Saturday, January 12, 2013

~Lunch Tadi~

Assalamualaikum.
Cite lunch tadi, petang barulah dapat update.  Entry nie aku update through tab.  Dah lama tak update guna tab sebab susah kt bagi aku.  Heee.  Ini pun berkelapangan sebab tengah teman anak-anak kat luar mandi kolam.  Maknya dok di buaian update blog.  Buai laju-laju sampai atas atap,apa dalam baju sekuntum bunga cina.  Heeee..
Hari nie aku masak simple menu for lunch tadi.  Tomyam, daging masak merah,sayur dan telur dadar.
Ini daging masak merah.  Dah lama tak masak sendiri itu aku buat sikit.  Itu jealah cerita untuk lunch kami sekeluarga.  Sekian dulu.

Friday, January 11, 2013

~Hari Nie Besday Ct Nurhaliza~

Assalamualaikum...

Inilah akibatnya bila dah terlebih rajin.  Lebih rajin erk?  Entry ketiga untuk hari ini.  Bila ada idea baiklah kita menaip di sini.  Sekurang-kurangnya terupdate jugak blog ini.  Hari ini tanggal 11 Januari 2013 adalah hari lahir penyanyi tersohor iaitu Siti Nurhaliza Taruddin.  Ini adalah salah satu artis yang aku memang minat giler sejak dari bangku sekolah.

Waktu sekolah, aku dan bff aku masa di sekolah iaitu Aida memang amat meminati penyanyi ini.  Kalau ada majalah yang keluar muka Siti nie memang kita orang akan beli.  Ingat lagi masa tue majalah mangga dan urtv yang aku tahu pun.  Gunting gambar siti lekatlah kat buku.  Trademark kita orang masa tue adalah Siti!Beli make up pun jenama maybelline.  Kan masa tue Siti jadi model untuk jenama tue.  Album Siti yang keluar memang tak pernah miss untuk beli.  Zaman tue beli kaset.  Kumpul duit sekolah untuk beli kaset.  Lepas tue dengarlah kat walkman.  Sampai begitu sekali yea.  Kasetnya aku pun tak tahu kat mana aku simpan.  :D 

Tetibe pulak teringat besday Siti.  Sekarang tidaklah fanatik seperti dulu.  Tak sesuai sejak beranak dua nie.  Heeee..Masih minat dan biasa-biasa saja.  Apa-apa pun Selamat Hari Lahir buat Dato' Siti Nurhaliza!!







                                                                                                                   

~Tamat Sudah Drama Adam & Hawa~

Assalamualaikum...

Entry kedua untuk hari ini setelah seharian semalam tidak mengupdate blog.  Ini entry autopublished bukan aku update di opis dalam masa bekerja yea.  Malam tadi nanammar tidur awal sebelum drama Adam & Hawa bermula dan selepas habis jea aku menonton drama AH, mata aku pun belum terasa mengantuk makanya aku pun mula mengarang entry di blog untuk dipublish hari ini.

So, malam tadi adalah episod kemuncak untuk drama AH nie.  Aku memang tak pernah miss satu episod pun drama ini.  Betapa tegarnya.  Heeee..Pernah miss tapi aku akan tengok balik sebab record kan.  Senang sikit sejak ada pvr di rumah.  Boleh record jea kalau tak sempat nak mengikutinya.  Eh, dah jadi macam promoter Astro pulak.  Walaupun tahu ending untuk drama AH nie happy ending tapi bila dah terjebak memang nak tonton sampai episod yang akhir.

Ada sikit kelainan daripada novel.  Untuk episod malam tadi, Ain telah selamat bersalin.  Tapi part yang paling tak best time tengok baby Ain tue.  Alolololo...Kenapalah newborn tue besar sangat.  Macam dah baby 3 bulan.  Mata bukan main bulat lagi dan boleh diagah.  Memang tak logik kat situ.  Potong line betul part tue.  Memang frust.  Heeee.  Asal pulak aku nak frust erk?Oklah, pandai-pandai jea aku nie nak komen.  Apa-apa pun ambillah benda yang baik dalam drama ini dan yang tidak elok tue kita tolak ketepi dan jangan diikuti.  Itu jealah.  Apa-apa pun sebab drama Adam & Hawa ini aku mengenali Nadiya Nisaa dan aku mula meminati lakonannya.  Best of luck untuk NN..:D






                                                                                                                    

~Semalam Malas, Hari Nie Rajin~

Assalamualaikum...

