Wednesday, May 2, 2018

MMU Superhero Run

Assalamualaikum.

Hai semua orang.

Ini adalah penyertaan kedua aku untuk larian. Gigih sungguh tahun ini uuntuk ikut serta segala mak nenek larian. Larian yang dianjurkan oleh Multimedia University ini berbayar. Rasanya RM55 untuk early bird. Sanggup sebab medal dia cantik. Gigih berlari untuk 5km hari itu. Awal pagi pulak dia orang flag off. Kita orang bertiga memang keluar rumah sebelum Subuh. Berhenti Subuh kat Petronas.

Keluar pergi kerja pun tak seawal begitu. Memandangkan kejadiannya hari ahad, suami pula kerja. Anak-anak aku hantar kat rumah mak kejap. Memang dah janji dengan dia orang, "Lepas mama habis lari aje terus mama amik Nana dan Ammar."

Race Kit sudah diambil oleh Kazana sehari sebelum larian.

Ini masa pagi kejadian. Kami berhenti di Petronas untuk bersolat.

Seperti biasa geng lari aku. Hari tu janji nak pakai tudung warna merah.

Senget-benget dipasangnya. Asalkan bolehlah.

Pentas utama.

Sebelum lari kenalah bergambar.

Tadi gambar depan. Ini gambar belakang pula. Pompuan ginilah.

Dari depan : Zanariah, Fyda dan Mardiana. Singkatkan ZFM. Haha. Suka hati aje.

Selagi belum mula memang meratalah aku bergambar.

Tak tahu kenapa aku suka sangat gambar ini.

Gambar ini jugak.

Larian sudah bermula.

Gigihkan berlari sambil bergambar.

Alhamdulillah sampai juga ke garisan penamat. Inilah medalnya.

Dah terima medal bergambarlah lagi sampai lebam. Kalau kena geng yang kuat bergambar memang seronok sebab aku pun gila bergambar.

Bergambar kat backdropnya pula.

Yang depan memang selalu jadi mangsa pegang handphone sebab dia yang tinggi.

Selesai 5KM Superhero Run.





Kemudian dapatlah bergambar dengan Superhero yang ada. Aku risau betul dengan Spiderman sebelah aku tu. Ligat nau berposingnya.

Aku sendirian pula.

Akhir sekali, gambar kami untuk hari itu. Gambar ini pun aku sukalah.

Adakalanya aktiviti sebegini boleh merapatkan ukhwah. Semoga ia dapat diteruskan agar ukhwah ini sentiasa terjalin hendaknya. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim


Empat Hari Bercuti

Assalamualaikum.

Cuti empat hari adalah tersangat nikmatnya hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Seronok bercuti. Perasaan tidak seronok ini makin menjadi-jadi. Nampaknya aku kena ubah angin ke tempat baru. Mula cuti hari sabtu, aku ke pesta buku di PWTC. Itu memang hari yang ditunggu-tunggu. Nanti akan diceritakan di lain entri.

Ahad berehat di rumah. Memandangkan aku memikul 10 buah buku balik dari pesta buku, sakit-sakit badan dibuatnya. Terasa membadang sangat. Mana tidaknya, beg belakang, beg tepi, beg silang dan pegang beg plastik. Berat yang amat.

Jadi ahad tu, bersantai di rumah. Sakit badan pun kerja di rumah tetap perlu dilakukan. Masuk juga dapur. Kenalah masak untuk isi rumah yang ada. Sat lagi kebulur pula depa tiga beranak. Haha. Mak kalau tak sihat kena juga bersilat. Sakit sikit-sikit disuruh lawan. 

Aku masak kari udang aje. Ayam goreng encik suami yang masak.

Kemudian keluar beli barang dapur. Baliknya suami buatkan buah lai dan jambu yang digaul bersama mayonaise dan kulit limau yang diblender. Sedap sangat.

Isninnya aku sambung cuti. Pagi hantar anak-anak ke sekolah. Kemudian terus balik ke rumah. Siap tapau makan sebab tak nak sentuh dapur. Gitu kononnya. Pagi itu lepas sarapan aku layankan novel Mr. Grey dulu. Kemudian bila selesai barulah aku memulakan operasi mengemas kain baju yang berlambak. Ada baju yang memang tak pakai dan jarang dipakai. Aku masukkan dalam kotak untuk dihantar ke rumah anak-anak yatim.

Kemudian ke Family Store untuk beli barang kering rumah anak-anak yatim dan selepas itu aku serbu kedai makan dek kerana kelaparan yang amat sangat. Aku pekena pecalele. Kemudian dalam perjalanan pulang, jiran telefon. Rupanya ada sambutan hari lahir anaknya. Makan lagi. Memandangkan dia tunggu anak-anak aku untuk potong kek, memang kenalah ke rumahnya. Alhamdulillah rezeki perut semalam. 

Semalam hanya keluar hantar segala barang ke rumah anak-anak yatim.

Selebihnya di rumah. Aku masak kari ayam dan telur dadar. Kemudian sambung berkemas lagi. Kemas lagi almari baju dan susun baju yang dipakai serta tudung.

Aku sempat kemas bilik kecil aku merangkap bilik buku, bilik menulis dan bilik stor. 

Tempat baru untuk novel-novel aku. Walaupun kecil nasiblah dia belum rupa stor sangat. Akan disisihkan lagi barang-barang dalam bilik ini nanti. Semalam buat setakat mana yang termampu saja. Dari hari sabtu asyik mengangkat barang berat aje. Badan pun sakit-sakit rasanya. Kena berhenti dululah nampaknya bagi badan elok sikit.

Sekian dulu entri untuk pagi ini. 
Bersambung di lain entri.

