Wednesday, January 25, 2012

~Cerita Persiapan Besday Adriana~

Salam...

Jumaat lepas kan besday Adriana, aku adalah prepare something untuk adriana.  Kali nie adriana sambut besday di tadika bersama kawan-kawannya.  Memang plan nak buat besday di rumah.  Ingat nak buat sekali dengan besday ammar bulan 2 nie tapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, lebih baik aku buatkan di tadika jea.

Bila plan last minit maka yang ala-ala kadar jealah yang dapat dibuat.  Aku siapkan goodies untuk kawan-kawan adriana serta aku buatkan adriana kek besdaynya.  Minggu lepas adriana dah cakap dengan aku suruh aku buat besday kek dia.  Mak ai, mama bukan terror bebnor nak buat kek.  Kek biasa-biasa bolehlah lagi.  Nak menghias bagai memang tak retilah.

Inilah antara makanan untuk diisi dalam goodies bag.  Murid semua seramai 27 orang.

Apabila goodies siap diisi.

Inilah isi-isi di dalam beg yang dijadikan goodies.

Aku sempat buatkan adriana 2 biji kek.  Satu kek kukus.  Kek coklat dan cheese.  Lagi satu aku buat kek coklat moist.  Yang ini aku bakar.  Satu untuk dibawa ke tadika, satu lagi untuk dipotong di rumah.

Inilah kek coklat cheese.  Puas mengoogle sana sini mencari resipi.  Aku cari yang simple dan mudah cara buatnya.


Inilah hasilnya selepas dideko dengan cream.  Sangat-sangat hudus!!!Tapi aku puas hati sebab aku dapat buatkan kek untuk anak aku.  Janji dia suka aku pun suka.  Kek ini untuk dimakan di rumah aje.  yang tulisan tue ada orang kacau.  Itu yang jadi henggot tulisan tue.  Asben aku pun nak tolong ok.  Tak apa, ini percubaan pertama.  Akan aku cuba buat lagi.


Yang ini pula, kek untuk di bawa ke tadika.  Topping dia aku buat coklat ganache.  Dan inilah hasilnya daripada air tangan mama buat adriana.  Harap nana suka dengan apa yang mama buat.

Resipinya bakal menyusul nanti.  Aku dapat dari salah satu blog masakan jugak.  Nanti aku update lagi yea.  Sekian, terima kasih.  :-)


~Lagi Sebulan Nak Setahun~

Ammar sudah pun genap 11 bulan pada 21 Januari 2012 yang lepas.  Bulan depan ammar akan melangkah ke angka 1 tahun.  Sangat pantas masa berlalu.  Kejap jea ammar dah nak setahun.  Setakat ini, ammar belum berjalan lagi.  Masa adriana 11 bulan dah berjalan.  Terlebih risau neneknya aka my mom.  Riso nape cucunya tak berjalan lagi.

Ammar meniti jugak kalau pegang benda cuma kalau lepas tangan dia memang merangkak semula.  Lain anak lainlah caranya kan.  Mana samakan.  Tak apalah janji anak mama sihat.

Untuk checkup ammar yang lepas, ammar kena buat x-ray sebab dada ammar tue macam pelik sikit.  Masa baby lagi dah nampak kesan tue.  Bahagian dada ammar macam tulang dia nampak.  Ntahlah, aku nak terangkan pun tak tahu.  Sebelum nie pernah tanya dengan doktor tapi doktor kata tak ada apa-apa.  Lepas tue tak puas hati tanya lagi dan doktor sarankan untuk buat x-ray.  Alhamdulillah, bila tengok tak ada apa-apa.  Setakat nie ammar tak adalah menunjukkan sebarang masalah tapi yelah hati parents mana yang tidak risau kan.  Bila doktor dah tengok betul-betul, at least hilanglah risau tue.

Oklah, itu aje cerita tentang ammar.  Lepas nie kembali pada cerita kakak pasal besdaynya yang lepas, tentang persiapan besdaynya yang ala kadar itu.


~Macam Monday Blues!!!~

ehsan dari google

Kembali bertugas setelah cuti 4 hari termasuk hujung minggu dan cuti am.  Barulah pagi nie berkesempatan nak update blog.  Terasa macam Monday Blues aje hari ini.  Cuti 4 hari ini tidak ke mana-mana.  Duduk di rumah.  Melayan karenah anak-anak.  Bila dah berkepit dengan anak-anak, lagilah liat nak ke opis.  Lemau jea badan.  Nak update blog pun malas gamaknya.  Padahal banyak story mahu diceritakan.  Aduiiiiyaiiii..