Selamat pagi jumaat.  Hari yang penuh keberkatan.  Semoga kita penuhi hari ini dengan perkara-perkara yang baik untuk diri sendiri mahu pun pada orang lain.  Hari ini baru datang sedikit kerajinan untuk menulis di blog ini.  Tak rajin pun tapi memaksa diri untuk update jugak.  Semalam penyakit 'M' memang bermaharajalela di dalam diri aku.  Nasiblah aku masih boleh fokus kepada kerja di ofis.  Paksa jugak diri aku untuk buat sebab kalau layan sangat 'M' nie memanglah tak jadi orang aku semalam.  Tak jadi orang, jadi apa erk?Heeee.

Aku pun tak tahu kenapa aku jadi malas semalam?Ke memang hari-hari memang malas.  Heeee.  Sejak buka sekolah nie, memang aku tunggu-tunggu hari untuk berhujung minggu.  Sekarang masa untuk update di rumah memang agak terhad time weekdays.  Mana tidaknya, malam kena siapkan banyak kerja untuk diri sendiri dan anak-anak untuk keesokan harinya.  Nak iron baju, nak kemas beg, nak ajar nana, nak layan ammar dan macam-macam lagi yang naknya.  Memang letihlah.  Letih, mengantuk, itulah, inilah semua adalah.  Lengkap satu pakej penat!  Tepat pukul 10 memang dah suruh adriana masuk tidur supaya esoknya dia senang nak bangun.  So, hari ini dah jumaat memang sedikit lega sebab esok adalah hari sabtu!!Yeahhhhh..Hari untuk beristirehat di rumah.

So hari ini silalah pergi penyakit 'M' aku nie.  Janganlah nak bertapa lama-lama.  Tak kuasa nak melayan hokey...Sekian...





                                                                                                                     

Wednesday, January 9, 2013

~Rabu Tanpa Kata~






                                                                                                                       

Tuesday, January 8, 2013

~Sabtu Dengan Aktiviti~

Assalamualaikum...^____^

Selamat tengahari semua.  Sebenarnya nak post pagi tadi tapi sampai bawak ke tengahari baru dapat post cite.  Lately nie upload gambar tanpa edit gambar.  Selalu letak nama blog.  Tapi sekarang nie tak ada masalah.  Lagipun tak ada sapa kot yang nak copy gambar-gambar aku.  Hari nie dah pun selasa, aku barulah nak update cerita kisah hari sabtu lepas.

Memandangkan hari sabtu lepas asben offday, makanya hari itu diisi dengan pelbagai aktiviti.  Balik rumah mil, jenjalan kat tepi pantai dan sebelah malam lepak di kedai mamak.  Mamak lagi?Boring betul.  Asben aku gemor dengan mamak, aku jea yang tak boleh nak telan sangat.  Dalam seminggu mesti makan kat mamak.  Heeee..

Oklah, jom kita tengok gambar yang sempat aku snap untuk hari sabtu lepas.

Sampai rumah mil, mil dah siap masak.  Datang makan jea.  Menantu oh menantu.

Sebelah petang, lepas asar kami minta izin untuk pulang.  Pulang, marilah pulang.  Otw nak balik singgah dulu kat pantai klebang.  Tengok orang main layang-layang.  Layang-layang terbang melayang.

Tengok tiga beranak nie.

Mama dan nana bergambar di tepi pantai.

Papa pulak bergambar.

Ammar yang blur sebab baru bangun tidur.

Permandangan di tepi pantai.

Adriana yang snap picture nie.

Permandangan laut yang sangat tenang.  Aku nie macam seriau sikit bila dok tepi laut nie sebab selalu mimpi macam tsunami.

Layang-layang yang berada atas kami.

Layang-layang yang berekor.

Kami bertiga.

Sunset time.

Kami lagi!

 
Dari pantai kami singgah di Masjid Selat untuk maghrib.

Selesai solat

Inilah masjid selat

Kemudian ke Hang Tuah Mall untuk makan.  Berhadapannya ada pasar tani UTC.

Papa dan ammar sedang menunggu makanan yang dipesan.

Kakak!!Adik ammar dah pandai sebut kakak!Ada masa macam sebut katak.  Nanti nana kata berdosa tau panggil kakak katak.  Heeee

Kami di sini malam ahad tue.

Ammar yang tension makanan tak sampai-sampai.  Sabar yea dik.

Inilah makanan aku untuk malam itu.  Teringin nak makan mee goreng mamak.  Tetibe kan.  Apakah?Hahaha.. Itulah cerita yang tak berapa nak menarik untuk sabtu lepas.  Sebenarnya tak ada mood nak update blog, mulalah penyakit malas pun memang ada.  Lepas tue fikiran tengah mencari ilham.  Itu yang update ala kadar.  Oklah.  Sekian dulu.