Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua. Sudah masa untuk berehat dan menenangkan fikiran yang tak berapa nak tenang. Stress banyak kerja. Semua nak kejar dateline. Buntu kepala, buntu fikiran. Eh segala-galanya buntu. Sekarang masa berehat adalah masa untuk menulis di sini melepaskan segala kekusutan yang menyelubungi diri.
Oklah, memandangkan hari tu tak sempat nak habiskan cerita percutian di Sabah so hari ini aku mahu coretkan serba sedikit mengenai percutian yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri aku dan anak-anak. Percutian yang agak lama dan percutian yang setiap hari dihitung. Siapa yang tidak suka kan kalau pergi bercuti.
Ada beberapa keping gambar dalam entri ini ketika aku dan keluarga selamat sampai di Kundasang. Tempat yang menarik. Marilah tengok gambar.
Perjalanan aku dan anak-anak hanya bertiga menuju ke destinasi di seberang laut. Ini di tempat penginapan kami hanya semalam.
Hari keempat sudah mahu cek out.
Aku dan anak-anak memang sangat teruja.
Ammar slack betul kalau bergambar.
Mama and cute little doter. Dalam dirinya ada diri aku.
Bergambar sebelum meninggalkan tempat penginapan kami.
Ini tempat paling menarik hati aku.
Cantikkan tempat ni?Ala-ala luar negara gitu.
Sebelum meninggalkan Kinabalu Park. Walaupun renyai-renyai ketika ini tetap turun untuk bergambar. Itu sahaja cerita yang sudah basi dan sememangnya basi. Tapi sebab mahu dicoretkan di sini sebagai kenangan gigih jugak upload gambar yang tidak diedit apa-apa. Sebabnya, MALAS!
Sekian..Jumpa lagi di lain entri...
Wassalam....
Assalamualaikum...
Selamat pagi semua dan salam maulidur rasul. Semoga hari ini kita beroleh keberkatan sempena hari yang mulia ini. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Kekasih Allah dan
nabi kesayangan kita. Semoga kita beroleh syafaat daripada-Nya.
Sabda Nabi SAW : 'Barang siapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari ia akan beroleh syafaat pada hari kiamat.' (Riwayat Ath-Thobarani)
Senyum, menangis, gembira suatu perasaan yang tidak dapat dijangka. Ia ada pasang surutnya dalam kehidupan ini. Hanya kita sahaja yang mampu mengawal setiap perasaan yang menyelubungi diri kita ini. Sekian dulu entri pagi ini. Berjumpa lagi di lain entri...
Wassalam....
Assalamualaikum...
Selamat tengahari semua..Kejap je dah 13 hari di tahun baru ini. Mood hari ini suam-suam kuku. Ada ke mood cam gitu?Adalah kut. Suka hati akulah, mood aku. Suam-suam kuku bermaksud tidak terlalu happy dan tidak terlalu sedih. Cam tulah lebih kurang. Mulakan hari ini dengan senyuman. Lapangkan dada dan lapangkan fikiran. Teringat kata seorang ustazah apa yang berlaku menghapuskan dosa-dosa kita. Terasa diri ini begitu kerdil.
Korang dah makan?Hari ini aku dok bertapa saja kat opis memandangkan kengkawan tiada. Lagipun hari ini aku bawak bekal. Sarapan dan makan tengahari. Bangun pagi tadi goreng nasi untuk adriana sekolah dan bekalan asben kerja. Tak sempat makan kat rumah so aku bekalkan untuk asben.
Hari ini mahu melapangkan fikiran. Mahu memikirkan yang baik-baik sahaja. Bersangka baik maka terjadilah yang baik. Semoga yang baik-baik sahaja untuk hari-hari yang akan datang...In sha Allah...Oklah sekian dulu entri untuk hari ini. Bersambung lagi...
Wassalam...
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Hari ini agak lemah. Badan sakit-sakit. Rasanya perlu diurut sebab sudah lama tak berurut. Alangkah bagusnya kalau dapat berurut. Entri petang ini aku dapat ilham ketika duduk sendirian. Tiba-tiba mahu berkongsi dan membincangkan tentang erti REDHA. Mahu meredhakan hati yang pasrah.
Agak berat bunyinya?Iye, memang berat. Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah. Dua perkataan yang berbeza sebenarnya walaupun pada dasarnya kita lihat seakan sama. Ramai yang tidak tahu dan masih keliru tentang perbezaan antara REDHA dan juga PASRAH.
Redha itu didefinisinya menerima dengan rasa senang dan seikhlas hati dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t manakala pasrah pula didefinisikan sebagai menerima sesuatu yang diberikan oleh Allah s.w.t walaupun hati kita terasa pedih dan perit.