Salam pena,
Fyda Adim



Wednesday, April 25, 2018

12 Tahun Berkhidmat

Assalamualaikum.

Tanggal 27 Mac 2018, genap 12 tahun aku berkhidmat sebagai penjawat awam. Tak sangka sudah masuk angka belas-belaslah juga. Tiada lain yang mampu diucapkan. Alhamdulillah. Masa itu aku berusia 23 tahun semasa aku melapor diri di Putrajaya. Tempat pertama aku ditempatkan adalah di Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah. Merasalah aku selama sepuluh bulan berkerja di Putrajaya sebelum aku berpindah balik ke Melaka.

Waktu aku terima tawaran itu, aku baru sahaja bertunang. Rezeki kan. Itu yang aku mohon pindah balik ke negeri sendiri sebab bakal suami kerja di Melaka. Begitulah kisahnya. Apa-apa pun kenangan berkhidmat di Putrajaya sentiasa dalam ingatan.

Kawan-kawan yang sama lapor diri.
Kawan-kawan masa di KKLW.

Kenangan pergi BTN.
Kenangan Kursus Induksi Umum.
Kenangan Kursus Induksi Khusus.
Tak pernah dilupakan.


Gambar ini semasa aku menghadiri kursus induksi di PD. Bersama pegawai kami iaitu Encik Afnan.

Antara kawan rapat semasa di KKLW. Azliyana namanya. Sampai sekarang masih berhubung. Dia juga antara bridesmaid masa aku kawin.

Bersama Kak Linda. Tak silap masa ini kita orang nak berbuka puasa.

Inilah keluarga KKLW semasa aku berkhidmat di sana.

Itulah kenangan yang ada. Banyak lagi gambar tapi biarlah hanya menjadi tatapan aku. Sebahagiannya masih lagi berhubung. Sama ada di grup whatsapp atau pun di laman muka buku. Semoga kenangan manis ini tetap menjadi ingatan. Sekian dan wassalam.

Salam pena.
Fyda Adim


Tuesday, April 24, 2018

Cerita 15 Februari 2018

Assalamualaikum.

Kebetulan anak buah yang duduk di Bangi balik bercuti seminggu. Masa itu sebelum cuti Tahun Baru Cina. Jadi bila semua ada kita orang pakat-pakatlah nak keluar sama. Bukan senang nak sama-sama macam ini bila masing-masing sudah berkahwin. Adakalanya terikat dengan macam-macam komitmen. Bila sorang dapat pelepasan begini kami yang kat rumah mestilah seronok.

Merancang nak keluar sama-sama walaupun sekejap. Dapat bersembang dan bersantai sambil makan-makan. Nak shopping memang tidaklah kan. Dapat keluar sekejap pun sudah cukup heaven. Aku keluar jumpa dia orang lepas balik kerja.

Aku jemput dia orang kat rumah. Sebelum keluar mestilah bergambar. Paling suka gambar ini. Terima kasih pada photoGnya.

Sekali lagi. Cucu aku sudah tak reti nak tengok kamera.

Dalam kereta pun mesti nak berswafoto. Setiap pergerakan mesti dikenang. Begitulah kononnya.

Kami ke AEON Ayer Keroh dan melepak di KFC. Itu saja yang paling mampu ketika itu sebab perlu berjimat gaji awal nak raya cina.


Bergambar tak habis-habis. Cucu aku sampaikan tertidur.


Aku dan Adibah. Kebetulan dia dapat keputusan master dia dengan cemerlang. Alang-alang kira meraikan dia sekali.

Kemudian aku nak beli hadiah kawin untuk kawan sekolah.

Sementara menunggu hadiah dibalut.

Inilah cucu aku, Amanda Dareena namanya.

Kita orang masuk Popular dan ternampak buku Antologi Cerpen Kelip-kelip Kusangka Api. Suruhlah anak buah aku bergambar dengan buku aku tu.

Ini pula sementara menunggu Adibah. Dia tengah beli barang masa ini.

Baru bergambar semuanya. Kita orang ini nama semua pangkal A. Alfidah, Afiqah, Amirah, Amanda dan Adibah. Gigihkan. A with love. Hahaha.

Sebab viewnya cantik aku pun bergambar dengan Amanda. Semenggah lagi nenek mendukung budak kecil. Sudah lama tak dukung bayi memang lenguh jugalah tangan. Amanda pun sudah semangat badannya. Itulah cerita kami untuk beberapa jam keluar berjalan. Sekian dan wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim



Segmen Motivasi Sihat Dalam Mingguan Wanita

Assalamualaikum.

Hai semua.

Alhamdulillah. Momentum menulis macam dah sampai. Hari ini muncul lagi dengan entri yang baharu tapi ceritanya sudah lama. Oleh sebab memang sudah terperam dalam folder draft, marilah aku coretkan sedikit sebagai kenangan. Kenangan buat aku dan keluarga sekurang-kurangnya.

Awal tahun hari itu kisah aku dan keluarga terselit dalam ruangan Motivasi Sihat dalam Majalah Mingguan Wanita. Dapatlah aku berkongsi serba sedikit tentang aktiviti hiking yang aku selalu ikut tok laki.

Jadilah kenangan dalam majalah.

Kononnya jadi pembakar semangat. Begitulah harapannya. Semoga walaupun tidak berhiking sekurang-kurangnya aku dapatlah meneruskan cara kehidupan sihat dengan lebih baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan.

Inilah ruangan yang dapat aku dan keluarga terselit. Terima kasih pada wartawannya kerana sudi menyiarkan kisah aku yang tidak seberapa. Alhamdulillah. Sekian dulu entri ringkas untuk pagi ini. Nanti aku muncul dengan entri yang lain pula. Wassalam.

Salam pena,
Fyda Adim