Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat tengahari semua. Masih lagi peringkat mahu menghabiskan cerita-cerita basi. tak bercerita di sini dirasakan sayang pula. Akan datang boleh dijadikan kenangan. Kadang aku sendiri baca apa yang aku tulis. Jadinya titipan ini buat tatapan diri sendiri. Orang lain yang baca sudah dikira bersyukur kerana ada yang sudi singgah di sini.
Ini kisah sehari sebelum aku dan suami mula bekerja. Kali ini kami cuti lama juga dan kami dapat cuti bersama-sama. Inilah masanya. Jadi hari itu kami hanya pusing-pusing bandar Melaka. Tahun ini agak kurang berjalan ke rumah orang. Pergi yang penting-penting aje. Kalau tahun lepas merata juga kami beraya. Pusing-pusing bandar Melaka kami singgah di Kampung Jawa.
Pekena rojak.
Pekena cendol.
Selesai makan kami ke Aeon Bandaraya.
Anak-anak ajak singgah tempat mainan.
Layankan ajelah budak berdua ni.
Kemudian dekat nak sampai rumah singgah dulu kedai gunting rambut. Berhadapan taman kita orang je kedai ni. Rambut Ammar sudah panjang. Sebelum raya tak sempat nak bawa ke kedai. Selesai semuanya kami pun pulang dan bersiap keperluan untuk mula bekerja esoknya.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi ahad. Selamat berhujung minggu. Hari ini kami di rumah aje memandangkan encik suami tiada. Dia keluar daerah menghadiri Sukan Kastam. Jadi tinggal lah aku dan anak-anak. Memang nampak gayanya bertapa sahaja di rumah. Sejak semalam algi memang melepak di rumah. Tidakler rajin aku nak keluar bertiga.
Mari sambung dengan entri seterusnya. Malam tadi gigih bersengkang mata gara-gara mahu menulis entri-entri yang sudah banyak ketinggalan. Aduh memang lenguh tangan. Otak pun dikerah bekerja keras untuk mengeluarkan bait-bait kata.
Ini kisah 4 Syawal. Hari itu aku dan suami masih lagi bercuti. Kebetulan sepupu-sepupu aku dari Johor beritahu nak datang beraya ke Melaka. Memang haruslah aku bertungkus-lumus menyiapkan menu-menunya.
Menunya nasi tomato, ayam masak merah, kari daging dan arca timun. Ada menu sampingan yang lain. Malas nak sebut.
Tetamu dari Johor sudah pun tiba.
Gambar blur pulak. Ini memang kerja laki aku.
Dua orang perempuan yang bertudung biru dan ungu adalah adik-adik ayah aku.
Dah alang-alang aku panggil kawan-kawan opis sekali. Dia orang dah mula kerja.
Sebelum balik haruslah bergambar seperti biasanya.
Kemudian datang kakak sepupu aku anak-beranak.
Sebelum pulang harus bergambar dulu.
Tetamu terakhir yang datang kakak sepupu aku juga. Dia datang dah sebelah petang sebab beraya ke rumah orang lain dulu. Itu sahaja kisah 4 Syawal kami.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi. Jam sudah menunjukkan 12.30 pagi. Anak-anak sudah beradu makanya barulah emaknya boleh melayan perasaan sendiri. Blog pun sudah lama terbiar. Memang lepas puasa hari itu masa agak terhad dan sebenarnya fokus pun banyak ke lain.
Cerita Syawal sudah lama tersimpan dalam fail draf. Memang cerita sudah lapuk. Bertabah aje. Mungkin ada beberapa entri yang perlu aku tulis demi merealisasikan impian sendiri. Ini kisah 3 Syawal kami sekeluarga. Raya ketiga tu baru dapat berkumpul sebelah aku.
Ammar dan Nayli.
Cucu-cucu Hj Adim dan Hjh Saedah.
Testing dulu oleh jurugambar. Hehehe...
Ready to take! Inilah keluarga kami. Adik beradik dua orang. Tidakler berapa ramai.
Mak dan ayah aku.
