Wednesday, March 13, 2019

Majlis Tahlil Dan Yassin

Assalamualaikum.

Entri lama juga. Peristiwa ini seminggu selepas kepulangan obek ke alam sana. Kami sekeluarga mengadakan Majlis Tahlil dan Yassin secara kecil-kecilan. Memandangkan ketidakcukupan kakitangan, kami hanya memesan orang masak sahaja.

Aku pula dapatlah masak bihun goreng. Ringkas sahaja. Itu pun aku dah siap-siap masak kat rumah. Jadi aku angkutlah kuali ke sana. Sejenis tak boleh dan tak reti nak masak dekat rumah orang. Itu yang aku suka masak rumah sendiri dan waktu itu biar aku sorang saja di dapur. Suami aku sahaja yang boleh ada. Hahaha. Kalau orang lain aku boleh jadi nervous.

Kami-kami sahaja mana yang rapat.

Kaum hawa.

Anak buah aku yang petik gambar ini.


Inilah hasil air tanganku.

Orang dapur makanlah di dapur.


Usai bacaan yassin tetamu dijemput makan.

Merata-rata duduknya.

Aku dan bibik aku. Entah apa yang disembangkan.

Ini baru bergambar yang sebetulnya.

Melambai kepulangan para tetamu.

Itu sahaja catatan ringkas untuk ditatap gambar-gambarnya satu hari nanti. Bila baca dan melihat gambar-gambarnya akan terubat rindu.

Salam pena,
Fyda Adim


No comments: