Monday, May 21, 2018

Kisah Ramadhan: 4 Ramadhan

Assalamualaikum.

Semalam, aku gigih dan bersemangat lagi memasak pelbagai juadah. Masa hari cuti inilah nak masak macam-macam. Suami dah kerja. Jadi semalam aku ajak mak ayah, adik dan keluarga berbuka dekat rumah. Tidaklah aku dan anak-anak sendu berbuka puasa bertiga sahaja.

Sebelah pagi, aku dan anak-anak keluar jemput mak dan ayah. Kemudian bawa mak ke Tesco sebab mak nak beli barang dapur sikit. Memandangkan ayah tak boleh berjalan sangat, aku teman ayah dalam kereta. Anak-anak aku ikut neneknya masuk dalam Tesco.

Dalam pada duduk dalam kereta, aku mencari idea nak masak apa. Sebenarnya memang ada idea dah cuma nak tengok barang semua dah ada ke tidak. Sampai rumah dalam jam dua. Aku solat dan terus masuk dapur. Sebelum tu aku dah singgah kedai depan taman beli barang sikit.

Aku mula masuk dapur awal. dalam jam tiga aku dah mula potong-potong apa yang patut. Sudahnya aku bercadang nak masak nasi minyak.

Menu semalam yang aku masak. Mee goreng dan bubur kacang hijau pemberian jiran.

Nasi minyak.

Ayam masak merah.

Paru goreng sambal.

Jelatah.

Puding roti.

Puding roti yang telah dipotong.

Mak ayah, adik dan adik ipar. Hat tu terpaksa distickerkan kerana tidak bertudung.

Kanak-kanak terpaksa duduk bawah atas sebeb ketidakcukupan kerusi dan meja makan yang comel. Hahaha. Begitulah kisah semalam. Alhamdulillah. Masih diberi peluang berbuka puasa dengan mereka. Syukur atas nikmatmu ya Allah.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim







Kisah Ramadhan: 3 Ramadhan

Assalamualaikum.

Sementara nak menunggu waktu berbuka puasa, bolehlah aku kongsikan menu Ramadhan untuk hari ketiga. Hari ketiga Ramadhan, aku pulang ke rumah mak mentua. Berbuka puasa di sana. Bila berbuka di sana tak adalah nak berposak nak memasak. Bawa menu sekadar tambah-tambah dan menu sampingan gitu.

Memandangkan biras aku sedang mengandung dan dia buat permintaan. Nak bubur jagung katanya. Kalau ibu mengandung buat permintaan memang tidaklah kau nak pegun aje kan. Gigihlah aku membeli barang dua hari sebelum untuk masakkan dia bubur jagung.

Mujurlah dia buat permintaan yang senang-senang aje menunya. Kalau dimintanya kambing golek mahu bergolek juga aku masa tu. Haha. Kambing pun aku tak makan. Jadi hari sabtu tu aku cuma bersantai-santai di dapur menyiapkan dua jenis menu.

Bubur jagung.
Mee goreng.

Bahan-bahan untuk buat bubur jagung.

Siap sudah bubur jagung seperiuk.

Mee goreng dan bubur jagung hasil air tanganku.

Menu di rumah mak mentua. Sebelah suami memang ramai. Jadi menunya pun banyaklah.


Cucu-cucu mak mentua. Ini tak cukup korum. Ada empat orang lagi cucu mak yang tak ada.

Budak berdua ni bila suruh bergambar macam-macam gayanya. Capik Kyle versi kecik dengan sepupunya Emma Sofea. Bukan Emma Maembong ya. Hahaha. Begitulah kisah 3 Ramadhan kami di rumah mak mentua.

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Projek Kad Raya

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.

Sudah masuk lima hari kita menjalani ibadah puasa. Semoga semua berada di bawah lindungan-Nya agar kita dapat melakukan ibadah dalam bulan yang mulia ini. Memandangkan sudah bulan puasa, aku ada sedikit projek untuk raya.