Jika ada yang tidak menggembirakan hati janganlah sesekali menyalahkan takdir walaupun kadang-kadang tanpa niat, kerana mengikut emosi kita menyalahkan takdir secara tidak langsung. Mungkin apa yang diberi pada kita adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita. Secara tidak langsung mendekatkan kita pada pencipta. Mungkin kita terlalu leka dan lalai sebelum-sebelum ni.
Percayalah, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apa juga yang datang samada baik atau buruk semua datang daripada Allah. Kita hanya perlu bersabar dan yakin. Memang agak berat. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Dan untuk melihat apa hikmahnya hati kita perlu redha. Barulah Allah akan tunjukkan mengapa kita diberikan ujian seperti itu. Jika kita redha dengan sesuatu yang mengecewakan kita, in sha Allah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan kebahagiaan. Sesungguhnya redha itu lebih menenangkan hati kita.
Wallahualam dan Wassalam...
Assalamualaikum...
Selamat petang. Lagi sejam mahu pulang. Mata sudah kuyu-kuyu minta ditutup. Menguap jangan cakaplah, entah sudah yang keberapa kali aku menguap. Baru lepas menguap lagi ni. Huh!!Memang mengantuk sangat sebab hari ini hari kekenyangan. kalau disorng bantal mahu lelap. Nikmatnya dapat tidur kan?Mulut ni asyik mencari makanan je. Perut asyik lapar je. Kalau tak diisi memang tak berhenti berkeroncong.
Dari pagi makan memang berat-berat je. Sarapan pagi tadi aku makan nasi lemak berlaukkan paru. Marbeles. Menggoda-goda bila ternampak paru tu. Selepas sarapan adalah makanan-makanan sampingannya. Jom tengok...
Ok, ini bukan makanan. Hari ini selfie bergambar. Bff dah tak ada so sendirilah. Taklah lone ranger sebab Kak Nisah ada. Cuma Mira Mokhtar yang sudah tiada.
Kemudian pukul 12 dah lapar. Aku kirim kawan belikan makanan. Inilah makanan untuk makan tengahari. Meriah sekali.
Selesai makan nasi aku bedal ini pula. Kek coklat. Percaya?Huh!!Silalah percaya.
Ini kudapan buat aku. Hah...Gitu sekali aku hari ini yang penuh dengan makanan. Sana makan sini makan. Alhamdulillah, kenyang. Agak-agak dengan apa yang aku makan siang ni mampu bertahan sampai malam tak?Agak-agak??
Itu sahaja cerita petang untuk menghilangkan kemengantukan ini. Mahu tunggu masa untuk pulang saja. Sekian dulu. Bersambung lagi..
Sekian, wassalam..
Assalamualaikum...
Selamat petang semua. Makan apa tengahari tadi?Aku makan macam-macam. Nasi, kek, coklat. Huh!!Rasa macam membela pula hari ini. Opss, perut lapar memanjang. Nanti aku ceritakan ek. Pasal makan pun nak cerita. Janji ada entri untuk setiap hari. Oklah, dalam masa kekenyangan tadi sempat menulis sajak. Hah gitu...Melayan perasaan kat opis. Sudahlah bff tiada. Yang ada sorang je tapi tempatnya di sebelah.
Sajak mengenai hati. Sekeping hati yang perlu dijaga kalau tidak terjaga akan memyebabkan luka yang meninggalkan kesan yang mendalam. Kesan yang mungkin agak lama memerlukan masa untuk sembuh atau tidak boleh langsung untuk sembuh. Jadi jagalah hati supaya tidak terluka baik hati kita sendiri atau hati sesiapa sahaja di sekeliling kita. In sha Allah...
KERANA TERLUKA
Duhai hati...
Sekali terluka memberi rasa-rasa berbisa
Saat itu diri dihimpit duka dan lara
Bukan mudah merawat setelah terluka
Dalam air mata yang meluruh hati berdoa
Berdoa selagi diri terdaya
Agar diri tidak diselubungi pelbagai rasa
Demi sekeping hati yang tidak mudah diselami
manusia
Hanya rintihan doa menjadi peneman jiwa
Duhai hati...
Saat diri mahu menyembah bumi
Diri tidak mampu menanggung segala
Diadu merintih penuh syahdu padaNya
Demi mengubati hati yang sedang terluka
Duhai hati...
Jangan dikenang peristiwa lama
Yang tidak akan mengubah apa-apa
Jika redha pengubat segala rasa
Pasti tenang merentas peristiwa yang tidak terduga...
Nukilan : Qaseh Qistina
Sekian nukilan yang entah apa-apa daripada saya. Rindu mahu menulis. Rindu yang amat tapi masih mencari ruang untuk kembali seperti dulu. Tunggu dan lihat jelah...
Wassalam....