Monday, August 13, 2018

Jamuan Raya Taska Astana Bonda

Assalamualaikum.

sambung lagi entri raasa. Seriously, aku dah rasa nak muntah masa menulis entri fasal raya. Tapi sebab aku dah buat draf, aku gigih jugak meneruskan penulisan. Macam-macam yang aku rasa. Pening kepala, nak muntah. Sampaikan aku togok botol air yang berisi air lemon aku buat. Kerja menangguh beginilah. Punya banyak entri yng kena tulis.

Apa pun salah satu kenangan yang aku coretkan di sini adalah jamuan raya taska anak-anak. Tahun ini tahun pertama anak-anak duduk di Taska Astana Bonda. Setakat ini senang sebab taska ni sebelah rumah aje. Jadi memudahkan aku yang suami kerja jauh ni untuk aku uruskan anak-anak sebelah pagi dan sebelah petang.

Jamuan raya taska diadakan malam pada hari jumaat. Rasa dah nak hujung-hujung Syawal. Tarikhnya memang dah tak ada dalam kepala. Lupa terus. Ini pun mujurlah ada gambar dan aku dah siap-siap letak dalam draf. Sayang pula kalau tak diceritakan.

Suasana malam itu.

Ini lagi yang sempat aku tangkap malam itu.

Sebelum balik sempat bergambar dengan cikgu taska merangkap pemilik taska yang paling tinggi tu empunya badan. Yang lain ibu bapa yang hantar anak-anak mereka. Anak-anak entah ke mana. Biasalah bila dah jumpa kawan-kawan memang tak nampak depan mata. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Beraya Ke Kuala Lumpur

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat bekerja. Kembali dengan entri lagi. Gigih juga siapkan entri-entri untuk minggu ini. Hari biasa memang tak berkesempatan pun nak menulis. Aku ni nak menulis cerpen pun dah tak sempat. Tak sempat tu satu hal. Tak ada mood pun iye jugak. Kalau ada mood boleh aje sempatnya. Alahai. Entah kenapa mood tu hilang terus. Susah juga kalau mood nak menulis tu dah tak ada.

Setiap tahun pun selama aku berkahwin, hari raya mesti pergi beraya ke Kuala Lumpur rumah adik-beradik mak mentua dan juga ke rumah sedara sebelah ayah mentua. Aku ikut aje walaupun setiap tahun aku akan tanya rumah siapa kita nak pergi. Kalau sebelah arwah ayah mentua aku memang tak berapa hafal. Jumpa pun setahun sekalinya.

Kita orang pergi hari sabtu minggu kedua ke ketiga raya. Macam tu lah. Aku dah lupa. Mak mentua datang tidur rumah sebelah malam sebab esoknya terus gerak aje. Tak payah pusing amik mak mentua kat nun di rumahnya.

Sebelum keluar tol Ayer Keroh mesti singgah makan warong ini. Boleh tahan masakannya.

Jarang sangat tok laki ajak berswafoto.

Swafoto bersama mak mentua.

Rumah pertama yang kita orang singgah. Rumah adik mak mentua.

Kemudian ke Kajang pula. Sebelum masuk rumah kita bergambar dulu.

Ini rumah kedua yang kita orang singgah.

Kemudian terus ke Kuala Lumpur. Adoi lokasinya aku tak berapa nak pasti.

Rumah keempat. Sampai dalam jam enam petang. Tengoklah budak berdua tu punya khusyuk menonton televisyen.

Tunggu adik ipar sekali datang rumah mak ngah. Dia naik grab dari tempat praktikal dia. Adik ipar aku ni masa aku bercinta dengan abang dia kecik lagi ni. Pernahlah ikut kita orang keluar sekali. Sekarang tengok besar panjang dah dia.

Sebelum balik mestilah bergambar dulu. Tudung biru itulah mak ngah.

Kemudian sempat singgah rumah anak buah di Subang. Dia siap masakkan kue teow basah. Sedap. Beberapa hari sebelum aku datang dia sibuk dok mintak resepi mee basah. Itu yang dia suruh aku cuba pula kue teow basah hasil air tangannya. 

Kemudian dari Subang kami terus balik Melaka. Sampai Melaka dalam jam 12.00 tengah malam. Adik ipar sudah menunggu di Tol Ayer Keroh untuk menjemput mak mentua. Itu sahaja entri pagi ini. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Saturday, August 11, 2018

Novel Pulang Karya Lily Haslina Nasir Dan Tandatangan Remy Ishak

Assalamualaikum.

