Thursday, December 10, 2020

Sudah ke Disember

Assalamualaikum semua.

Apa khabar?

Lamanya aku tak bersiaran di sini. Kali terakhir menulis di sini bulan lepas, kalau tak silap. Konsep menulis sekarang sebulan sekali gamaknya. Jujurnya, rindu nak menulis. Tersangat rindu tapi itulah. Aktiviti lain sudah melelahkan dan sudahnya aku pilih untuk tidur.

Gitulah ending aku hari-hari walaupun hari-hari berazam nak siapkan manuskrip. Nak tulis blog. Nak tulis cerpen, nak itu, nak ini. Niat aje jalan dulu bak kata kawan aku.

Paling sadis apabila aku dah bersemangat duduk depan komputer, tarik nafas dalam-dalam dan lepas, siap pasang essential oil Young Living, endingnya aku writer's block. Sadis kan?

Baik nak tulis santai-santai ke atau yang tak berapa nak santai, tetap writer's block. Benarlah, writer's block itu wujud gais.

Nak mulakan entri ini pun puas juga aku mencari topik. Sebenarnya banyak saja ceritanya cuma masa nak bercerita itu yang tak ada. Kadang malas pun punca utamanya juga. Oh malas, kenapalah kau wujud?

Tahun lepas, waktu-waktu begini aku sudah hantar manuskrip aku kepada penerbit untuk dinilai. Tetapi tahun ini masih terumbang-ambing hidupnya. Payah sangat nak sambung. Payah sangat nak jumpa kata tamat. Mohon doakan aku diberikan ilham.

Masalah utama pasal ilham ataupun idea. Dia akan muncul waktu-waktu kau dalam kereta, tak pun masa sedang sibuk kat dapur. Eh, dah kenapa? Menjelang nak ke komputer idea pun hilang. Kah!

Begitulah kisahnya serba-sedikit. Gambar di atas pun tak ada kaitan. Sekadar gambar perhiasan. Aku rindu nak berjalan-jalan macam dulu. Rindu sangat-sangat tapi buat masa ini dapat balik Melaka pun dah kira bersyukur pada aku.

Cukuplah melalui tempoh PKP yang terasa panjang. Tiga bulan lebih tak dapat balik Melaka, tak dapat jumpa mak ayah, tak dapat tengok rumah. Terseksa rasanya. Hari-hari bermain dengan air mata. Aku kan kalau tak menangis tak sah.

Okeylah, cukup sampai sini dulu. Nanti bersambung lagi. Semoga kerajinan ini tetap ada. Walau apapun menulis itu tetap dalam hati aku.

Salam pena,
Fyda Adim

No comments: