Friday, July 23, 2021
Saya Sudah Lengkap 2 Dos
Friday, July 2, 2021
Jangan Lupakan
Assalamualaikum.
Hai.
Selamat datang Julai. Selamat tinggal Jun yang manis walaupun ada pahitnya dalam Jun ini memandangkan ahli keluarga aku ada yang dijangkiti Covid-19. Mohon doakan kesembuhan buat mak mentua dan adik ipar nombor 4 yang kini sedang dirawat di hospital. Biras dan anaknya berusia setahun lebih di PKRC MiTC serta adik ipar nombor 5 cumanya semalam dia sudah dibenarkan pulang. Dikhabarkan pula anak buah anak kepada adik ipar nombor tiga kini pula positif. Hari ini akan dibawa ke pusat kuarantin.
Entri kali ini aku kongsi sebuah video pendek. Penangan menonton video Remy Ishak di Instagramnya. Saja buat memandangkan lagu video ini membuatkan hati terasa sesuatu. Jadi buat sendiri untuk kenangan.
Lagu latarnya berjudul Jangan Lupakan nyanyian Nidji. Rentak lagunya mendatangkan sebak. Lagu ini apabila dilihat pada liriknya untuk kisah percintaan.
Itu sahaja entri untuk pembuka Julai. Harap Julai ini aku dapatkan habiskan manuskrip yang sudah lama terperam. Entah bila nak habis.
Aku kongsikan lirik lagi di bawah video. Selamat menonton. Jika nak mendengar celoteh aku bolehlah ke channel aku di Youtube. Sudilah kiranya SUBSCRIBE, LIKE, KOMEN dan SHARE. Minta maaf jika ada kekurangan.
Semoga kita semua dilindungi dan dijauhkan daripada wabak yang sedang melanda dunia. Aamiin. Sehingga bertemu lagi di lain entri.
Dan dia pun kini telah pergi
Ku berdoa di tengah indah dunia
Ku berdoa untuk dia yang kurindukan
Dan jangan engkau pergi lagi
Berselimut di tengah dingin dunia
Berselimut dengan dia yang kurindukan
Would it be nice to take you home...
Would it be nice to kiss you..
Dan jangan engkau pergi lagi
Bernyanyilah na na na na na
Bernyanyilah untuk dia yang kurindukan
Tuesday, June 29, 2021
Menang Peraduan
Assalamualaikum.
Hai semua.
Seperti tahun sebelum-sebelumnya, adalah waktu-waktunya yang aku rajin melayan peraduan. Gigihlah mencari apa-apa peraduan. Banyak aje peraduan di Facebook atau di Instagram. Kebetulan hari raya, ada saja peraduan. Biasa nak gambar kreatiflah, gambar masakanlah.
Jadi aku nak kongsikan beberapa peraduan yang telah dimenangi. Walau kecil nilainya tetap bermakna. Hasil berhempas-pulas kononnya.
Aku coretkan di sini sebagai kenangan. Mana tahu ada yang berminat nak menyertai mana-mana peraduan pula.
Duduk rumah, aku cuba cipta pelbagai aktiviti agar tidak dibelenggu kebosanan. Sudah rasa serabut dengan keadaan sekarang.
Itu sahaja perkongsian ringkas untuk malam ini. Sebenarnya tiada mood nak menulis tetapi paksa diri juga. Manuskrip masih lagi belum berapa gerak. Menuju ke 60 ribu patah perkataan. Harap dipermudahkan urusanku.
Wednesday, June 23, 2021
Stres Melampau
Assalamualaikum.
Hai gais.
Sejak dua tiga hari ini stres dan tahap kerisauan agak melampau. Mana tidaknya sejak Ahad apabila diberitahu adik ipar positif Covid-19 mulalah cemas datang. Terfikir mak mentua pula sebab dia ada di rumah emak.
Ceritanya melarat sehingga ke hari ini apabila semalam emak dan adik ipar yang bongsu disahkan positif Covid-19. Kelmarin suruh mak dan adik ipar lakukan swab test di klinik swasta sebab mak dah mula sakit tekak. Adik dah mula selsema.
Dan keputusannya dapat semalam. Sebaik tahu positif maklumkan pada KKM dan KKM dah dapat laporan daripada klinik yang mereka lakukan swab test.
Mulanya agak merisuakan apabila setiap kali telefon mak, suara lemah saja. Katanya demam. Badan lemah. Mana tak risau.
Usai tahu, mak dan adik ipar positif, kita orang kat sini pun tak keruan. Datanglah yang sakit kepala. Yang tiba-tiba kata sakit dadalah. Yang selsemalah. Yang jauh pun terkesan. Bukan apa lemah semuanya. Dia macam down kejapan.
