Thursday, September 13, 2018

Selamat Hari Lahir Myra Ariffin

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

13 September 2018, ulangtahun kelahiran Amirah Ariffin, anak buah aku yang ke 28 tahun. Sekejap sahaja dia sudah menginjak ke angka dua puluh lapan tahun. Kami membesar sama-sama. Aku sudah mengulit dia sejak kecil. Hahaha. Walhal masa tu aku baru darjah satu. Mana tidaknya teruja masa tu bila ada baby kat rumah.

Situ Mira. 
Sini Mira.

Kiranya dia baby rebutan selepas beberapa tahun tak ada baby dalam keluarga kita orang. Aku beza dengan dia tujuh tahun dan beza dengan emaknya tujuh belas tahun kalau tidak silap. Memang kita orang rapat. Aku rapat dengan maknya iaitu kakak sepupu aku memandangkan kakak sepupu aku tu anak tunggal.

Jadi hingga sekaranglah keakraban itu masih terjalin. Dulu memang gedik nak pakai baju sama dengan dia. Tapi kita orang membesar sampai umur berapa tahun lepas tu dia orang duduk Sarawak lama juga dalam 10 tahun rasanya. Tapi bila balik Melaka memang stay rumah aku. Jadi memang dia ni berani nak lupa makcik dia yang dia panggil bibik dan bila keluar dia akan buli bibik dia serupa bibik.

Pernah sekali tu keluar, sudahlah tangan kiri kanan penuh barang. 
Dia terjerit-jerit dari jauh.

"Bibikkkk..."

Kau rasa?
Acah-acah bawa 'bibik' jalan-jalan.
Hahaha.

Marilah nak kongsikan gambar kita orang berdua. Mana yang jumpa aje. Malas nak cari sebab terlampau banyak sangat gambar yang ada. Naik juling mata menengoknya.

Sedondonnya kami sewaktu majlis resepsi adiknya.

Kami memang gila bergambar.

Persamaan kami adalah anak sulung dan sekarang dua-dua sudah bergelar mama. 

Gambar kami masa kecil. Dia ni dulu kuat melalak. Asyik melalak aje kerja dia. Menyampah aku kalau melayankan dia melalak. Yelah, jarak dengan adik dia setahun. Itu mengada-ngada. Hahaha. Kesian. 

Masa ni aku dah kahwin dan anak sorang. Dia belum lagi. Tak silap gambar ni masa tahun 2009 masa mak ayah aku nak pergi menunaikan haji. Kita orang buat kenduri. 

Akhir kata, buat kak long bibik ucapkan selamat hari lahir. Semoga dengan penambahan umur ini akan menjadikan diri semakin matang dalam kehidupan. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat. Apa saja doa yang baik-baik akan mengiringi kehidupanmu. Bibik sayang kak long foreverrrrr...

Sekian, daripada bibikmu yang comel. Hahaha. 

Salam pena,
Fyda Adim


1 comment:

TheEunola said...

wahhhh, anak menakan sama besaq ng mak menakan. boleh jadi bff gittew. btw, selamat hari lahir anak sedara kak fyda