Oklah, nanti kita sambung.  Nak pi breakfast dulu.  Lepas tue nak settle kerja dan akan kembali bersambung di sini.  :-)  Sekian dulu untuk entry pagi ini dari Our Stories.

Friday, January 20, 2012

~Selamat Hari Lahir Buat Adriana~

Salam..

Hari ini masuk lambat sikit ke office sebab aku pegi tadika adriana nak hantar kek dan goodies untuk adriana sambut besdaynya di tadika bersama kawan-kawannya.  Dia bukan main seronok lagi hari ini.

Hari ini 20 Januari 2012 adalah hari ulangtahun kelahiran anak sulung aku, Nur Adriana Qistina Mohd Affendy yang ke 4 tahun.  

Nana, mama ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 4 tahun buatmu.  Semoga nana menjadi anak yang solehah, seorang yang bijak dan mendengar kata orang tua.  Mama sayang nana.

Inilah gambar-gambar adriana dari umur setahun hingga 4 tahun.  Jom tengok...

Ini semasa raya tahun 2009.  Masa nie umur adriana sudah setahun lebih.

Ini pulak gambar yang diambil pada tahun 2010.  Adriana berumur 2 tahun.

Yang ini gambar tahun lepas pada tahun 2011.  Adriana masa nie sudah 3 tahun lebih.

Inilah gambar terbaru adriana tahun ini.  Gambar sebelum pegi sekolah masa 1st day adriana nak ke sekolah.  Besar dah anak mama.  Kejap sudah 4 tahun.  Teringat detik-detik nak melahirkan Adriana 4 tahun yang lalu.  Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.  Sekian.



Thursday, January 19, 2012

~Spontaneous Thursday - Best Cousin Forever~

Salam..

Entry pendek dan spontan di hari khamis.  Cerita Adriana dan cousinnya Alya.  Alya nie anak adik ipar(lelaki) aku.  Adik asben akulah.  Best cousin forever!!!Suka tengok telatah mereka berdua.  Kejap gaduh kejap baik.  Alya beza setahun daripada adriana.  Adriana lahir tahun 2008 dan alya lahir tahun 2009.  Lahir pada bulan yang sama iaitu bulan Januari.  Adriana lahir 20 Januari 2008 dan Alya pula lahir pada 23 Januari 2009.  Itulah mereka.  Jom tengok gambar Nana dan Alya.  Nana+Alya=NanAlya.  :)

photo courtesy of Kathy Noor FaceBook

Mama sayang nana dan mak ngah sayang alya jugak!!!!Semoga mereka akan menjadi best cousin forever and ever!!!!:-)

Note>>Mama Nana dan Mama Alya akan menjadi best biras forever!!!!Ty, betul tak??

Wednesday, January 18, 2012

~Berseminar Di Dewan Seri Negeri~

Semalam aku dan kawan-kawan ofis berseminar di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.  Seminar 750 Tahun Melaka Merentas Zaman.  Seminar mengenai sejarah Melaka dan segalanya.  Ramai budak sekolah yang datang.  Otak macam aku nie disuruh dengar sejarah masuk telinga kanan, kuar telinga kiri. :)

Jomlah tengok gambar sebab tak ada idea nak tulis apa dalam entry nie.  Yang penting semalam kami habis sampai ke petang.  Berkat kesabaran kami mendengar tentang sejarah.  

Di atas pentas.  Ketua Menteri Melaka bersama pegawai-pegawai lain.

Inilah peserta-peserta dari ofis.  Kami panggil Kak Mimah (tudung pink) and the geng.  Kawan-kawan aku semua orang lama yea. 

Ketua Menteri sedang berucap.

Majlis perasmian oleh CM.

Muka yang khusyuk mendengar Kak Sham dan Afni.

Dari kiri : Kak Sham, Kak Mima dan Kak Rehan. 

Ini dua orang tak leh tinggal.  CC dan Kak Nisah.  Bak kata cc 'amik gambar untuk jadi bukti'. :-)

Aku pulak bergambar.  Puan blog kena jugak bergambar.  Dapat sekeping pun jadilah.  Adalah jugak kenangannya.

Ini pulak Puan Afni.  Nak bergambar sorang diri.

Oklah.  Smapai sini dulu catatan aku untuk hari ini dan saat ini.  Buat masa nie aku sedang ketandusan idea untuk menulis dan bercerita di sini.  Bila hati rungsing, jiwa kacau macam nielah jadinya.  Satu benda tak dapat nak buat.  Mood : Susah hati