Sewaktu mak nak buat swab test.Ini suasana di PKRC MiTC. Mak mentua hantar gambarnya. Katanya minta tolong kawan baharu hantarkan pada kita orang di grup famili.Hari ini kes naik lagi. Hari-hari tinggi. Kejap naik kejap turun. Bilalah nak habis?
Saturday, June 19, 2021
Mi Basah Bonda
Assalamualaikum.
Hai semua.
Hari ini masak apa? Entri kali ni cuma nak berkongsi resipi. Mi Basah ni mak selalu masakkan. Aku suka sangat mi basah ni. Ringkas saja cara menyediakannya. Bahan-bahannya pun tak adalah rumit mana. Boleh saja gunakan apa bahan yang ada dalam peti ais.
Mana tahu yang tak ada idea nak masak apa bolehlah mencubanya. Boleh saja tambah apa yang korang nak masukkan bahannya. Ikut suka. Nak masuk udang ke, sotong ke, ayam ke. Ini bahan yang ada dalam peti ais aku.
- Panaskan sedikit minyak. Kemudian masukkan mi Numee dan letakkan kicap manis. Gaul bagi rata dan angkat ke dalam mangkuk.
- Tumis bawang kisar hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Ikut sukatan cili nak banyak mana.
- Tumis sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan daging dan sotong. Terpulanglah nak masukkan udang ke ayam ke.
- Dah agak masak masukkan air. Ikut cili banyak mana. Jangan cair sangat.
- Masukkan bebola ikan dan fishcake. Apabila sudah mendidih masukkan kiub ayam.
- Masukkan sedikit sos cili dan juga sos tomato. Kemudian masukkan sos kicap pekat dan sedikit kicap masin. Letak garam sedikit sebab dah guna kicap masin.
- Jika nak pekat kuahnya boleh letakkan sedikit tepung jagung tapi saya tak letak.
- Tunggu sehingga mendidih dan boleh tutup api.
- Sedia untuk dimakan. Letakkan mi dalam mangkuk dan curahkan kuahnya. Taburkan cili merah yang telah dihiris dan bawang goreng.
Itu sahaja perkongsian untuk hari ini. Selamat mencuba!
Boleh layari blog aku satu lagi INI CERITERA AKU.
Xoxo.
Salam pena,Fyda Adim
Friday, June 18, 2021
Saya Sudah Divaksin
Assalamualaikum.
Hai semua.
Alhamdulillah, tanggal 17 Jun 2021 aku telah mendapat slot untuk vaksin Covid-19. Dapat tahu dari jabatan sehari sebelum hari kejadian. Aku dapat slot bawah jabatan. Jadi beramai-ramailah satu jabatan ke tempat vaksin pada hari kejadian.
Masa dapat tahu esoknya akan divaksin, hati sudah tidak keruan. Aku ni sudahlah penakut jarum. Macam tak bersedia saja. Mulalah gundah-gulana hidupnya. Aku sudahlah baru diserang gatal-gatal satu badan. Beberapa hari lepas dek tak tahan kerana kegatalan, aku menyerah ke klinik. Dua malam aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Doktor tanya nak injection atau tidak. Aku jawab nak makan ubat dulu. Kah!
Dasar penakut!
Akhirnya, kena juga suntik vaksin. Ini memang tak boleh nak elak. Takut ke seram ke, kena juga hadap. Tawakal saja. Alhamdulillah sebelah malam aku boleh tidur. Kalau boleh tidur tu tak adalah ketara sangat kerisauannya.
Inilah suasana pagi itu.
Aku yang semakin menghampiri giliran.
Dan akhirnya, selesai semuanya setelah bermacam-macam rasa yang membelenggu diri. Masuk saja dewan mula dari kaunter 1 hinggalah ke tempat pemerhatian. Masa kat kaunter 1 aku sudah maklumkan pada jururawat tentang masalah yang baru berlaku pada diri aku. Ekzema. Jururawat bawa berjumpa dengan doktor dulu samada aku boleh ambil vaksin atau tidak. Kemudian doktor kata boleh.
Aku dan Azeeq. Kami berdua asal Melaka jadi kenalah bergambar sebagai kenangan. Orang Melaka vaksin di Jaybee.
Kawan aku lagi dua ni di belakang. Jadi tak dapat nak bergambar bersama. Dapat gambar dia orang dalam grup saja.


































