Sunday, August 14, 2011

~Buat Kali Pertama Di Rumahku~

Salam...
Hari nie dah hari ke 14 kita berpuasa.  Rasa kejap jea kan?? Aku baruler terkedek-kedek nak update pasal puasa pertama.  Oleh sebab aku dah amik gambar jadi haruslah aku menguploadnya di sini sebab kalau nak cuci gambar memangler tak ada jawabnya.  So,layan jelah gambar-gambar aku yang ada.  Aku buat jadi satu cite satu masa family asben datang berbuka puasa dan satu lagi masa my family pulok yang datang berbuka posa di rumah kami.

Nie gambar masa family asben datang masa hari pertama posa.  Yang ada my MIL, adik ipar, abg ipar, biras dan anak-anaknya.  Tak cukup korum sebab sorang adik asben sefamily non ado sebab adiknya sekarang sedang mengikutik Kursus Bomba di Terengganu.  Jom layan..

Inilah family along..Kak long aka my biras sedang menunggu hari untuk bersalin.
This is my MIL...sedang menyusukan si ammar..
Baju oren tue adik ipar aku..ntah apa yang dia layan adriana.

Yang ini pulak masa family aku datang berbuka puasa di rumah aku.  Puasa hari yang ke-6.  Yang ada my mom, my mak long, mak cik dan pakcik (sepupu mak), adik aku, adik ipar, kak sepupu&abg sepupu serta anak-anaknya.  Yang tak ada ayah aku sebab dia dok umah nak pi terawih. Jom layan gambar lagi...

Mereka sedang bersiap sedia...
My mom dan my mak long
Adriana dengan kakak iqah...memang rapat adriana dengan iqah nie..
Yang perempuan makan di atas meja..sebab nak duduk bawah semua tak muat..Lagipun yang warga emas tak boleh duduk bawah bak kata mak aku..kang ada tak boleh nak bangun..Semua sakit kaki..
Sedang menjamu selera
Selesai berbuka...Ammar pun bangun..Seronokkan sesekali bila berkumpul ramai-ramai..Aku sangat-sangat suka moment sebegini.  Tapi bila semua dah balik sunyilah rumah...Memang sangat-sangat terasa...Kita berkumpul hari raya pulak!!!



Wednesday, August 10, 2011

~Wordless Today - My Doter~

Semoga Adriana menjadi anak yang solehah..Amin

Monday, August 8, 2011

~Majlis APC KPWKM~

Salam kepada semua muslimin dan muslimat..

Kejap jea hari nie dah hari Isnin bersamaan jugak 8 Ramadhan 1432.  Dah 8 hari kita berpuasa kan.  Masa berlalu begitu pantas.

Sebenarnya entry nie patut aku post lama dah tapi oleh sebab kekangan masa yang tahap melampau barulah ari nie berkesempatan untuk aku mengupdatenya di sini.

Nak cerita pasal majlis yang aku hadiri 18 dan 19 Julai 2011 di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.  Alhamdulillah rezeki aku untuk dapat APC kali ini.  Rezeki anak-anakku, AdrianAmmar dan keluargaku.  Amin.  Jom layan gambar...

Hari Raptai
Ini semua kakitangan JKMN Melaka yang dapat APC untuk tahun 2010
Puan Kamisah, EO PKMD Melaka Tengah
Pn Kam dan Pn Aisyah
Kami...Ini pada hari sebenarnya...
Aku...
Buku APC
KSU KPWKM
Penyampaian sijil sedang berlangsung


Orang-orang lama di office...
Diana Loh...walaupun dia seorang cina tapi dia sangat2 baik hati...aku sangat2 terhutang budi padanya...
Aku dan Kak Lafizah
Aku dan Diana
Makanan telah dihidangkan..Makan kat hotel nie tak kenyang..hehehe
Di luar hotel
Dah nak balik dah...
Jom balik Melaka..

Note>>Dapat duit APC boleh beli baju raya untuk anak-anak...:-)

Tuesday, August 2, 2011

~Ammar Qayyum 5 Bulan~

Salam Ramadhan...

Hari nie hari kedua kita semua menjalankan ibadah puasa.  Semoga kita dapat melalui bulan ramadhan ini dengan penuh keberkatan daripadaNya.  Insyallah.