Atok nenek bersama cucu-cucu. Tiga orang ni pun dah cukup menggamatkan rumah.
Keluarga kecil kami.
Keluarga adik aku.
Anak menantu dan cucu Hj Adim dan Hjh Saedah.
Gaya bebas ye.
Kemudian kami ke rumah pakcik di Taman Kota Laksamana. Rumah abang ayah aku.
Lelaki-lelaki sado ni suruh amik gambar main-main pulak.
Aku dan adik ipar. Tengah sarat masa ni. Sekarang sudah selamat bersalin dan dalam pantang lagi. Dah nak masuk sebulan pun.
Kami disajikan dengan laksa johor.
Kemudian kami ke rumah sepupu. Taman yang sama dengan pakcik. Itu yang bergambar dengan ammar dan nana anak sepupu aku.
Gambar kami laki bini ni anak dara kami yang amik.
Kemudian, rumah ketiga iaitu rumah kakak sepupu aku, Kak Wati.
Kami dihidangkan dengan mee sup.
Bila dah kumpul ramai-ramai memang tak habis-habis nak bergambar.
Kan dah kata. Ikutkan memang banyak gambar kita orang. Nak termuntah tengok.
Nak bergambar sampai terbukak-bukak butang si budak tu.
Dah siap pasang butang baru boleh bergambar.
Mak aku dan mak long.
Sebelum balik harus bergambar beramai-ramai.
Dari rumah kakak sepupu aku, anak-anak dah ikut kereta adik aku. Tinggal aku dan asben. Jadinya kami pergi berdating. Hahaha..Bukan senang dah dapat masa-masa berdua begini. Jadi haruslah digunakan sebaik mungkin. Itu sahaja titipan 3 syawal.
Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Salam jumaat. Pagi ini agak mendung aje. Agak kepayahan sedikit kebelakangan ini untuk menulis blog. Aku memang tak punyai masa sebenarnya. Mood pun tak berapa nak ada. Sebenarnya fokus lebih ke lain. Itu yang terpaksa dianaktirikan blog ini. Hehehe...
Sawang blog sikit-sikit aje lah. Perlu dikemaskan sawang-sawang yang ada. Cerita Syawal masih belum dititipkan di sini. Dah masuk Zulkaedah pun. Kalau ada keperluan akan aku ceritakan juga untuk dijadikan kenangan sendiri. Ada masa aku suka baca blog sendiri. Itu namanya syok sendiri. Hehehe...
Okeylah, sekian dulu entri ringkas untuk pagi ini. Moga akan ada kata-kata yang boleh dititipkan di blog ini agar tidak terbiar. Sekian dan wassalam.
Salam pena,
Teks : Fyda Adim
Foto : Fon Sendiri
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bismillah...
Selamat pagi semua. Jam sudah menunjukkan ke angka 12.57 pagi. Namun mata aku tidak boleh dilelapkan. Sudah agak lama juga tidak berjaga malam untuk membelek blog. Blog pun sudah seminggu lebih tidak diusik. Entahlah memang tak ada mood langsung.
Jadi malam ini aku cuba jugak mencari mood yang setelah sekian lama menghilang. Sekarang ni sudah tak boleh pakai satu hari satu entri. Dapat update ni pun dah kira baikler kan. Syawal dah habis aku baru terhegeh-hegeh nak tulis syawal kedua.
Mohlah baca yea. Sudah ada gambar tak dititipkan di sini rasa sayang pula. Syawal kedua kami empat beranak tak ke mana-mana. Memang melepak kat rumah aje. Akhirnya sebelah malam barulah keluar. Itu pun pegi ngeteh. Mana lagi kalau bukan kat mamak kan. Hehehe...
Mama dan nana. Anak dara aku ni semakin suka berselfie.
Mereka adalah segalanya bagi diriku.
Aku layankan roti canai.
Selfie dengan anak terunaku. Itu sahaja kisah kami untuk hari itu. Sudah beberapa minggu kisahnya baru dapat dititipkan di blog ini. Sekian dulu entri pendek daripada aku. Intro dulu ye.
^_____^
Sekian dan wassalam.
Salam pena,