Seperti tahun lalu, projek ini juga akan dilakukan untuk tahun ini. Tradisi memberi kad raya sudah agak tenggelam sejak dunia komunikasi kita semakin canggih. Untuk tidak mahu tradisi memberi kad raya ini hilang begitu sahaja, aku masih mahu mengekalkan tradisi ini.

Seronok bukan kita mengirimkan kad raya pada kawan-kawan yang jauh di mata sebagai pengganti diri. Jadi pada sesiapa yang sudi mahu menerima kad raya daripada aku, bolehlah isi borang di bawah ya.







Nama:
Email:
Alamat penuh:
Nombor Telefon

Semoga dengan projek kecil-kecilan aku ini dapat mengeratkan perhubungan alam maya dengan korang semua. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Fit Malaysia Di Melaka

Assalamualaikum.

Entri kedua untuk hari ini. Ini adalah larian terakhir yang aku ikut serta sebelum kedatangan Ramadhan. Fit Malaysia yang diadakan di Telok Mas. Tarikhnya 21 April 2018. Masa tu hari sabtu. Memandangkan larian ini percuma, aku bawa anakanda berdua. Suami tak ikut sebab masa tu dia berkursus di Kelantan. Jadi aku pergi tiga beranak saja.

Aku tumpang kawan aku. Tapi aku ke rumahnya dan tinggalkan kereta di rumahnya. Aku ni setakat jalan dari rumah ke tempat kerja, ke rumah mak aku dan paling jauh ke rumah mak mentua gigih lagi aku tahu jalannya. Luar dari kawasan memang aku tak pernah nak tahu.

Kita orang keluar dalam 6.30 pagi ke rumah kawan aku. Kemudian terus ke Telok Mas. Cari parking aje dah makan masa. Punyalah ramai umat manusia.

Sebelum lari kita bergambar dulu. Inilah geng lari aku. Barulah cukup korum.

Bergambar dengan anak-anak pula.

Aku dan Adriana. Ammar ke depan dengan anak kawan aku.

Masa ni Adriana aje yang nak bergambar.

Akhirnya sampai juga kita orang lari sejauh 5km. Jenuh juga nak menjawab soalan Ammar. 

"Ma, jauh lagi ke nak sampai?" 
"Mama asyik cakap lagi sikit nak sampai tapi tak sampai-sampai pun."

Mama dan Adriana.

Dah lama tak bergambar begini. Dah dua kali tak cukup korum aje.

Bergambar pula dengan isteri officemate aku seperti biasa. Mesti jumpa dia lepas dah habis lari.

Geng mak-mak yang lari. Geng bergambar pun boleh jadi jugak.

Inilah acara larian yang terakhir sebelum bulan puasa. InsyaAllah lepas puasa kita sambung lagi. Semoga ada kekuatan lagi untuk ikut serta. Setakat ini sudah lima medal terkumpul. Alhamdulillah dengan hobi baru ini. 

Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


OST Drama Nur Tak Pernah Hilang

Assalamualaikum.

Siapa tengok drama Nur? Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Aku memang tak pernah tinggal tengok drama Ramadhan setiap tahun. Memang drama Ramadhan yang ditayangkan mesti menyentuh jiwa. Sudah tentu-tentu drama Nur ini pula aku tak tinggal sebab pelakonnya best dan pelakon kegemaran yang berlakon.

Gitulah sokongan peminat. Hahaha.

Lagu ost drama Nur ini pun best. Nyanyian Kaer dan Amylea. Tajuknya Tak Pernah Hilang. Drama Capik Kyle berlakon ostnya mesti tajuk konsep hilang agaknya. Drama Tak Ada Cinta Sepertimu tajuk ostnya Hilang nyanyian Marsha.

Baiklah, tak nak bebel panjang-panjang. Korang boleh dengar sendiri kat youtube ya. Semoga terhibur.