Selamat petang.

Bukan main panjang lagi tajuk entri semata-mata nak tulis juga nama Remy Ishak kat tajuk. Perangai ko tak memadan. Untuk novel Pulang, aku ada dua buah naskhah. Satu memang aku sudah beli sewaktu ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur tempoh hari. Novel Pulang ini aku sambar juga selepas aku menghabiskan duit di reruai Jemari Seni.

Kemudian tak sangka pula, aku dapat hadiah novel Pulang yang telah ditandatangani oleh Remy Ishak. Aku masuk peraduan kat Facebook. Masa tu silang kata. Adalah soalan-soalannya. Tak sangka pula aku boleh menang. Rezeki sungguh.

Macam tahu aje aku kemurungan satu hari gara-gara kulit buku novel terlipat. Mana tidaknya aku baca sambil baring. Sudahnya tertidur. Bangun-bangun novel bawah aku. Hahaha. Apa ke lasak bebenor tidurnya.

Aku selamat menghadamkan novel Pulang ini walaupun memakan masa yang agak lama. Bukan sebab naskah ini tidak menarik tetapi kekangan masa. Waktu itu bulan puasa. Ada perkara lain yang perlu aku dulukan. Kemudian lepas raya baru aku sambung semula. itu pun memang target nak habiskan sebelum filemnya ditayangkan di wayang.

No automatic alt text available.
Tandatangan Remy Ishak. Tandatangan Syafiq dah dapat, tandatangan Remy pun dah dapat. Lepas ni nak dapatkan sign Fattah pulak. Hahaha.

Cover novel yang menarik.

Aku habiskan baca novel ini selepas beberapa hari Pulang ditayangkan di wayang. Iklan Pulang yang dimainkan di kaca televisyen menarik minat aku. Tak senang duduk dibuatnya. Memang target nak pergi tengok filemnya.

Aku review novelnya dulu sementara aku belum pergi menonton filemnya. Novel Pulang ini adalah sebuah naskhah yang terbaik. Aku sangat kagum dengan penulisnya, Kak Lily Haslina Nasir ini. Garapannya sangat menarik. Setiap bab dimulakan dengan pantun yang manis-manis. Kisah percintaan Othman dan Che Thom sungguh agung. Novel ini penuh emosi. Gaya penulisan Kak Lily membawa aku menyelami watak Othman dan Che Thom. Aku tak tahulah macam mana gaya aku menonton filemnya nanti. Masa baca novel ini aku boleh membayangkan watak Remy dan Puteri Aishah sebagai Othman dan Che Thom. Pelbagai rasa yang hadir tatkala aku mengikuti kisah percintaan mereka. Kejap rasa suka, kejap rasa geram, kejap rasa marah dan kejap rasa sedih.

Aku dapat rasakan betapa saratnya rindu yang tidak tertanggung antara Othman dan Che Thom. Sehinggakan terdetik dalam hati, 'Oh, betapa susahnya zaman dulu.' Mereka terpisah kerana Othman mahu belayar. Terpisah sudah satu hal. Masalah komunikasi. Menanggung rindu. Sebuah penantian.

Oh, seksanya. 

Aku tak boleh move on lepas habis baca novel ini. Terbawa-bawa kisah mereka. Cukup mengusik tangkai hati ini. Tapi satu yang aku kagum, mungkin orang dulu-dulu begitu taat dan setianya mereka pada cinta. Berpegang pada janji. Walaupun terpisah begitu lama, cinta itu tetap utuh. Bukan macam pasangan sekarang, terpisah sekejap pun ada yang berskandal. Zaman sekarang lagi senang nak berhubung. Whatsapp ada, boleh call, boleh video call.

Aku baca penghujung novel ini ditemani dengan air mata. Meleleh air mata membasahi pipi. Begitu sebak penamat kisah percintaan Othman dan Che Thom. Sesungguhnya cinta mereka sangat kuat. Tunggu aku review filemnya pula. Apa-apa pun tahniah buat penulisnya yang berjaya menulis novel ini adaptasi daripada filem. Tabik sungguh!

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Kad Raya Daripada Syafiq Kyle

Assalamualaikum.

Selamat tengah hari.

