Wednesday, November 23, 2011

~Morning Semua!!!~


Selamat pagi semua!!!Hari ini nak fokus kepada kerja yang tak sempat dihabiskan.  Pagi yang sejuk hari ini mendatangkan semangat untuk membuat kerja sendiri.  Bos pun tak ada.  Hehehe.  Dah pikir jahat jea nie.  Boleh berjimba-jimba kat tempat sendiri jea.  Takkan bos tak ada nak amik peluang pulak kan.  Sendiri mahu ingatlah.  Ok sambung buat kerja sambil tue boleh buat kerja-kerja sampingan.  Sambil menyelam minum air.:-)


Tuesday, November 22, 2011

~Take 5~

gambar dari google

Salam..Rehat kejap..Tak larat dah nak hadap kerja ini.  Hari ini macam busy sangat-sangat sampai tak ada masa nak update blog.  Pening pula bila tengok data perjawatan nie.  Bila dah buat satu format dibagi format lain pulak.  Kenalah tukar pulak format yang diminta.  Oklah saya mahu fokus kepada kerja saya sekrang.  Baru lepas makan.  Kalau ikutkan mata nie sudah mengantuk. :-)  Update lagi yea. 

Monday, November 21, 2011

~Misi Semalam Antara Berjaya Dan Tidak~

Nak cerita pasal semalam.  Kesinambungan dari cerita INI.  Semalam adalah hari yang amat penatlah.  Selalu idakler rasa penat sebegitu.  Semalam memang aku bercadang unutk mengemas satu rumah.  Selalunya setakat masak dan basuh baju tue sudah biasalah.

Semalam mood rajin datang ke dalam diriku.  Hehehe.  Mengemas bagai satu rumah.  Macam-macam aku buat semalam sampai tak menang tangan sambil handle itu budak kecik 2 orang, adrianammar.  Ok jea, walau aku seorang diri.  Antara yang aku buat semalam adalah :

1) Membasuh Baju Kotor
Bukan aku yang basuh pun.  Mesin yang basuh.  Aku cuma cucikan uniform asben aku jea.  Semenjak duduk rumah sendiri uniform suruh aku basuh.  Sebelum ini uniform asben aku dobi yang basuh.  Alah, setakat uniform tak apalah. :-)
2) Tukar Cadar Katil
Oh..Nie mood rajin ada bolehlah tukar cadar katil.  Sebab ampaian dah penuh kena jemur kat pagar rumah jea.  Jenuhler aku nak jemur kat pagar ini.  :-)

3) Menyapu Rumah
Menyapu habuk-habuk di dalam rumah.  Sapu satu rumah.  Menggunakan penyapu yea bukan vacuum.  Kalau guna vacuum bising nanti ammar bangun pulak.  Menyapu dengan pembantu aku. :-)



4) Mop Lantai
Selepas aku settle sapu rumah, aku mop lantai pulak.  Mop lantai sampai berkilat.


5) Cuci Toilet
Ini memang aku jarang nak buat.  Selalunya asben yang cucikan toilet.  Dia tahu bini dia rajin tahap mana.  Semalam bila dah tengok keadaan toilet yang sudah mintak dibasuh apa lagi aku pun ambil berus dan sendal apa yang patut.  Oklah tue. :-)



6) Memasak
Ini wajib yea.  Semalam masak beef steak.  Pagi tue aku masak mee sup dulu.  Sebab asben aku keje.  Aku masak mee sup untuk aku dan adriana.  Kemudian masak bubur untuk ammar.  Lepas tue teringat nak buat tiramisu.  Petang dah dekat asben nak balik baru aku masak beef steak yang asben aku request nak makan.  Jadi macam ala-ala masterchef pulak.(adriana kata misterchef mama).  Selain buat beef steak, aku buat potato wedges dan coleslaw.  Nanti aku bagi resipinya.


Akhirnya bila sudah settle kerja-kerja rumah, rehat kejap tengok tv sambil tunggu asben balik kerja.  Terlelap kejap.  Huih, memang sangat-sangat penat.  Tambah lagi handle anak kecik.  Walau penat, aku tetap happy.  Bila tengok mereka happy aku pun happy.  Penat pun hilang.  Penat menyandar macam kartun kat bawah nie.  Cakap dekat adriana, 'nana, urut kaki mama. kaki mama sakit'. :-)
Itu antara misi yang berjaya aku buat semalam.  Misi yang akan dibuat sebulan sekali atau dua bulan sekali.  Kadang tak buat langsung bila 'M' besar duduk atas kepala.  Hehehe.  Mengemop lantai tue memang kalau rajin aku buatnya.  Kerja-kerja yang aku buat hari-hari cuma memasak dan membasuh baju jea.  Tapi ada jugak misi yang gagal aku laksanakan semalam.  Nak tahu apa dia??