Hasil carian imej untuk drama nur
sumber : google



Lirik Lagu Tak Pernah Hilang

tiada siapa yang pernah tahu
tiada siap yang pernah rasa
biar mereka coba mau, coba ada denganku

mestikah kau perlu menjauh
mestikah kau perlu menghalang
perasaan yang pernah datang
yang tak pernah hilang

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

jika aku yang engkau ingin
kunantikan satu jawaban
perasaan yang pernah datang
yang tak pernah hilang

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu memahami
tiap getar hatimu

aku yang merindumu
selalu menantikan dirimu
yang selalu rindu
yang selalu menantimu

Salam pena,
Fyda Adim



Sukan Sekolah

Assalamualaikum.

Selamat pagi isnin.

Semoga tak ada yang 'monday blues' ya. Semoga kita bertenaga sepanjang hari melakukan tugas hakiki dan tugas harian walaupun kita berpuasa. Semoga apa yang kita lakukan dipermudahkan Allah swt. Entri pertama untuk hari ini aku nak titipkan kisah sukan sekolah anak-anak yang dibuat dalam bulan April hari itu.

Sukan sekolah tersebut diadakan pada hari Khamis sebelah petang. Dalam jam dua petang acaranya akan berlangsung. Aku amik halfday hari itu. Anak sulung masuk acara sukan jadi kenalah aku datang untuk tengok dia.

Awal-awal dia sudah pesan pada aku suruh datang ke sekolah. Aku keluar pejabat dalam 12.45 tengah hari. Kemudian balik rumah salin baju dan bersiaplah apa yang patut. Tidaklah aku nak berpanas-panasan di tengah padang dengan berbaju kurung.

Masa ini belum ramai ibubapa yang sampai. Dari jauh kelihatan khemah rumah-rumah sukan yang terdiri daripada rumah biru, hijau, kuning dan merah.

Kemudian acara perarakan masuk padang bermula.

Aku dah berdiri di tepi padang. Rasa macam buat latihan akhirat. Memang cuaca panas sangat masa ini.

Adriana yang berbaju merah dari kiri tu. Dia terpilih untuk acara larian. Ini untuk 100 meter kalau tak silap. Dia masuk 100 meter, 200 meter dengan 4x100meter. 

Itu dia dengan penuh semangat berlarinya. Aku dulu memang tak aktif sukan macam Adriana. Jadi dia bukan menurun daripada akulah. Masa ini suami belum sampai lagi dari Johor.

Setengah jam acara bermula, suami pun tiba.

Kemudian nampak Ammar pula. Katanya dia tak masuk acara. Rupanya dia ganti kawan dia. Dia yang berbaju kuning tu.

Itu dia berlari dengan penuh semangat.

Dalam pada khusyuk menengok anak-anak berlari, mata aku tertancap pada lelaki ini. Ini cikgu sekolah aku. Aku siap snap gambar dan hantar kat geng kawan sekolah tanya apa nama cikgu ni. Macam-macam versi yang keluar. Sulaimanlah, yang kata nama cikgu ni mula huruf M lah, yang tak ingat langsung pun ada. Rupanya nama cikgu ni Hashim. Huh.

Aku snap lagi gambar cikgu aku. Teruja tapi aku segan nak tegur. Haha. Jadi aku perati dari jauh. Cerita kat laki dia suruh tegur. Kalau tu boleh selfie dia kata. Sajalah tu.

Penyampaian hadiah. 

Sesungguhnya aku suka tengok anak aku. Tetiba. Sebab dulu aku tak merasa nak bersukan bagai. Tak minat satu hal. Tak terror pun satu hal. Bila lompat tinggi aku setakat lari dan tolak besi penghadang tu. Asal buat. Gitu. Terukkan.

Adriana dan gengnya.

Para pemenang bergambar dengan guru besar.

Masa ini guru besar kumpulan kuning juara keseluruhan. Kemudian umum olahragawan dan olahragawati. Ada hadiah perseorangan yang tak sempat habis bagi sebab masa dah suntuk jadi dia orang tangguh bagi masa perhimpunan. Begitulah kisah anak-anak aku di sekolah baharu mereka. Rasa mereka seronok dan aku pun turut seronok. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim