Thursday, December 6, 2012

~Entry 956 - Mutiara Kata~

Ini entry yang ke sembilan ratus lima puluh enam yea kawan-kawan.  Target nak sampai 1000 entry sampai hujung bulan ini.  Mampukah aku?Sama-samalah kita lihat adakah aku mampu.  Ini bermaksud ada 44 entry yang patut aku tulis sebelum hujung tahun ini.

Oklah, pagi khamis ini aku nak sharekan di sini beberapa mutiara kata, kata-kata bijak dan apa jua kata-kata dengan korang semua.  Selagi kata-kata kita tidak mengecilkan hati orang dan menyakitkan hati dan perasaan orang lain.  Mintak dijauhkan dan agar kita sentiasa memelihara dan menjaga setiap kata-kata kita sebelum diluahkan kepada seseorang.

Mari kita hayati setiap kata-kata di bawah ini.  Aku google dan kata-kata ini amat mendalam maksudnya dan memberi kesan kepada diri aku.  Sama-samalah kita renung-renungkan.


Itu sahaja yang dapat aku kongsikan dahulu untuk pagi ini.  Mari kita mulakan kerja dengan lafaz bismillah.  Sekian.  Jumpa next entry.





                                                                                                                        

Wednesday, December 5, 2012

~Goodbye To My Laptop~

Assalamualaikum dan selamat pagi rabu.  Dah rabu kan?Hati tenang pagi nie sebab malam tadi anak-anak sudah balik rumah.  Malam tadi jugak aku jemput anak-anak di rumah mak mertua dek keran tidak tahan lagi apabila mereka tiada di rumah.

So, pagi ini aku nak ceritakan kesedihan aku mengenai laptop aku.  Akhirnya terpaksa akur yang laptop aku tidak boleh digunakan lagi.  Sedih, kecewa dan pasrah.  Di saat-saat genting macam-macam benda yang berlaku dan memerlukan duit untuk menggantikannya.  Rosak akibat terkena petir.  Bila cuai inilah jadinya.  Tapi apa boleh buat bila sesuatu perkara nak terjadi.  Laptop yang telah banyak tahun berjasa kepada aku.  Laptop inilah tempat aku mengisi lapangku dengan dunia blog.  Apa-apa pun blogging tetap di hati.

Inilah laptop aku dalam kenangan.  Tak boleh nak betulkan lagi sebab motherboard rosak.  Nasib gambar-gambar dalam laptop nie dapat diselamatkan.  Kalau tak lagi aku sedih.  Sebabnya banyak gambar-gambar kita orang.  Tak haru kalau tak dapat diselamatkan.  So lepas nie kalau kilat, petir ke sila cabut suis yea.  Peringatan untuk diri sendiri!!!

So bila tiada laptop rasa macam tak senang duduk.  Mandi tak basah, makan tak kenyang.  Hehehe.  Macam orang putus cinta dibuatnya.  Merengek-merengek dengan asben suruh beli laptop lain.  Akhirnya sabtu lepas, asben aku ajak pegi kedai komputer kat Bukit Beruang.  Inilah kedainya.  Sebenarnya bukan aku jea yang tak boleh tanpa laptop tapi laki aku pun sama.  Itu yang dia gigih beli jugak.  Bukan sebab rengekan aku yea.  Hahhhh...

Dan akhirnya setelah membuat keputusan dan bersepakat yang berkali dan sudah berpuluh kali memikirkan perkara dan masalah ini, kami tidak membeli laptop.  So kami membuat keputusan untuk membeli komputer sahaja dengan alasan-alasan kami tersendirian berhad.  Senang hati aku.  Janji ada komputer yang boleh aku menghabiskan masa di sini.  Walaupun aku ada tab tapi nak jugak online dengan komputer.  Rasa tak puas bila online atau update blog melalui tab.  Terhad jea rasanya.  Terkial-kial pun iye jugak.  Itulah kisah aku dan laptop.  Selamat tinggal laptop!!!

Nota kaki>>>Dalam masa nak berjimat duit, nak menyimpan macam-macam perkara berlaku yang memerlukan duit.  Duit oh duit!!!





                                                                                                                       

Tuesday, December 4, 2012

~Sehari Tanpa Anak-Anak Di Rumah~


Bila anak-anak tiada di rumah maka rumah akan terasa sunyinya.  Rasa seperti kosong sekosong kosongnya.  Betul kata orang, anak itu penyeri rumahtangga, pengikat kasih sayang antara suami isteri.  Tanpa anak-anak hidup tidak bermakna dan tidak berseri.  Merekalah harta dunia dan akhirat.  Itulah yang terjadi pada aku laki bini semalam.  Sedih jea.  Serba tak kena dibuatnya.

Sebenarnya, malam tadi anak-anak aku tidur di rumah mertua.  Ok ke?Dia orang ok kot.  Yang tak oknya aku.  Mana boleh anak-anak tak ada depan mata.  Tapi ada beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka mereka harus berada di rumah mertua untuk beberapa hari.  Baru semalaman sudah tak tahan menanggung rindu.  Kejap-kejap aku telefon adriana.  Nak cakap dengan ammar apalah yang dia tahu.  So, malam tadi memang sangat memboringkan aku walau asben ada.  Hehehe.  Taklah boring sangat tapi bila rumah sunyi rasa macam pelik jea.  Takkan pulak aku laki bini nak terpekik terlolong meriuhkan rumah.  Ah, tak dapat nak dibayangkan kalau lamanya anak-anak tak ada di rumah.  

