Friday, February 5, 2021

Berpindah Rumah

Assalamualaikum.

Selamat malam.

Kesibukan membuatkan aku datang ke sini sebulan sekali. Bertambah sibuk sebelum sekolah bermula kami sekeluarga sibuk mengemas kerana berpindah rumah. Berpindah rumah tidak pernah terlintas dalam fikiran aku selain berpindah terus balik ke Melaka.

Harapan tetap harapan.

Begitulah. Harapan untuk balik ke Melaka semula memang tersangat tinggi tahap kesepuluh. Namun segalanya sudah diaturkan oleh Sang Pencipta.

Tuan rumah ingin menjual rumahnya dan kami kenalah bergerak keluar dari rumah tersebut dengan perasaan yang sukar diungkapkan. Sebenarnya, aku sudah serasi dan selesa tinggal di situ walaupun pada mula kedatangan aku dan anak-anak, kami agak sukar menyesuaikan diri.

Maklumlah, mahu mendaki anak-anak tangga hingga ke tingkat empat sampai semput lebih-lebih lagi kalau bawa barang sebeban. Rasa nak menangis.

Ada masanya, kereta kena blok dan kau kenalah menolak kereta. Begitulah struggle kami awal-awal dan ada masa termerungut. Biasalah, bila sudah biasa berasa di zon selesa kita memang ada masa di luar kawalan.

Beginilah keadaan kami sebelum berpindah. Berminggu-minggu berkemas masukkan barang dalam kotak. Rasa macam tak banyak barang tapi entah mana datang barang-barang ni. Hahaha.

Mulanya sudah rancang untuk berpindah awal tetapi tiba-tiba PKP. Jadi kena mohon kebenaran dengan pihak pengurusan untuk bawa masuk barang dan akhirnya 15 Januari 2021 barulah kami dapat masuk.

Keadaan yang paling apabila mahu membawa turun peti ais dan mesin basuh.

Aku hanya memandang dari jauh sahaja.

Barang-barang yang sudah dibawa keluar.

Separuh lori juga penuh dengan barang-barang kami. Padahal barang besar hanya peti ais dan mesin basuh. Yang lain semuanya kotak-kotak.

Perpindahan pun bermula. Rumah baharu tidak jauh sangat dengan rumah lama sebab kami masih nak dekat dengan sekolah dan tempat pengasuh.

Selamat sampai di tempat baharu.

Beginilah keadaan kami.

Satu hari juga aku mengemas. Aku pula tak boleh tengok benda-benda tak bersusun jadi memang hari tu juga aku siapkan. Susun semuanya biar nampak elok. Kalau tidak memang tidak senang duduk.

Lepas siap semuanya barulah badan terasa sakit-sakit sana sakit-sakit sini. Begitulah kejadiannya. Pejam celik dah tiga minggu lebih juga kami di rumah baharu. Alhamdulillah selesa walaupun lagi selesa di rumah sendiri kan tetapi apa nak buat. Sudah kehidupan merantau. Kita hadaplah dulu.

Salam pena,
Fyda Adim

1 comment:

NA said...

Memang hendak kemas barang yang paling berat untuk berpindah.