Tajuk entri kali ini bukan main gempak sekali. Sesekali kan kenalah gempak sikit. Bukan setakat gempak, gedik pun iye jugak. Hahaha. Sesekali menggedik. Allah. Dah tua-tua ni, umur pun dah middle age usahlah nak menggedik sangat.

Tak ada apalah. Ini sekadar suka-suka sebagai seorang peminat dan penyokong tegar pada Syafiq Kyle. Hahaha. Gitu. Aku bukan saja peminat Syafiq, tapi minat juga pada Fattah Amin, Remy Ishak, Ady Putra, Aqasha dan Fahrin Ahmad.

Wah, jejantan aje minat ko kan. Hahaha. Jangan amik serius.

Kalau zaman belajar minat dengan Rosyam Nor. Minat pun bukan semua drama yang dia orang berlakon aku tengok. Macam drama Syafiq berlakon Mencintaimu Mr Photographer. Aku tak tengok pun sebab tak minat heroinnya.

Sesuka hati aje ko tak minat orang. Tengok. Aku dah menyimpang jauh. Nak cerita fasal kad raya aje pun. Mukadimahnya bukan main panjang lebar.

Raya kelima aku terima kad raya daripada Syafiq Kyle. Macamkan ko kenal je cara ko cakap tu. Tidaklah. masa tu aku tengok website Syafiq. Kemudian terpandang kat Projek Kad Raya Syafiq. Apa lagi aku pun mencuba nasib. Isilah maklumat yang diminta. Aku siap buatkan untuk dua orang kawan aku lagi. Tapi itulah, sorang dapat. Sorang lagi sampai ke sudah dok kecewa tak terima pun kad raya Syafiq. Mampu kesian ajelah. Agaknya kad raya Syafiq dah kehabisan. Tak apa kita cuba lagi tahun depan.

Inilah rupa kad rayanya. Masa ini Adriana bawa masuk. Aku tengah makan kat meja. Masa tu aku masih lagi bercuti. Sambung cuti sebab muka gatal-gatal. Salah makan. Aku pun bukaklah sampulnya. Terpampang kad raya coklat ini. Hati berbunga riang.

Adriana tanya, "Ma, siapa hantar?"

"Syafiq Kyle."

"Wahhhh macam mana mama boleh dapat. Mama kawan dengan Syafiq Kyle ke?"

Mama nak ketawa pun hado. Banyaklah ko pun kawan. Masa aku terima kad ini suami aku keluar pergi main golf.

Zoom sikit kadnya.

Ini bahagian luarnya.

Ini pula bahagian dalamnya.

Ada soalan pula tu. Sempatlah si Syafiq ni menulis banyak-banyak. Tapi kawan aku yang dapat tak ada soalan cuma sign Syafiq aje. Kira aku bernasib baiklah. Jangan eksen sangat.

Bila tuan kastam balik, Adriana cakap "Pa, mama hari ni dia teruja sangat."

Wah, si kakak pula yang over tahu perasaan mama. Bukan mak ko lompat bintang ke apa masa buka sampul kad tadi. Dalam masa yang sama, "Ma, macam mana mama boleh dapat. Nana pun nak jugak."

Tak puas hati lagi tu. Hahaha. Itu sahajalah kisah aku dan kad raya Capik Kyle.
Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim

Sambutan Raya Di JKM

Assalamualaikum.

Selamat pagi.

Selamat berhujung minggu. Entri kali ini ada tiga peringkat sambutan raya yang aku ikut serta di bawah jabatan. Bukanlah jabatan yang buat tiga peringkat. Ada yang bahagian buat jamuan raya, ada pejabat kebajikan daerah yang buat dan akhir sekali barulah jabatan yang adakan jamuan raya secara besar-besaran. Tidaklah besar pun majlis tapi kiranya meriahlah juga.

Pada mulanya aku tidak mahu ikut serta tapi memandangkan kawan-kawan ajak aku pun ikutlah. Bukan apa mulanya tak ada orang nak jaga pejabat sebab majlisnya diadakan di Rumah Perlindungan Ke-4 di Tanjung Keling.

Aku yang volunteer nak tinggal. Tapi sebab ada orang pagi itu aku pun ikutlah kawan sepejabat yang bertolak daripada pejabat. Begitulah kisahnya. Dapatlah aku bergambar. Motif sangat.

Ini masa bahagian operasi buat jamuan. Kami sekadar menumpang makan. Dia orang yang buat potluck.

Bertiga aje sebab kawan lagi sorang masih cuti bersalin.

