Monday, May 5, 2014

~Menu Hujung Minggu : Roti Jala Dan Mee Bandung~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Entri kedua menyusul untuk hari ini.  Sambil menyelam minum air gamaknya.  Jangan lemas sudah.  Kebetulan internet ipad ada jadi gunakan sebaik mungkin.  Tidak ada apa yang menarik.  Sahaja mahu bercerita aktiviti memasak aku pada hujung minggu.  Itu sahaja waktu yang sesuai untuk bersilat di dapur.  Hari lain memang ikut masa dan kesempatan.  Apa pun cuba juga masak untuk kami empat beranak.

Sabtu tu bercadang mahu masak sesuatu selain daripada makan nasi.  Asben balik kerja malam.  Katanya tidak mahu makan nasi.  Jadi aku kata kita makan roti jalan dengan kari ayam.  Setuju!  Anak-anak masih lagi tidur, asben pun tidur sebab balik kerja malam.  Aku seorang diri di dapur mengulit tepung dan bahan-bahan membuat roti jala.  Pertama kali membuat roti jala.  Tak berapa nak pandai lagi nak membentuknya.  Jadilah itu asalkan jangan rupa lempeng.  Tapi habis ye asben dan anak-anak makan.  Suka hati! Berbaloi rasanya.

Semalam, masih lagi tidak mahu menjamah nasi.  Mulanya mahu masak mee goreng.  Tapi asben suruh masak mee bandung.  Kebetulan ada perencah mee bandung.  Rencah lain pun ada apa lagi maka terhasil lah mee bandung buatanku.  Itulah kisah masak memasak daripadaku di hujung minggu.    Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim


~Ke Pesta Buku Antarabangsa KL~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Selamat hari isnin dan selamat memulakan kerja.  Semoga permulaan hari ini baik-baik sahaja.  Jangan ada yang meragut permulaan hari ini dengan benda yang menyakitkan mahupun yang mengecewakan.

Okeylah, entri hari ini aku mahu berceritakan mengenai Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung lebih kurang sepuluh hari di PWTC. Bermula 24 April hingga 4 Mei 2014 dan semalam telah melabuhkan tirainya.  Tahun ini aku sempat menjejakkan kaki ke PWTC.  Aku ke sana pada hari ketiga ianya berlangsung iaitu sabtu lepas.  Dapat juga aku merealisasikan impian mahu ke sana.  Tahun sudah aku tak berkesempatan.  Tujuan utamanya aku mahu memborong novel, tujuan kedua kononnya mahu berjumpa dengan penulis Kabus Rindu aka sifu aku namun hasrat itu tidak kesampaian.  Kebetulan bateri telefon bimbit kehabisan jadi tak dapatlah mahu menghubungi penulis tersebut.  Kecewa sungguh! Hari ahad boleh pula penulis Kabus Rindu mesej aku kata dia di booth online bookstore, aku cari semalamnya di booth lain.  Huh! Memang belum sampai rezeki mahu bertemu.

Sebenarnya bertolak dari Melaka selepas zohor.  Kemudian letak kereta di KTM Seremban.  Naiklah tren kami empat beranak ke Bandar Tasik Selatan.  Kemudian dari BTS naik tren ke PWTC.  Senang sikit.  Tak payah mengadap kesesakan lalulintas.

Tiket tren di Seremban.

Ini sudah turun di PWTC.

Di PWTC ini sahaja yang dapat diambil.  Terlampau teruja menengok buku yang ada diskaun.

Apak dan anak-anak yang melayan omak mencari novel.  Duduk jap kepenatan.

Ini dalam perjalanan pulang setelah bersesak-sesak di PWTC.

Oleh sebab tren ke Seremban makin kosong dua beradik ini suka hati ke sana ke mari.

Balik singgah di Seremban dan makan di sini.

Sementara menunggu makanan, nana ajak main yang telur pecah sebiji.  Papa yang dipaksanya.

Inilah nama kedai yang kita orang singgah.

Amboi Ammar bukan main kalau nampak air.

Nasi goreng tomyam untuk aku.  Papa makan murtabak.

