Tuesday, October 13, 2020

Sebulan di JTK Negeri Johor

Assalamualaikum.

Hola.

Akhirnya setelah hampir dua bulan tidak menulis di sini, aku kembali. Sebenarnya rasa mahu menulis itu ada cuma waktunya itu yang tiada. Beralasankan? Manusia biasalah suka sangat beralasan. Akulah tu. Bukan apa, kebelakangan ini banyak benda yang berlaku dan membataskan aktiviti menulis aku.

Apa pun, dalam pada susah hati aku terima berita gembira awal September yang lalu. Rezeki aku di perantauan. Aku dapat jawatan hakiki. Tak pernahlah aku terlintas dapat jawatan hakiki tu setelah setahun lebih aku TBBK.

Hari ini genap sebulan aku di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor. Maknanya genap sebulan aku dengan kawan-kawan baharu. Alhamdulillah. Ada kawan-kawan yang baik dan menceriakan itu juga dikira rezeki. Apabila masuk JTK ni seperti aku berada dengan JKM dulu.

Gambar ini diambil pagi tadi. Sampai-sampai aje dia orang panggil bergambar. Kebetulan pula aku pun pakai baju Hasnuri.

Sebulan sudah aku bersama mereka. Afita, Kak Jun dan Ila yang menceriakan.

Tukang ambil gambar ni Ijat namanya. Terima kasih pada photoG kami.

Sekian dulu entri untuk malam ini. Semoga kerajinan ini tetap berterusan. Nanti ada gambar sedondon aku tulis lagi. Doakan manuskrip UKBC aku dapat ketemu dengan perkataan 'Tamat'.


No comments: