Monday, November 19, 2012

~Cerita Di hujung Minggu~

Dua hari blog tidak berupdate.  Alhamdulillah line streamyx kat rumah dah ok.  Tapi aku tak berkesempatan nak bersiaran langsung dari rumah sebab lappy masih tidak elok lagi.  Aku on pun dari tab jea.  Macam tak puas jea kan.  Setakat nak update simple2 entry bolehlah.  Ini semua gambar dari kamera.  Bersabarlah.  

Hujung minggu yang lalu tidak ke mana lebih-lebih lagi hari sabtu.  Memang terperok abis kat rumah.  Adriana pun tak sihat.  Demam dia on and off.  Risau jugak tengok dia.  Bila bagi ubat oklah dia habis jea dalam tempoh 8jam tue badan dia panas balik.  So aktiviti kami hanya di rumah.  Asben pun keje kejap jea jadi ada sedikit kelegaan di situ.  Boleh aku tengok anak-anak sementara laki aku masak.  Dah dia nak masak.  Masak nasi goreng.  Betulkan kereta aku sekali sabtu hari tue.  Alhamdulillah settle satu perkara.  Patah kaki bila tak ada kereta.  Wah ayat tak boleh blah.  Dulu boleh jea ko tak berkereta.  Hikhikhik..Jangan kufur nikmat.

Malamnya kami anak-beranak layan AIM.  Memang catat rekod hari tue tak ke mana.  Best jugak AIM malam tue tambah-tambah lagi dengan pengacara dia.  Yang best lagu Muara Hati nyanyian Siti Nurhaliza dengan Hafiz. 

Budak demam nie.  Nampak aku pegang kamera suruh aku amik gambarnya pulak.
 
Ammar pun dah sengih.  Amiklah jugak.  Kesian adik.
 
Hari ahad pulak pagi memang tak kemana.  Sepanjang masa dok depan tv.  Macam-macam cite kita orang tengok.  Tapi kartun jea memanjang.  Kita orang tunggu orang pasang lampu kat belah depan rumah.  Petang barulah keluar itu pun punya liat masing-masing nak bersiap.  Gambar ammar nie masa kat Tesco.  Adriana tak ikut.  Aku hantar pi rumah mak aku.  
 
Dalam masa nak berjimat memborong jugaklah.  Sebenarnya tujuan utama nak ke Tesco nak beli pampers dan susu jea.  Tapi macam biasalah kalau nak ke Tesco mesti tersasar benda lain.  Malas dah nak pikir.  Beli jealah.  Itulah terjadinya penuh satu troli.  Sekian entry yang entah apa-apa untuk pagi nie.  Taip dari pagi sampai sekarang baru sudah. 






                                                                                              

Friday, November 16, 2012

~Lunch With Hafiza Nekmat~

Siapa pulak hafiza nekmat tue kan?hihihi..Glamer ka dia tue?Ampun. Ada dia marah aku nie. Dia nie kawan sekolah menengah aku dari form 1 sampai form 5. Kira kawan gila2 dan sekepalalah jugak. Bukan orang gila yea. Tadi dapat whatsapp dari dia ajak lunch. Aku on jea. Rezeki jangan ditolak. Betul kan.

Aku makan nielah tadi dia belanja. Thanks yea my friend. Kita orang makan kat jusco lama. Ramainya orang rupanya ada sale. Kalaulah ada duit yang merimbun mahu aku shopping. Hikhikhik.

Inilah kawan aku yang bernama Hafiza Nekmat. Belum berkahwin tapi rasanya not available. Hikhikhik. Seronok dapat jumpa dia sebab dah lama tak jumpa dia. Dia keje kat Terengganu. Itu yang susah kita orang nak berjumpa. Selalu berhubung melalui fb or whatsapp jea kalo ada hot hot story. Hihihi. Lain kali kita jumpa lagi yea. Boleh berbual panjang dengan pelbagai cite menarik.

