Wednesday, September 29, 2010

~Raya Ke RuMah Member Ofis~

Seperti biasa kalau da ramai yang naik keje, mulalah operasi berhari raya bersama member-member di ofis pulak..seronok jugak sekali-sekala berjalan beramai2 sebegini rupa..Ada jugak member yang buat makan-makan waktu lunch time..apa lagi kami semua terjahlah...

Jom tengok gambar aku bersama teman-teman ofis aku menerjah dengan gelogohnya  untuk berhari raya  di rumah kawan-kawan...

Rumah Pertama



Rumah Kedua


Rumah Ketiga


Kami pegi rumah pertama dan yang kedua pada hari yang berasingan...waktu lunch mana sempat semua rumah..Seronoklah aku rasakan berjalan raya bersama teman-teman seangkatan kerja..

Tuesday, September 28, 2010

~9 Syawal~

Cerita 9 Syawal pulak bersamaan hari sabtu....aku menghadiri majlis pertunangan sepupu aku di Sentul, Kuala Lumpur.  Mak aku da pegi dulu hari khamisnya masa cuti 1 Malaysia.  Mak aku pi naik bas dari Melaka.  Katanya da lama tak jalan-jalan naik bas.

Pagi tue kami gerak dari Melaka dalam pukul 9.00 pagi..sampai di KL dalam pukul 12 tengahari..Oklah tue sedang2 jea masanya sebab asben aku nie bukan suka dok lama-lama kat rumah orang.  Majlis pun akan berlangsung dalam pukul 1.00.. Gambar sepupu aku tak amik pun.  Masa aku sampai tengah kalut-kalut tetamu nak datang.  Aku pun terlupa nak snap. 

Apa lagi jom tengok gambar aku sepanjang hari di Kuala Lumpur..

sekarang bertunang pun ada pelamin kan???

pihak lelaki sudah tiba..
kami dok kat luar jea..tak masuk dewan..masa nie orang tengah bincang hal hantaran..
hantarannya RM15K...tak tahan tue..
Papa+Nana

Adriana bersama atoknya

adriana dan mama

Dalam pukul 3.00 petang kami pun mintak izin untuk pulang...asben bawak kita orang pi jalan-jalan..Jom tengok gambar jea..da tak dok idealer...









Sebelum pulang ke Melaka, mesti nak singgah kat tempat nie..Kali nie mak aku ajak singgah..Mana lagi kalau bukan makan....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Satay Kajang

Nyum..Nyum..Nyum..

Kami sampai di Melaka dalam pukul 10.00 malam...Sekian

Monday, September 27, 2010

~Menguruskan Hal Rumah~

Cerita raya da abis kot..orang semua dok cite raya lagi..nak cite raya gambar aku tak banyak pun..bosan plak cite tak dok gambar.  Lagi pun raya keempat aku da naik keje.  nie aku nak cite pasal aku cuti 17hb aku dan asben cuti untuk menguruskan hal rumah kami.  Hari tue kami cuti untuk uruskan pembayaran duit rumah pada lawyer dan bank.  Lepas tue pi KWSP pulak untuk amik borang. 


Lepas da settle kami pun pi melawat rumah kami...Bukit Katil Damai 2...sejak aku dapat morningsickness da lama aku tidak melawat rumah kami...Rumah kami da pun siap 100%..sekarang nak tunggu CF dan pemasangan api dan air.  InsyAllah, kalau cepat dapat CF kita orang da boleh dapat kunci rumah.  Mungkin dalam hujung tahu kami da boleh menduduki rumah ini...harap2 macam tuelah..tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri.  Excited sangat ini..

Jom kita tengok rumah itu...

Yang inilah rumah kami...Jenis Semi-D setingkat..Keluasan 40 x 80 Jenis Cempaka..ada satu lagi design tapi aku tak minat sebab belah tepi tak dak sliding door belah tepi..


yang nie rumah kedai...sebelum masuk taman kami

Ini depan lorong rumah kami tue...



Ini pulak bahagian belakang kawasan perumahan yang sedang dibina...

Note>>Tak sabar nak dapat kunci..excitednya!!!

Thursday, September 23, 2010

~1 Syawal~

Salam semua..bersambung kembali kisah raya aku yang tak berapa beraya dan berjalan sangat tahun nie.  berbalik kepada cerita raya aku, lepas sembahyang raya dekat rumah aku, kami bergegas pulak balik ke rumah MIL aku di Bukit Rambai.  dekat jea..still dalam Melaka.  hehehe...itulah untungnya kawin dekat2.  duduk dekat rumah MIL aku sampai orang sembahyang jumaat.  lepas tue aku pegi rumah mak long aku aka kakak mak aku.

then, dalam pukul 5 petang aku dan asben pi hospital tengok mak uda asben aku yang ada dekat ICU.  hampir sebulanlah mak uda aku tue terlantar di ICU tanpa diketahui penyakit sebenarnya.  itulah yang dilalui kepada keluarga kami sepanjang bulan puasa yang lalu.  lepas da settle tengok mak uda aku kami balik ke rumah sebab lepas maghrib nak pi rumah nenek aku dan sedara sebelah ayah aku.  itu jealah yang berlaku sepanjang 1 Syawal aku...Jom tengok gambar yang aku amik masa adriana dekat rumah MIL aku. 

Adriana bersama sepupunya Kak Ngah dan Naufal..




Sekian...

Note>>Gambar untuk 2 Syawal tak daklah..memang tahun nie tak banyak bergambar walaupun berjalan..

Monday, September 20, 2010

~Hari Raya Kami~

Ini cerita pasal hari raya pertama aku...raya tahun nie tak berapa nak sakan sebab kesihatan aku yang tak berapa nak menentu..tapi nasiblah da boleh makan sikit2..jadi berseleralah jugak melihat juadah yang mak aku masak..

Seperti biasa petang raya aku macam biasa mengemas rumah mak aku dan menolong apa yang patut di dapur.  petang raya sempat gak aku buat dadih.  saje2 jea buat.  padahal aku tak makan pun dadih.  aku da siap2 isi kuih dalam balang.  al-maklumlah anak perempuan sorang.  serba-serbi kena buat.  jadi aku settlekan apa yang patut.  manalah tahu malam asben ajak balik umah MIL.  kalau aku nak tinggalkan mak aku pun tak apa sebab semuanya da siap.

malam raya aku just balik kg asben di Serkam.  asben kata tido kat umah mak aku jea.  sebab malam tue MIL aku balik kg nak tengok nek dgn atok. 


Ini gambar masa pagi raya...selepas sembahyang raya.  masa nie tgh bersiap2 nak balik rumah MIL aku.  yang penting kena bergambar dulu yea..

Note>>Tahun nie gambar raya tak banyaklah..

Monday, September 6, 2010

~Persiapan Raya Untuk Adriana~

Tak lama lagi da nak raya...So, persiapan untuk anak aku, adriana sudah semestinya aku readykan awal2.  tak banyak mana pun belikan adriana baju sebab kebanyakan baju adriana ditaja khas dari sweetlovelyshoppe..:-)

Aku just carikan adriana beberapa helai dress dekat jusco tempoh hari..jomlah tengok gambar...

baju kurung adriana
dress adriana yang dibeli di jusco
baju tido

baju-baju dari sweetlovelyshoppe

akhir sekali, sandle untuk adriana...

Note>>Inilah persiapan untuk adriana..yang meriah raya untuk anak-anak jea..