1) Lipat Baju
Memang memasang niat untuk melipat baju yang sudah menggunung di dalam bakul.  Tapi bila tengok aku kata nanti.  Itulah akibatnya kalau buat kerja suka bertangguh.  Apa pun tak boleh. 
Tengoklah balik kerja nie kalau rajin akan aku laksanakan misi melipat baju sambil layan tv yea.  Kalau ada masa terluang bolehlah habis nie.  Kat ampaian pun ada lagi baju.  Memang bergunung-ganangler nak melipat hari ini.  Oklah dah bersiap sedia mahu pulang.  Hujan pun dah turun kat luar tue.  Tunggu asben datang amik.  Sekian.

Note>>Gambar yang tidak ada watermark adalah dari ehsan google.

~Beef Steak Black Pepper~

Malam tadi try buat beef steak.  Dari ari tue asben kata nak makan beef steak.  Kebetulan bila aku blogwalking kat blog ana suzana, dia ada letak resipi beef steak black pepper.  Nampak pun simple jea.  Apa lagi aku pun salin bahan-bahan.  Sekali bila aku cari beef and herb gravy kat mydin tapi tak jumpa.  Aku pm ana tanya mana nak beli.  Ana kata cari kat jusco.  Apalagi zasss aku ajak asben aku ke jusco.  Suka yg teramat bila jumpa kat jusco.

So, semalam aku try buatlah.  Kebetulan ada daging korban.  Bolehlah buat.  Tapi aku potong cara akuler gamaknya.  Tidaklah besar sangat daging tue. 
Inilah rupa beef steak aku tue.  Ana, tq yea.  Resipinya sangat-sangat mudah dan cepat penyediaanya.  Sesiapa yang nak try bolehlah menjengah ke blog ana.  Resipinya ada di situ.  Selain itu aku sediankan potato wedges dan coleslaw untuk dimakan bersama beef steak.  Kacang tue aku beli yang ready made jea.

RESIPI BEEF STEAK
Sumber : Ana Suzana

Bahan-bahan :
Daging
Sos Black Pepper
Sos Cendawan
(Perap daging dengan sos di atas)

Aku perap daging tue dalam setengah jam.  Selepas itu bolehlah goreng bersama minyak dan butter. (Ana, saya guna minyak biasa jea) :-)

Untuk Sos Black Pepper:
Beef and Herb Gravy
Sos Black Pepper
Sos Cendawan

Cara-cara Sos Black Pepper:
1. Ambil air sebanyak 300ml dan letak dalam periuk.
2. Kemudian tuangkan serbuk beef and Herb Gravy tue.  Kacau sampai sebati.  Jangan biar berketul-ketul.
3. Kemudian campurkan dengan 3 sudu besar sos black pepper dan 1 sudu besar sos cendawan.
4. Masak sehingga menggelegak dan sedia untuk dihidangkan.

Sekian.  Memang best nanti boleh buat lagi.  Tak payah beli kat luar.  Terima ksaih sekali lagi kepada ana.   Bolehlah mencubanya.  Lain-lain tangan, lain-lain rasanya.  Selamat mencuba!!!

~Ammar 9 Bulan~

Salam dan selamat pagi isnin.  Hari ini 21 November 2011 genaplah anak terunaku 9 bulan.  Masa berlalu sangat-sangat pantas.  Kejap jea dah 9 bulan.  Lagi 3 bulan jea ammar nak masuk setahun.  Cepatnya!!!

Ini gambar ammar yang terbaru.  Nie keje kakaknya.  Adriana yang snap picture adiknya.  Nampak besar pulak anak aku.  Kuat makan jugak ammar nie.  Nasiblah ammar tak ikut macam kakaknya yang cerewet makan.
Perkembangan ammar sekarang, dia dah pandai tepuk amai-amai.  Kadang dia tepuk tangan suruh kita nyanyi.  Sudah pandai babai bile nak jalan.  Merangkak pun sudah laju, bila diri dah nak lepas-lepas tangan.  Agak-agak ammar cepat berjalan tak macam kakak?Kakak 10 bulan dah berdiri sendiri.  Tak apalah, lain-lain anak lain perkembangannya.  Janji anak mama sihat.  Mama sayang adik!!!

Sunday, November 20, 2011

~Misi Hari Ini-20112011~




Salam semua.  Happy Sunday untuk korang semua.  Tengah buat apa?Korang outing ke hari ini bersama family tersayang.  Macam biasa aku duduk di rumah bersama anak-anak sebab asben aku keje.


Hari ini aku ada macam-macam kerja nak buat.  Nak kemas satu rumah kalau terlarat.  Oklah.  Entry pendek untuk hari ini.  Nanti update lagi yea.  Daaaaaa