Dah lama tak bergambar berdua. Tempat yang sama kami pernah ambil cuma saiz badan aje sudah berbeza. Hahaha. Menyentap makcik sebelah. Alhamdulillah, kawan aku sudah mengandung zuriat pertamanya setelah setahun menunggu.

Selfie kami bertiga.

Bergambar dengan rakan sepejabat yang lama. Dia baru bertukar balik Melaka.

Bergambar kat tangga pun boleh.

Waktu ini kaum lelaki dah pi solat jumaat baru kita orang bergambar kat sini. Tidaklah segan.

Sekali lagi. terima kasih pada photoG.

Image may contain: 4 people, including Nurul Nyrul, Fyda Adim and Umi Norsofiah, people smiling, people sitting and indoor
Ini pula sambutan raya PKMD Melaka Tengah. Kiranya kami sebagai tetamu. Pejabatnya di bawah aje. Kawan sudah naik cuti bersalin.

Gambar amik makanan pun kena ada. Hehehe.

Image may contain: 4 people, including Nurul Nyrul and Fyda Adim, people smiling, selfie and close-up
Usai makan masing-masing tersenyum riang.

Image may contain: 4 people, including Fyda Adim and Nurul Nyrul, people smiling, outdoor and close-up
Bergambar di koridor.

Image may contain: Umi Norsofiah, Nurul Nyrul, Fyda Adim and Adilla Mokhtar, people smiling, people sitting and close-up
Di dalam pejabat pula.

No automatic alt text available.
Inilah jamuan raya anjuran jabatan yang diadakan pada akhir Syawal.

Aku sempat buat pemeriksaan kesihatan. Nak buat pemeriksaan ini, bukan main perut aku memulas. Sejenis perangai yang tak hilang dari zaman anak dara sampaikan zaman mak anak dua. Entah apa punya perangai.

Lelaki berbaju melayu itu adalah Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Burhanuddin Bachik namanya.

Image may contain: 9 people, including Irma Katrina, Sham Sino, Fyda Adim, Harriani Samsudin, Aisya Borhan, Maziana Bte Abdullah and Siti Sara, people smiling, food
Sebahagian kaum hawa Bahagian Khidmat Pengurusan.

Image may contain: 9 people, including Umi Norsofiah, Sham Sino, Fyda Adim, Rozita Mohd Shah, Aisya Borhan, Maziana Bte Abdullah and Siti Sara, people smiling, people sitting, table and food
Jadilah aku terselit di belakang itu.

Image may contain: 11 people, including Yatt Kecik, Maziana Bte Abdullah, Nurul Nyrul, Fyda Adim and Umi Norsofiah, people smiling, outdoor
Kami sempat bergambar beramai-ramai di photobooth yang disediakan.

Image may contain: 7 people, including Umi Norsofiah, Fyda Adim and Nurul Nyrul, people smiling
Kami lagi secara dekat pulak gambarnya.

Image may contain: 4 people, including Umi Norsofiah, Fyda Adim and Nurul Nyrul, people smiling, people sitting
Beria empat orang ni berposing.

Image may contain: 12 people, including Siti Rozilah Novelis, Yatt Kecik, Sham Sino, Maziana Bte Abdullah, Nurul Nyrul, Fyda Adim, Adilla Mokhtar, Umi Norsofiah and Siti Sara, people smiling
Gambar ini dekat sikitlah. Baru cantik.

Image may contain: 12 people, including Sham Sino, Fyda Adim, Umi Norsofiah and Siti Sara, people smiling, people standing
Free style.

Image may contain: Nurul Nyrul, Umi Norsofiah, Fyda Adim and Adilla Mokhtar, people smiling, people sitting
Selagi boleh bergambar selagi itulah kita orang bergambar.

Image may contain: 5 people, people smiling, people sitting and table
Sudah mencari port masing-masing untuk menikmati juadah yang disediakan.

Image may contain: 4 people, including Aisya Borhan, people smiling, people sitting
Geng BKP sudah makan di bawah pula.

Ada pula mamarazzi. Tau-tau gambar ni masuk dalam grup whatsapp aje. Hahaha.

Akhir sekali gambar aku dengan geng lari merangkap rakan sepejabat di luar pagar RP4. Gambar sebelum pulang. Mestilah bergambar buat kenangan. Mana tahu akan datang detik ini tidak mampu kita ulang.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim