ini.
Mula-mula memang ok jea.

Adriana kalau nak kencing memang dah boleh cakap.
Bab kalau nak buang air kecik dia tak ada masalah.
Bab nak buang air besar nie dia ada masalah sikit.
Adriana akan bagitahu mamanya nak buang air besar.
Aku pun kelam-kabutler bawak dia pi toilet.
Jenuh gak dia mencangkung sekali dia cakap mama tak jadilah.  tak nak keluar pulak.

Lama-lama adriana sendiri mintak aku nak pakai pampers.
Dalam 10 minit dia pun kata dia dah buang air besar.
Abislah dia sembunyi bawah mejalah, belakang pintulah untuk melepaskan hajatnya itu.

Macam mana yea??
Ada tak kawan-kawan yang pernah mengalami situasi seperti aku???


Adriana posing bersama pampers ammar...
Harap-harap tahun nie jugak adriana dapat free diapers.
Ingat aku cuti 3 bulan nie berjayalah misi aku nie..
Tetapi tidak berjaya...;-(


Thursday, May 19, 2011

~Wordless Today~


Inilah harta yang saya ada. 
Saya sayang mereka!!!

Wednesday, May 18, 2011

~Outing Day~

Salam..

Bertemu kembali.  Ini sambungan cerita 'Teringin' tadi iaitu kisah aku teringin makan cendol.  Semalam aku dan bestfren aku masa sekolah, Liesa keluar dengan membawa anak masing-masing tapi yang baby tinggal di rumah yea.  Kami masing-masing baru jea lepas bersalin selang sebulan jea.  aku bersalin bulan februari, liesa bersalin bulan mac.  dua-dua baby boy.

Berbalik kepada entry hari ini, semalam aku dan liesa keluar untuk mencari sesuatu untuk adriana dan anaknya rania untuk digunakan pada wedding adik aku nanti.  kami cari yang murah-murah jea.  jenuh jugaklah mencari. 

Mula-mula kami pi Keluargaku tak ada satu pun yang berkenan di hati.  Lepas tue pi Hari-hari ada yang suka tapi tak ada size budak-budak nie.  Akhirnya kami ke Tecso beli dekat bintang fesyen jea.

Sebelum nak mencapai misi kami untuk membeli dok melayang budak berdua nie.  pantang nampak permainan semua nak dinaiknya.  berebut janganler cakap.  terjerit-jeritlah dua orang mama mia nie.  hehehe..

Jom layan gambar dia orang...

Masuk troli..tak larat nak berdukung

adriana sudah kebosanan

bila dah dapat naik benda ala nie masing-masing bukan main seronok lagi



sekali dah bagi naik, nak naik yang lain pulak. 
layankan jealah mama-mama oi...


Inilah sebenarnya benda yang kami cari-cari...
Gaun untuk dipakai pada majlis perkahwinan adik aku nanti..
Budak berdua ini ditugaskan untuk menjadi 'Flower Girl'...
Macam manalah nak handle budak2 nie nanti...hehehe

Sekian..
Sampai kita bertemu lagi di lain entry yea.

~Teringin~


Sedapnya tengok gambar nie..
Tiba-tiba tekak nie teringin pulak nak makan cendol...
Semalam kuar jalan aku dah dapat makan cendol dah pun.
Dah tak menahan da...cendol aiskrim lagi.
Nyum..nyum...
Ada sesiapa yang teringin nak makan cendol macam aku tak??

Tuesday, May 17, 2011

~Kenduri Kesyukuran dan Kenduri Masuk Rumah Baru~

Salam semua...

Ini adalah cerita yang lapok sebab aku tidak berkesempatan untuk mengupdate blog aku ini.  Ini hanya kenduri kecik-kecik jea.  Hanya buat untuk family jea.  Kenduri kesyukuran sepatutnya memang nak buat lama dah sebab asben dapat keje baru tempoh hari.  tapi sebab aku mengandung dan biasalah alahan aku yang teruk tue maka tertundalah hajat kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran.