Hasil membeli di Pesta Buku.  Buku adriana dan buku untuk aku.  Ada yang kengkawan kirim juga.  Itu pun macam tak puas je membeli.  Ada novel yang aku nak beli lagi tapi tak terbeli.  Tak apalah nanti cari di kedai buku saja.  Itu sahaja cerita aku ke PBAKL bersama asben dan anak-anak.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

Sunday, May 4, 2014

~Bertemu Acu Teman Lama~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Selamat hari ahad.  Selamat beristirehat bersama keluarga tersayang dan moga selamat semuanya.  Hari ini empat haribulan adalah sebahagian tarikh yang menjadi ingatan di dalam diri.  Kenangan yang manis.  Nantilah akan diceritakan kalau punya kelapangan tentang tarikh hari ini.  Entri pagi ini mahu bercerita tentang pertemuan aku bersama teman lama sewaktu kami sama-sama belajar di Politeknik Ungku Omar.  Pertemuan yang dibuat pada hari jumaat lepas bertarikh 25 April 2014 di mana kebetulan kawan aku bercuti ke Melaka.  Maka perjanjian dibuat.

Malam itu kami bawa teman aku itu yang bertudung ungu makan asam pedas di Pasar Borong.  Orang Melaka pasti tahu di mana lokasinya.  

Masing-masing menikmati makan malam dengan penuh selera walaupun aku tidak berapa selera malam itu.

Bersungguh anak dara aku makan.

Sebelum pulang sempat rakamkan gambar bersama.  Lupa nak beritahu nama kawan aku Siti Hajar.  Dia bahasakan dirinya Acu dan aku bahasakan diriku sebagai angah.  Zaman belajar panggil macam adik beradik.  Alongnya ada cuma dia low profile.  Dari kedai makan hantar mereka pulang.  Berkonvoi.  Taklah mereka berposak mencari jalan pulang ke hotel.  Itu sahaja ceritanya.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

Saturday, May 3, 2014

~Berseminar Di Seri Negeri~

Teks : Fyda Adim
Foto : Koleksi Sendiri

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat petang semua.  Selamat hari sabtu dan berhujung minggu.   Bersiaran dari Mahkota Medical Centre melawat mak mertua aku.  Kemudian mahu berjalan-jalan kebetulan asben off day.  Saja mahu cerita entri untuk hari ini.  Minggu lepas aku menghadiri seminar di Dewan Seri Negeri.

Seminar Transformasi Patriosime anjuran Iksep.

Inilah kengkawan ofis yang terdiri dari mira mokhtar, kak nisah dan cc noraini.

Aku bergambar dengan kak mimah.  

Dengar ceramah dari Riduan Tee.  Memang best dengar ceramahnya.

Sebelah malam ke hospital melawat mak mertua.  Nanti aku ceritakan kenapa dengan mil aku.  Itu sahaja entri ketiga untuk bulan ini.  Sehingga bertemu lagi di lain entri.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim

Friday, May 2, 2014

~Pada Mulanya Saya Sangat Marah~

Teks : Kak Aina Emir
Foto : Blog Kak Aina Emir

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat tengahari semua.  Selamat hari jumaat.  Semoga hari jumaat ini memberi kita keberkatan.  Menjengah kembali di blog hari ini.  Rehat panjang jadi tidak ke mana-mana.  Jengahlah sekejap di blog ini.  Ini entri kedua untuk bulan ini.  Sambil itu seperti biasa blogwalking dari satu blog ke satu blog dan singgah baca di blog kegemaranku Kak Aina Emir.

Terbaca entri di blognya tadi membuatkan aku terfikir sejenak.  Sejak akhir-akhir ini banyak entrinya sangat menarik untuk dikongsi.  

Pada mulanya aku memang marah sangat pada 'seseorang'.  Iye, serius aku sangat marah dengan 'orang itu.'  Aku tak pernah kacau hidup dia tapi dia sudah kacau hidup aku.  Masa marah memang rasa nak rodok mata dia.  Huh! Saat kemarahan itu menghantui diri fikiran jadi tidak waras.  Kenapa dia tidak rasa bersalah dalam hal ini? Seperti aku pula yang bersalah.  Rupanya orang berpelajaran tinggi tidak semestinya punya keperibadian yang tinggi juga.  Tapi setelah aku baca entri Kak Aina membuatkan hatiku sedikit terpujuk.  Pada kengkawan pada 'si polan' itu bolehlah sampaikan pada dia.  

Mari baca apa kata Kak Aina mengenai 'Jangan Biar Tak Tidur Malam.'


Apa kata Kak Aina Emir?