Nak cite pasal ammar, 21 Julai 2011 genaplah 5 bulan anak teruna ku Muhammad Ammar Qayyum bin Mohd Affendy.  Seperti biasa 5 bulan aku bawak ammar untuk appoinment bulanannya di Poliklinik Peringgit.  Semuanya baik-baik..Cuma berat ammar tak naik banyak. Dari 7.3kg ke 7.5kg.  Memang aku perhatikan badannya pun dah agak susut sikit sejak ammar dah pandai meniarap.  Tidurnya pun kurang.  Itu mungkin salah satu sebab badannya susut.  Kalau sebelum nie tidur jea kojenya.  Tak apalah, janji anak mama sihat yea.

Seperti biasa, appoinment untuk 5 bulan ada injection.  Masuk bilik nak cucuk bukan mamanya yang pegang yea.  haruslah papa sebab mamanya penakut kalau bab-bab mencucuk jarum nie.  Oh tak sanggup.  lagipun memang tak larat nak pegang si ammar.  Dia mengamuk sakan kalau orang peluk2 dia..Kudrat mama tak terlarat sampai nurse kata 'nie ibu dia tak boleh pegang nie..kuat budak nie' :-)

Inilah wajah terbaru ammar.

Serius jea mukanya..Sekarang makin bijak tak mau ditinggal sorang-sorang.  Tinggal jea mesti nangis.  Nak berdukung jea kojenya.  Kalau dok bertiga memang haru biru skit mama dibuatnya.  Tapi mama happy..SuperMama!!!hehehe

Ok..sampai sini dulu..see u then..chow..

Sunday, July 31, 2011

~Salam Ramadhan~


Salam....

Ramadhan datang lagi.  Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini menjadikan kita lebih baik daripada yang sebelumnya.

Semoga kita mendapat menunaikan ibadah puasa pada tahun ini dengan penuh keberkatan dan penuh kemuliaan.  Amin...

Saturday, July 30, 2011

~Kami~

Salam buat semua..

Lagi sehari jea kita semua akan menjalani ibadah puasa.  Harap kali nie semua dapat menjalani ibadah ini dengan penuh keberkatan termasuk diriku dan keluargaku.

Sejak ada ammar, aku rasa belum ada entry pasal kami outing berempat ke dah penah ada?aku pun dah lupa urat dah putus gamaknya.  Baru anak 2 orang.  Dah jadi pelupa benor.

Apa-apa pun, hari khamis malam asben ajak kuar pi jusco bandaraya.  Katanya nak bayar duit aeon credit.  So, lepas maghrib kami pun keluar dari rumah.  Ramai jugak orang malam-malam nie.

Kami terus pegi ke destinasi yang sebenar.  Kami bukan nak bershopping tapi nak membayar hutang. :-)
Kalau dah sampai jusco, adriana seperti biasa mesti nak ke playland.  Main ketuk-ketuk katanya.  Jom tengok gambar, biar gambar menceritakannya...huhuhu

Adriana
Papa dan ammar..
Candid!!
Ammar tengok mama...Papa ke lain...
Papa tengok, ammar pulak tak tengok..Sabar jealah dua beranak nie..
Mama dan nana..masih menunggu nombor giliran..
Selesai...Kami ke playland.  Melayan kehendak adriana..huhuhu..Tak dapat main ada dia buat perangai.
Nak main sendiri...
Papa tengok nana..Ammar tengok ke mana??Tak lama lagi ammar pulak main yea.  Pening kepala papa dan mama...hehehe...
Sukanya hati...
Ketuk-ketuk...Jangan tak ketuk..
Nak main yang nie pulak..Semua yang ketuk..anak oh anak...:-)
Cubaan papa untuk menolong..Tapi adriana nak ketuk sendiri..Sekarang semua nak buat sendiri.  Katanya 'kan nana nak sekolah'..mama jwb 'yelah na...'
Last picture untuk malam itu.  Lepas tue terus balik..Oh kita orang singgah kedai mamak.  Asben aku nak makan sup kambing.  Asyik-asyik kambing.  Aku tak makan kambing hokey!!!Aku just order sate.  Gambar tidak diambil di kedai makan sebab masing-masing kebuluran.  hehehe..

Nota Mama>>Sejak papa dah tukar keje ke Kuala Linggi susah sangat nak spend time ber4...Sangat menghargai masa bila kami kuar ber4..