~Jumaat Pertama~

Salam dan selamat pagi.

Jumaat pertama di tahun baru.  Mulakan dengan azam yang baru ke pejabat.  Semoga aku dapat mengekalkan segala apa yang aku nak laksanakan supaya tercapai.  InsyaAllah.  Amin..








                                                                                                                  

Wednesday, November 14, 2012

~Salam Maal Hijrah~

Salam maal hijrah 1434 hijrah.
Semoga kita semua akan dirahmati olehNya, peroleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat kelak.
Semoga kita akan menjadi seorang insan yang lebih baik daripada yang lepas-lepas.  InsyaAllah..Amin.
Jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun.  Sama-samalah kita mengamalkannya.







                                                                                                                     

~Streamyx, Laptop Dan Kereta~

Tiga benda penting pada aku tapi tiga-tiga benda ini sedang bermasalah.  Streamyx dah 5 hari tak boleh guna.  Semalam nak on laptop tapi tetibe pulak tak boleh nak on.  Bila on laptop tue bunyi apa ntah.  Dah satu hal pulak.  Apa halnya pulak wahai sang laptop??Pagi tadi dah bersiap nak kerja, nak start kereta tapi kereta pulaktak leh start.  Semuanya tak boleh!!!!Betul dugaan minggu ini.  Banyak cerita nak cerita tapi sebab jiwa sedang kacau, emosi sedang tidak stabil nanti-nantilah aku cerita.  Jom tengok gambar yang ada dalam koleksi aku.

Modem streamyx.  Bilalah ko akan ok??

Laptop aku yang sudah tidak boleh on mulai semalam.  Tak ingat bila last sekali aku menggunakannya.

Akhir sekali kereta aku.  Petang nanti baru tukar bateri.  Harap cuma masalah bateri jea.  Jangan ada masalah lain pulak yea.

Ini jealah cerita mengenai benda-benda terpenting dalam hidup aku.  Tanpa streamyx, laptop dan kereta hidup tak lengkap.  Cepatlah kembali kepada normal kembali.  Bak kata mira mokhtar ari nie nampak sangat muka aku jiwa kacau!!!Secara kesimpulannya semua nak duit tue.  Dugaan betul!!







                                                                                                                   

Monday, November 12, 2012

~Chistart Daripada Seseorang~

Terharunya aku bila ada orang bagi aku chistart pagi tadi.  Sob sob sob.  Hikhikhik.  Jangan gedik pulak.  Orang bagi aku terima dengan sepenuh hati.  Alhamdulillah rezeki.  Tak sangka pulak ada istimewa pada tart itu.  Tahu jea minat aku.  Aku dahlah memang suka makan chistart.  Penggemar tegar kepada cheese.

Jom kita tengok chistart yang dia bagi kat aku.  Nak tahu tak siapa yang bagi???Siapa lagi kalau bukan mira mokhtar.  Sabtu lepas dok telefon aku tanya macam mana nak buat.  Oklah akhirnya jadi dan berjaya!!!Jom tengok chistart khas untuk aku. 

Tadaaa...Siap ditulis nama Am&Ain tue.  Dia kata sebab aku minat dengan drama Adam & Hawa.  Hehehe..Memang minat pun.  Sekarang memang penangan AH nie.  Suka tengok AA dan NN berlakon.  Sweet sangat gandingan itu.

Am!!!Kali nie memang minat lakonannya.

Ain lakonan NN.  Pelakon yang sangat best.  Makin suka dengan watak Ain Hawani yang dilakon oleh beliau.  Teruja!!!Selamat dah aku makan love, & dan jugak huruf A.  Hehehe..Apa pulak kaitan chistart dengan drama Adam Hawa nie.  Tetiba pulak drama Adam Hawa nie berkaitan dengan chistart yang aku makan hari ini.  Hikhikhik..Confuse jap.  Nak cerita chistart tapi nak jugak kena mention Adam Hawa.  Apa-apa pun thanks to mira mokhtar. :D