Sementara itu, nak juga bercerita tentang perasaan marah atau dendam yang mungkin tersemat dalam jiwa kita. Ada ketika, sesuatu terjadi dalam hidup dan sesuatu itu membuat kita marah sangat-sangat dan mungkin kecewa. Kalau diikutkan hati mahu sahaja kita bagi orang yang kita marah tu makan 'racun tikus' (macam dalam cerita Wahai Kau Cinta- hehe), tapi... adoii... baik bersabar dulu.

Ada ketika, kita tak perlu pun buat apa-apa sekadar serahkan pada Allah SWT. Doa kita kepada Allah agar menjaga hati kita itu lebih baik lagi daripada kita pergi rodok mata 'orang yang kita marah tu' dengan garfu! Biar Allah SWT yang 'take care'. Allah Maha Melihat, Maha Mengetahui dan Maha Adil. Setiap perkara buruk yang dilakukan oleh hambanya, pasti ada balasannya. Hanya masa sahaja yang menentukannya. Kadang-kadang balasan tidak datang serta-merta, tetapi akan datang juga. Allah SWT sentiasa adil pada hamba-Nya.


Saya masih teringat sebuah cerita lama tetapi sangat benar. Ada seorang kawan sangat terkilan dan kecewa dengan sesuatu yang berlaku kepadanya hinggakan dia tidak kering air mata. Namun dia tidak berbuat apa-apa, sekadar menadah tanganya kepada Ilahi agar hatinya tidak rasa kecewa. Allah Maha Kaya dan Maha Mendengar, beberapa bulan selepas itu, 'orang' yang menyakitkan hatinya mula pudar penglihatannya. Suatu ketika, menjadi buta dan terpaksa korbankan wang ringgit untuk pulihkan keadaan. Namun tidak juga mampu untuk memulihkannya. Ketika itu, kawan saya itu sedang berada di luar negara kerana menuntut pelajaran. Bila balik ke Malaysia, 'orang' itu masih berdepan dengan masalah besar. Kawan-kawan lain tahu dan sedar akan hal mengapa matanya jadi begitu. Kata kawan-kawan yang lain kepada kawan saya, "L, maafkanlah dia... kau ampunkanlah dosa dia... selagi kau tak ampun, rasanya tak baik kot mata dia tu."


Kawan saya bersimpati kerana 'orang' itu terpaksa tanggung sakit buat sekian lamanya hinggakan menjejaskan kerjanya. Akhirnya kawan saya memehon doa agar Allah sembuhkan 'orang' itu dan dia mengaku yang dia sanggup memaafkan kesalahan 'orang' itu. Kebetulan, ketika pulang ke Malaysia, 'orang' itu datang bertemunya dan memohon maaf di atas segala kesilapannya. Tidak sampai sebulan pun, penglihatan 'orang' itu mula pulih dan akhirnya berjaya untuk melihat seperti biasa. Kuasa Allah SWT.


Kita tidak tahu, bila kita buat orang lain, mungkin Allah akan balas kita melalui anak-anak atau keturunan kita, sekalipun mungkin kita tidak merasanya. Mungkin juga, kerana kesalahan kita, kita tak mampu untuk tidur malam, malah jiwa sentiasa tak tenang siang dan malam. Kita rasa takut... terasa seperti ada orang yang nak datang di pejabat kita dan bagi kita penampar di muka, di depan orang ramai!


Huh!


Kalau kita buat salah, carilah jalan untuk dapatkan kemaafan. Kalau kita terasa diri diperlakukan orang lain, serahkan kepada Allah SWT, Allah Maha Adil.


Wassalam.






                                                                                                           

Thursday, May 1, 2014

~Selamat Hari Pekerja~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Selamat tengahari semua.  Selamat Hari Pekerja 1 Mei 2014.  Hari ini kita berehat sahaja.  Aku di rumah sahaja beristirehat bersama asben dan anak-anak.  Baru selesai masak dan dah mengisi perut masing-masing.  Lepas Zohor mahu keluar menjadi supir pada asben.  Hantar abang Jebat ke kerja.  Hari ini abang Jebat kerja petang.

Kepada yang bekerja hari ini selamat bekerja! Kepada yang bercuti tetap juga bekerja kan.  Berehat kat rumah kena buat kerja rumah pula.  Pasti ada yang sambung cuti esok.  Aku kerja tak ambil cuti pun sebab nak simpan cuti untuk cuti sekolah.  Itu sahaja.  Sekian dan wassalam.

Aku Penulis Picisan,
Fyda Adim