So, malam tadi memanglah dapat rest dan tak masak pun.  Asben kata kita berdua jea yang tinggal so makan kat luar.  Dalam kereta tetibe asben aku kata 'Boring pulak budak-budak nie tak ada.'  Hah, tau pun.  Adoi, petang nie jugak aku akan jumpa anak-anak aku.  So petang nie aku tak dapat nak attend senamrobik.  Anak-anak lebih penting.  Adrianammar tunggu mama petang nie yea.  Kita jumpa.  Mama rindu korang berdua!!!!







                                                                                                                      

~Lawatan Terakhir Ke Opis Asben Di Kuala Linggi~

Assalamualaikum semua..Selamat pagi selasa.  Pagi nie aku nak cerita mengenai kisah hari sabtu lepas.  Seperti biasa, bila hujung minggu kami cuba mengisi masa kami anak-beranak sebaik mungkin dan menghabiskan masa bersama.  Itulah qulity time yang kami ada.  Hari-hari lain masing-masing sibuk.  So hari sabtu lepas, aku dan anak-anak ikut asben ke tempat kerjanya.  

Sepatutnya sabtu lepas asben akan mula kerja di tempat barunya tapi sebab sudah ditangguh sehingga 10hb nie maka sabtu lepas asben kena habiskan kerjanya di opis lama.  Masoh di jabatan yang lama cuma tempat yang berlainan.  Kali ini tempat baru asben aku berdekatan dengan rumah kami cumanya waktu kerja asben aku kali nie adalah shif.  Kerja pagi, petang dan juga malam.  Itulah perubahan akan berlaku kepada rutin harian kami.  Kalau dulu dari rumah ke Kuala Linggi memang makan masa.  Tapi dalam tak sedar sudah hampir 2 tahun jugak asben berualang-alik dari Bukit Katil ke Kuala Linggi.  Macam mana asben aku boleh tahan.  Aku yang ikut dia a\sabtu lepas tue dah rasa boring lama sangat nak sampai.  Siap boleh tertidur lagi.  Aku memang ratu tidur.  Hehehe.

Oklah jom terjah gambar yang aku ambil.  Kiranya lawatan terakhir kamilah anak beranak dan kali kedua menjejakkan kaki ke sini.  1st time kami ke sini pernah aku ceritakan di entry INI.

Setibanya kami di parking.  Harus amik gambar dulu.

Sampai jea sini kami pegi makan di cafe.  Lepas settle makan kita orang ke bilik asben.

Lepak-lepak di sini.  Boring jea tunggu si dia membuat kerja.  Kenangkan aku mintak asben belikan sesuatu daripada aku maka aku ikutkan jugak dia ke sini.  Kalau tidak kerana barang itu mahu aku bergolek-golek di rumah saja.  Nanti aku ceritakan apakah barang itu.

Tengok budak berdua nie.  Dah buat macam rumah sendiri.  Aku sudah pening pala. :D
 
Aku yang keboringan amik gambar bot.
 
Ok, time nak balik.  Asben suruh bergambar dulu.  Macam biasa aku dengan adriana.  Ammar sudah membawa diri.  Bukan melarikan diri yea.
 
Last picture from us untuk hari itu, gambar aku dan anak-anak.  Muka aku tue adalah muka bosan, muka paksa senyum.  Gesa laki aku nak balik cepat sebabnya nak pegi senam robik dengan nak amik barang itu.  Sekarang tengah addict senam robik.  Bersabar jealah.  

Itu jealah cerita untuk pagi ini mengenai sesi lawatan terakhir kami anak-beranak ke opis asben.  Lepas nie asben aku akan mulakan kerjanya di tempat baru pulak.  Harap dapat menyesuaikan diri dan juga menyusun kembali masa yang akan berubah.  Itulah kisah kami.  Sekian dulu entry merepek aku pagi ini.  Next story pleassseee....







                                                                                                                      

Monday, December 3, 2012

~Selamat Pagi Isnin~

Selamat pagi dunia!!Selamat pagi semua dan selamat pagi kawan-kawan.  Di harap hari ini membawa sebuah kenangan yang indah, manis dalam kehidupan anda dan juga untuk aku.  Hari ini nak fokus kerja lagi.  Selagi belum tutup mata, kerja, kerja dan kerja.  Itulah lumrah kehidupan.  Bulan terakhir untuk tahun ini.  Adakah bulan ini memberi kesedihan atau kegembiraan.  Mari kita fikirkan yang positif dan yang baik-baik saja.  Sesungguhnya apa yang berlaku ada hikmahnya.

'  Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,  Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali '






                                                                                                                       

Saturday, December 1, 2012

~Goodbye November, Hello December~



Assalamulaikum semua dan selamat pagi sabtu!!!!

Entry pertama untuk bulan baru dan bulan penghujung tahun. Cepatnya masa berlalu dan tidak lama lagi kita akan menjengah ke tahun yang baru. December, please be good to me. Hope so. :D

Bulan disember juga bulan yang bermakna buat aku dan asben. Bulan mood anniversary kami. Bulan yang setiap tahun datang pasti aku dan family teringat kisah 6 tahun lepas ketika majlis perkahwinan aku. Ketika itu tahun 2006 berlakunya banjir besar di Melaka. Ketika itu perasaan bercampur baur. Suka, duka, teruja, risau, geli hati semua ada. Sayangnya kami tidak rekod atau ada gambar ketika moment itu. Apa2 pun ia tetap menjadi kenangan buat aku dan semua yang melaluinya bersama aku.

Itulah disember. Bulan penuh kenangan pada aku. Air yang datang melimpah ruah ke dalam rumah. Hehehe. Sekian dulu entry aku di pagi sabtu ini. Happy weekend and enjoy urself with family.

posted from Bloggeroid