Tuesday, March 18, 2014

~Pagi Ini...~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selamat pagi semua.  Pagi ini kelewatan.  Tidak sempat nak bangun masak untuk bawa bekal sampai ada orang tu merajuk sebab aku tak bawa bekal.  Ahaks...Pagi ini kelewatan ketidak berupayaan.  Letih bebenar macam jadi pekebun.

Alhamdulillah, semalam pun hujan.  Senyuman terukir di bibir saat melihat bumi Melaka dibasahi hujan.  Nikmatnya setelah beberapa lama tidak turunnya hujan.  Teruskan berdoa tanpa henti...

Kerja memang tak habis-habis.  Sampai tak menang tangan.  Nak luah entah siapa yang mahu mendengar.  Jadi kita buat sahaja setakat yang mampu.  Kalau tidak nanti boleh membawa tekanan ke dalam diri.  Itu sahaja luahan perasaan untuk pagi ini.  Sekian...

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

Monday, March 17, 2014

~Belajar Tersenyum, Belajar Memaafkan...~

Teks : Fyda Adim
Foto : Carian Google

Assalamualaikum...

Selamat petang.  Alhamdulillah hari ini bumi dibasahi air hujan lagi.  Sejak sabtu hujan turun memberi kerahmatan setelah sekian lama berdoa supaya diturunkan hujan.  Sejak sabtu jugaklah masing-masing mengupdate status di laman muka buku termasuklah aku.

Status aku sabtu lepas berbunyi seperti ini...
'Alhamdulillah...Hujan jugak akhirnya.'  Macam itulah status aku.

Okey, mukadimah sahaja perihal hujan.  Tidak ada kaitan dengan gambar di bawah dengan bait kata-katanya.

Iye, seharusnya kita harus belajar.  Belajar untuk semua hal dan rasanya kata-kata di atas memang agak berat sedikit.  Sejauh mana kita boleh belajar tersenyum ketika terluka dan belajar memaafkan ketika sakit.  Hanya kekuatan sahaja yang diperlukan di dalam diri.

Itu sahaja yang mahu dikongsikan petang ini.  Renung-renungkanlah...Semoga memberi semangat dan perangsang...Sekian.

Wassalam...

Aku Penulisnya,





                                                                                                          


~Menghadiri Majlis Hari Jadi~

Teks : Fyda Adim
Foto : Kamera Fon Saya

Assalamualaikum semua...

Selamat pagi semua. Hola hari ini minggu terakhir hari bersekolah. Minggu depan sudah cuti sekolah kan? Mana destinasi percutian kali ini? Nantilah masih lagi berbincang...

Okey, nak cerita hari sabtu sebelah petang aku dan anak-anak ke rumah sepupu. Sepupu aku adakan kenduri dan sambutan hari lahir anaknya yang ke setahun. Jom tengok gambar...


Kanak-kanak ribena. Nayli, nana dan ammar. Maknya menyorok kat belakang.


Juadah yang telah disediakan.


Kek untuk birthday boy.


Sesi potong kek. Jenuh nak suruh tengok kamera.

Apa-apa pun selamat hari lahir pada Azfieq Miqaeel yang kesetahun. Sekian entri pagi ini. Bersambung lagi nanti...

Wassalam...

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Saturday, March 15, 2014

~Misi Hari Sabtu~

Assalamualaikum...

Selamat petang. Holaaa!!!Hari ini banyak kerjaan di rumah. Mana mahu membasuh, menyidai, melipat, menyapu, mengemas. Semput dibuatnya. Bibik! Tolong lipatkan baju. Mood berangan.

Tak pelah buat perlahan-lahan. Sekarang gigih lipat baju. Minggu lepas tak sempat nak lipat. Nak buat cepat-cepat sebab lepas asar mahu ke rumah sepupu buat majlis kelahiran anaknya.


Nak juga tunjuk yang ini sebahagian baju-baju yang sudah dilipat. Mata sudah agak memberat juga. Hihi...Nikmat sekali kalau dapat berbaring.

Okeylah, cukup dulu. Bersambung lagi. Sekian...

Wassalam.

Aku Penulisnya,
Fyda Adim

posted from Bloggeroid

Friday, March 14, 2014

~Turbine Ventilator Sudah Dipasang~

Assalamualaikum...

Selamat petang semua.  Ke mana arah tuju rehat anda? Aku sempat menjengah ke tempat pilihan di hati.  Nantilah aku ceritakan ke mana arah tujuku tadi.  Memang masuk kedai tu rambang mata.  Nasiblah ke sana poket tidak tebal.  Kalau tidak banyak yang menjadi belianku.  Bila poket tidak tebal jadi membeli itu lebih ke arah yang perlu.  Itu yang lebih diutamakan.

Okey, sebenarnya entri petang ni bukan nak cerita ke mana arah tuju aku tadi.  Itu hanyalah mukadimah.  Biasalah, aku kalau tidak ada mukadimah memang tidak sah.  Berbalik kepada tajuk, apa itu turbine ventilator? Korang tahu? Mari tengok...

Hah, itu yang dipanggil nama seperti di atas.  Sudah dipasang beberapa minggu yang lepas.  Apa fungsinya? Salah satunya menyedut mengeluarkan haba panas yang terperangkap dalam bumbung rumah dan menyejukkan suhu.

Itulah fungsinya.  Selain itu, udara dalam rumah lebih segar dan nyaman.  Apa lagi ye?

Dengan adanya ventilator ni keadaan rumah tidaklah sebahang sebelum ini.  Bolehlah...

Setiap bahagian di dalam rumah di pasang ceiling vent ini.  Di ruang tamu, bilik, dan dapur.  Untuk pemasangan ini waktu tu ada promosi rasanya.  Asben pilih yang 20 inci.  Harganya RM1200 untuk 2 unit.  Kalau tak silap aku.  Tapi pada warga Melaka, sesiapa yang ingin memasang ventilator ini, bolehlah berhubung dengan Encik Syahril di talian 018-2531262.  Aku sekadar war-warkan sahaja.  Tidak ada hubungan dengan orang ini.  Hehehe...

Itu sahaja entri untuk petang ini.  Nanti akan disambung lagi dengan entri yang lain.  Oh ye, pokok-pokok yang dibeli hari tu telah habis ditanam.  Cuma tunggu hasilnya sahaja.

Wassalam...

Aku Penulisnya,






                                                                                                          

~Penghulu Segala Hari~

Assalamualaikum...

Salam jumaat dan selamat tengahari buat semua.  Pembuka bicara untuk hari ini.  Penghulu segala hari.  Baru sahaja berkesempatan mahu menitip sedikit di sini kerana baru selesai majlis.  Satu majlis untuk banyak agendanya.  Majlis bacaan yassin, mesyuarat kakitangan, sambutan hari lahir dan majlis perpisahan untuk kakitangan yang akan bertukar.

Apa program tengahari ini? Dalam fikiran ada tempat yang mahu dituju.  Mahu beli sesuatu sebab nak menambahkan semak di rumah.  Selagi tak dibeli jiwa kacau.  Tunggu...Sekian.

Wassalam...

Aku Penulisnya,