Alhamdulillah akhirnya kami berkesempatan jugak untuk mengadakan sedikit kenduri kensyukuran dan kenduri masuk rumah baru. 2 in 1...senang kan??

Walaupun sudah sebulan kenduri itu diadakan (16/04/11) tapi aku tetap ingin mencoretkan cerita ini di sini.  penat amik gambar kan??lagipun ini sebagai satu kenangan buat aku.  bila-bila nanti boleh diimbas kembali bukan.

Jom kita tengok picture.  tapi tak laratlah nak upload semua.  banyak sangat anak buah aku amik gambar dalam kamera aku nie.  Ini jea yang termampu...

aktiviti memasak di dapur..sempat berposing lagi yea...


inilah antara juadah yang disediakan
orang-orang kuat


antara tetamu perempuan


ammar dan obek watinya...

Sekian...Ini saje ceritanya..Jumpa di lain entry yea...

Monday, May 16, 2011

~Apa Cerita Adriana?~


Salam semua..
Apa cerita adriana eh?apa cerita adriana sejak adanya ammar?asyik cite pasal ammar jea kan.  kali nie biar aku cite kisah adriana pulak yea.  saat aku menaip entry nie adriana sedang tido.  kepenatan asyik dok main jea.

kisah adriana sejak adanya ammar.  bagaimana reaksi si kakak terhadap adiknya?
kadang-kadang dia sangat ok pada adiknya.  datang moodnya tak elok abis adiknya dibulinya.  ditarik rambutlah, stokinler dan macam-macamlah.  apa yang aku buat pada adiknya kena buat pada dia jugak.  tetiba pulak adriana suka merangkak macam baby.  dia suruh aku panggil baby pada dia.  macam-macam karenah si kakak.  jadi, aku memang berjaga-jaga 24 jam/7.  janganlah lepa sikit ada jea nanti dibuat pada si adik.  bila kita tak nampak dia cakap pulak apa yang dia buat pada adiknya.

memang sangat-sangat mencabar melayan karenah si adriana.  hanya kesabaran yang amat diperlukan.  mungkin dia inginkan perhatian.  kadang-kadang adriana tanya aku 'mama tak sayang nana?' mungkinkah dia fikir yang mamanya tak sayang padanya lagi.  perasaan budak-budak.  jadi kita harus tidak membuatkan dia terasa dengan kehadiran adiknya.  kadang-kadang memang kesian tapi selagi dia masih di depan mata aku kira oklah.  dia pun pandai bawak diri.  setakat menyepahkan barang memanglah.  da namanya pun budak. takkan kita nak merungut pulak.  apa yang aku harapkan agar aku dapat bersabar untuk membesarkan adriana dan ammar dan aku tak naklah melepaskan geram pada mereka berdua.  anak-anak adalah segalanya.  anak-anak penyejuk hati.  kalau penat tengok muka dia orang hilang segala kepenatan.

mama sayang adriana.  kasih sayang aku terhadap adriana tak pernah berkurangan walaupun dengan kehadiran ammar.  dengan telatah dan celoteh adriana sekarang buatkan aku bertambah sayang.  ada jea benda yang dia nak cakap.  tapi lately nie suka sangat dia cakap 'HANTU KAK LIMAH'.  sangat tidak bagus.  kalau cakap malam-malam aku pun seram...hehehe..

tapi sekarang adriana semakin sayang dengan adiknya.  udah tidak dibuli lagi si adik tue.  mungkin sekarang adiknya dah bagi respond bila si kakak mengagah.  pernahlah aku suruh adriana agah adiknya.  adriana kata 'agah, agah..'macam-macam si kakak nie...

sekian untuk kali ini.  nanti kita sambung dengan kisah lain.

Nota Mama>>Petua orang tua-tua kata kalau nak adik beradik erat simpan tali pusat dorang kan...